Sunday, March 4, 2012

Langkawi Oriental Village dan Kereta Kabel

Hari kedua di Langkawi, selepas breakfast, kami bagi Alyaa berendam dalam kolam kejap. Rendam badan je lah sebab dia selsema. Tu pun kejap je sebab dia dah menggigil dan badan dah nak biru-biru.
Muka baru bangun tido terus kena paksa makan breakfast.

Buffet for breakfast.

Cuak nak masuk kolam.

Pool yang cantik.

Pool view lagi.

Alyaa ngan ayah berendam.

Pas mandi kena bungkus.

Kami hanya pergi ke Oriental Village sebab husband nak sangat naik kereta kabel. Aku dah penah naik dengan parents beberapa tahun dahulu dan pernah bertekad tak nak naik lagi sebab gayat. Tapi kesian lah plak kat cik abang kalau aku tak nak naik. Tak kan dia nak naik sorang-sorang. Kan ada minah saleh ngorat laki aku kang, naya. Hahaha.....maka dalam terketaq ketaq tu naik lah jugak. Gayaaatttt....

Orang ramai gila. 2 jam masa diperlukan hanya untuk beratur nak naik kereta kabel ok!

Mama dan Alyaa.

Gayat....tapi sangat terpegun dengan keindahan alam sekitar.

Kami terus naik ke puncak.

Perjalanan menuju ke puncak.

Gambar bukti at 700m height.

Sempat lagi buat aksi 2 beranak ni kat puncak bukit.

Pakcik control macho.

Kami tak larat dah nak lalu bridge ni sebab tenaga dah banyak habis berjemur bawah panas masa beratur 2 jam kat bawah tadi.

Lepas berpenat lelah kat Oriental Village ni, kami hanya pusing-pusing sekitar Langkawi dengan kereta. Saja nak tengok hotel-hotel mahal yang ada kat pulau ni. Sempat singgah bergambar kat Telaga Harbour Park jap sambil usha The Danna Hotel Langkawi. Lepas ni kalau datang lagi pulau ni, macam nak try menginap di sini plak....satu malam pun cukup lah. Ekekeke...

Telaga Harbour Park......banyak pub tempat minum arak sini :(

Kereta sewa macho berlatar belakangkan The Danna Langkawi.

Kami pusing-pusing pulau sampai ke Teluk Datai. Dapatlah tengok kawasan The Datai Hotel dengan Andaman Hotel. Gila jauh ke dalam hutan. Tak sanggup aku nak duduk situ sebab lokasi yang jauh gila dari orang luar dan harga yang gila tak mampu. Room rate dia mak aiii......beribu lemon untuk semalam jek....orang putih suka lah kot nak menginap kat hotel mewah dalam hutan penuh monyet neh. Hik hik hik....
 

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template