Wednesday, February 15, 2012

Mari Tingkatkan Sedekah

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 271:
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terangan)maka yang demikian adalah baik (keranan menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu, dan Allah akan menghapuskan bagi kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui secara mendalam apa yang  kamu lakukan." 

Semalam berjumpa dengan agen yang terlibat dalam investment ku. Alhamdulillah, ada berita baik. Syukur amat walaupun sekecil mana nikmat yang diberi, sebab sebenarnya kita semua ni fakir je kalau tak ada ihsan dari Allah yang Maha Pemurah.

Dalam terfikir-fikir cara nak gandakan saham dan harta dunia, aku terfikir gak, macam mana nak gandakan saham akhirat..... Then terjumpa lah petikan ini. 

Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
  1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
  2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
  3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
  4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
  5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih. 
 
Sedekah ni sunat. Bukan wajib seperti zakat atau nazar. Jadi up to kita nak buat ke tak. Kadang-kadang terfikir gak, aku ni tak kaya, nak sedekah pun, rasa macam diri sendiri pun layak dapat sedekah. Then, terbaca plak riwayat ini.
 
Segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim) 

Ada juga terdengar, sedekah ni pendinding dari api neraka. Sedekah ni, akan menjamin rezeki tak putus dan kalau kita banyak sedekah, rezeki untuk kita pun dipermudahkan.
 
Teringat satu kejadian, 2 minggu lepas, kami sekeluarga bercuti ke Langkawi. Kebetulan sampai kat sana masa tengah peak iaitu cuti Maulidur Rasul dengan Thaipusam, kami tak dapat cari kereta sewa. Dah tanya pada kaunter-kaunter kereta sewa kat sana, memang dah habis. Kecewa. Dah rasa nak emo. Tapi mujur husband dan anak ada untuk tenangkan hati. Lepak kejap kat jeti sambil minum-minum dan berfikir apa plan nak buat kalau tak ada kereta nak gerak selama 3 hari di Langkawi. Tak kan nak duduk dalam hotel je kan. Kalo nak upah teksi, charge ikut jam, pengsan maa.

Dalam masa tu, sempat jugak aku ke toilet. Nak masuk toilet tu kena bayar 30 sen. Ada mak cik jaga toilet yang muka masam sebab sangat ramai orang beratur nak masuk toilet time tu tengah tunggu untuk kutip duit. Teringat lak pesanan sorang tokoh ni, jangan kedekut nak sedekah lebih sket dengan penjaga toilet. Then, terus keluarkan seringgit dan suruh mak cik tu simpan baki. Berdoa jugak dalam hati semoga Allah permudahkan urusan kami yang tengah blank tak tau nak gi mana sebab tak ada kereta.

Then, lepas sejam lebih tersangkut kat jeti tu, habis semua kedai dah masuk. Terpandang lak kaunter pertanyaan yang ada sorang pakcik dan sorang akak cantik seksi. Saja try nasib nak tanya kalau-kalau ada pakej tour Langkawi yang provide transport pada harga yang berpatutan. Then terus dia kata, dia boleh tolong dapatkan kereta sewa. 
 
Then after berurusan dengan kawan pakcik tu, sorang pengusaha kereta sewa gak, kami pun berjaya dapatkan kereta. Walaupun tak dapat sewa Kia Forte seperti yang dijanjikan pada awalnya, tapi dapat Vios pun ok lah. Jimat sket duit sebab Kia Forte tu RM200 sehari. Dia juga offer Avanza, tapi tak mo lah. Kami berdua je dewasa dengan sorang budak comel, tak kan nak naik keta besar. Mujur dia tak offer Serena. Ahahaha....and alhamdulillah, terus rasa nak sujud syukur time tu, tapi tak dapet lah. Dan syukur jugak, kereta Vios itu sangat baik kondisinya. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template