Friday, February 24, 2012

Pagi Jumaat

Petang semalam abang dah sebut banyak kali, hari ni nak gi awal kerja sebab dia ada meeting awal pagi. Kalau nak sampai awal untuk sempat prepare apa-apa....kena make sure keluar rumah pukul 6.30am.

Pagi tadi terbangun dengar bunyi jam. Danggg....dah pukul 6.15am. Cis cis cis...lambattt! Terus melompat macam beruang terpijak duri. Auuchhh....mandi macam tak mandi jek. Kelam kabut habis, then kuar rumah 6.45am. Aku capai jek tudung makcik. Gila macam makcik je hari ni gi kerja. Hantar anak lagi. 

Then, tengok meter minyak dah kat bawah. Lampu ikon pam minyak pun dah menyala. Alaaaa...deng! Kena segera isi minyak. Dalam melalui jalan yang penuh kereta, mencelah ke tepi untuk singgah kedai minyak. Kelam kabut isi minyak, sekali tersimbah kereta daaa....aduhai.....spend lagi masa nak cari air dan simbah-simbah area cat yang kena minyak petrol tu. 

Then teruskan perjalanan....jem! jem! jem! Normally pasti akan amik masa 2 jam untuk harungi jem kalau keluar rumah lambat macam ni. Mujur sempat rembat roti ngan air kat kedai Mesra, so sempat breakfast ala kadar dalam kereta. 

Sepanjang perjalanan, sapa-sapa yang cuba cari pasal seperti nak sondol atau mencelah overtake jalan aku, memang kena arr... Ahaha. Bila lalu Smart tunnel, sangat lega sebab belum tahap jem berebut dari 4 lane ke 2 lane....so tak sampai setengah jam dalam tu. 

Bila dah sampai parking. Lega. Baru kol 8.15am. By luck, dapat sampai awal. Semalam keluar time yang sama, sampai kol 9 kot. So my hubby sempat lah amik masa bernafas panjang untuk set up projektor meeting beliau...Dan kami berdua seperti memakai parfume perisa petrol.....agaknya tempias masa petrol tumpah kat stesen minyak tadi kot.
Haruu....

Tiba-tiba teringan rib eye steak kat TGIF.....yeaa esok weekend!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template