Monday, March 26, 2012

Berat Badan Si Anak

Last Friday, aku ngan husband bawa anak gi jumpa pediatrician sebab si anak dah 2x hampir diserang asma. Alhamdulillah, doktor cakap semua nya dalam keadaan ok. Tak perlu ubat-ubat tambahan atau steroid bagai. Apa yang penting, langkah pencegahan iaitu kena buang semua benda yang boleh jadi punca pengumpalan habuk. Sekarang yang susah nak buang adalah bantal kecik sekeliling katil anak aku or bumper untuk elak dia terhantuk dinding or kepala katil masa tidur. Budak kecik kan tidur macam bersilat jek. Adeh...camno ekkk....adakah biarkan je dia berlaga-laga ngan dinding beberapa kali, then lama-lama akan ter'develop' skill tidur tak lasak....masih tengah berfikir....hurmmmm

Ready to eat!

Actually tu bukan isu utama. Masa consultation dengan doktor tu, aku bertanyakan pasal berat badan anak aku yang tak pernah naik sejak setahun dah. Tapi masa timbang kat spital tu, ada skit peningkatan laa...naik hampir sekilo. So berat anak aku yang berumur 2 tahun setengah tu sekarang adalah 11kg. Normal ke ek...sebab ramai anak member yang umur lebih kurang tapi lagi berat jek. Sepupu anak aku yang umur beza setahun lebih muda pun dah berat 11kg gak. Budak tu memang kurus. Tulang rusuk leh nampak k. Sebijik macam badan adik pompuan aku masa kecik-kecik dulu. Tapi alhamdulillah doktor kata anak aku tak masuk kategori underweight. Dia kata sekarang u rasa anak ni kurus sangat sebab ramai budak yang overweight. Errkkk...

Tapi macam tak syiok laa jugak kan sebab keding sangat. Tapi budak ni memang bukan jenis pemakan la. Dia makan ala kadar, dan keluar pun sama banyak. Belum campur aktiviti harian yang tak pernah stop tu. Menyanyi sambil menari gelek-gelek macam tak reti penat. So, aku decide nak tukar susu dia kepada susu yang mahal sket konon-konon lebih banyak kebaikan lah. Selama ni anak aku minum Dutch Lady. Dan sekarang aku dah bagi dia try S26. Actually dulu penah bagi S26 tapi aku stop sebab takut anak jadi gemuk after tengok budak-budak yang minum susu mahal ni banyak yang 'sihat'. Hahaha...so memang dapat anak tak gemuk laa kan kalau dah dari awal tak nak. Ada gak yang suggest pediasure, tapi yang tu memang aku bagi kekadang sebab adalah sangat manis. Tak suka. 

Pastu campur lagi kasi madu ngan appeton.... Dulu dah penah try mealshake shaklee gak tapi dah habis sebalang, still sama jek. Huhuh....scott emulsion pun dah berbotol-botol habis tapi sama gak, so tukar kepada appeton plak. Semoga anak mama terus membesar dengan sihat dan kuat.....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template