Monday, March 26, 2012

Kabinet Dapur Ohh... Kabinet Dapur

Ini kisah kejadian kat rumah mak mertua aku. Rumah yang kami diami sekarang tu masih kategori baru....kira baru 2 tahun lebih duduk situ. Alkisahnya adalah mengenai pintu kabinet dapur kering mak mertua aku.

Satu hari, husband telah dengan tak sengaja telah merobohkan pintu kabinet itu. Tak tahu naper bila nak tutup pintu kabinet (soft-close system tau), tiba-tiba je jatuh seketul pintu tu. Cuakkk...takut mak dia marah. And seperti dijangka memang kena bebel lahdengan mak dia kann....hahaha. Tapi, nak dijadikan cerita, stating from that, pintu kabinet itu terus menjatuhkan diri. Dan semua pintu yang lain jatuh masa mak mertua aku yang handle. Hehehe....selepas 3 drawer ngan 2 pintu besar jatuh roboh, memang sah lah kualiti pembuatan yang bermasalah. Bukan salah individu. Padahal mak mertua aku memang dah survey pembuat kabinet yang terbaik kot sebelum hire that service....hurmm.....sedih kot sebab kita dah survey yang terbaik, sanggup bayar mahal-mahal tapi kualiti yang dapat adalah hampas.....

So pengajarannya, lepas ni tak mo amik laa company yang buat kabinet kat umah mertua ku....dan memang kena review semua komen dari orang-orang yang dah penah amik servis buat kitchen kabinet ni kan. 

Tak syiok kan tgk terbongkang mcm ni....habis nampak khazanah kat dalam tu.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template