Friday, February 3, 2012

Mari Bercuti

Yess....best sangat. Alhamdulillah. Daku sekarang berada kat rumah mak ngan ayah. YIppie...adik-adik jauh dekat pun ada. YIppie lagi. Nikmat wooo bersama orang-orang tersayang selagi dipinjamkan hayat oleh Allah swt.

Baru pas baca blog kawan ku yang baru kehilangan ayahanda. Sedihnya. Pastu teringat lak satu hari aku pos status kat fesbuk happy sebab dapat cakap tepon ngan mak. Then my very lovely cousin komen yang dia pun rindu gak nak dengar suara mak dia. Tapi mak dia a.k.a my great mak njang dah meninggal. Alamak, sedih nyer. So aku syukur sangat masih dipinjamkan insan-insan tersayang ini. Semoga bole jadi anak solehah. Amin.

Actually aku ngan hubby dalam siri menghabiskan cuti. Start dari cuti hari wilayah, continue with annual leave, then sampai laa cuti Thaipusam...so dapat 7 hari. Memang dah plan awal-awal nak balik Perlis. Tiket pun dah beli lama. Siap dapat yang 0 fare lagi...hanya bayar tax jek. Suke-suke. Ingat nak habiskan cuti seminggu kat kampung, tapi my parents lak nak gi hantar adik kat KLIA sebab adik comel dah nak balik Jordan. Adik aku tu, setahun plan balik Mesia 2 kali...isk isk isk. Tapi tahun depan aku rasa dia tak mo balik Mesia kot sebab dia tengah teruja tengok member and senior dia pi bercuti keliling dunia. Maybe pasni dia pun follow. Haku jeles!

 So, kami dah balik kampung, tapi family plak nak p KL. Adeh. Maka terpaksalah melencong sket rancangan cuti rehat-rehat kami. Maybe nak ke pulau terdekat ke....ekekekeke....melencong. Semoga sagalanya dipermudahkan, insyaAllah.

Enjoy the holidays yok!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template