Wednesday, February 15, 2012

Journal: Hari Pertama

Ini adalah entry berbentuk jurnal yer. Agak bercorak peribadi yer.

14 Feb 2012; 7.15pm
Selepas salam dan cium tangan awak kat parking C-3-2, KLIA, saya terus set kan GPS untuk cari jalan balik rumah. Saya takut sesat sebab dah senja kan. Then terus pecut balik. GPS tak tunjuk jalan short cut tanpa tol tu, tapi dia bawa saya lalu ikut PLUS. Mujur jalan clear. Saya speed all the way. Maintain 130-140km/j. Saya nak cepat sampai rumah sebab nak kejar Maghrib dan rindu sangat pada anak. 

14 Feb 2012; 8.00pm
Tepat jam 8, saya sampai kat rumah. Kebetulan awak pun sms cakap awak dah masuk dalam kapal terbang. Then bermula lah episod malam di rumah tanpa awak. Anak tercari-cari mana awak. Saya cakap awak kerja. Lambat lagi nak balik. Dia tanya, awak pergi kerja dengan Waja ke? Saya cakap, awak gi kerja naik kapal terbang. Then dia faham lah kot yang awak outstation lagi. Lepas solat, then basuhkan yak yak anak, saya ajak dia minum. Dia nak soya. Kami makan roti sama-sama. Pastu saya bagi dia ubat selsema. Then saya basuh pinggan mangkuk yang setambun dengan kemas-kemas dapur. Pastu, mak ngan abah nak makan nasi. Saya suapkan anak. Then bila dah siapkan beg anak, buang sampah kat luar, isi air panas, saya ajak anak naik. Tapi sebelum tu, saya suruh dia makan ubat batuk. Dia tak nak. Saya paksa jugak. Saya dah mengantuk dan tak larat nak tunggu mood dia nak makan ubat datang. Then dia muntah bila kena paksa makan ubat. Saya basuh badan dia dan bilas baju dia. Kemaskan kawasan muntah dia. Penatnya awak. Kalau awak ada, kita buat sama-sama kan semua kerja ni.

14 Feb 2012; 11.30pm
Saya dah ngantuk amat. Anak masih layan ABC kat youtube. Awak suruh saya stay tunggu tiket promo AirAsia untuk beli tiket murah balik kampung. Saya dah terlelap then awak call cakap baru sampai. Sebelum tu saya dah tertunggu-tunggu sms dari awak. Risau sangat naper lah lama sangat nak sampai ke destinasi. Saya dah start nak fikir bukan-bukan. Awak, saya sangat cepat risau sekarang. Anxiety disorder tu masih ada lagi sket-sket. Saya doa banyak-banyak pada awak. Tapi bila awak dah cakap sampai, saya rasa lega sangat. Lepas cakap tepon ngan awak, saya terus tidur sebab tak sanggup dah nak tunggu tiket AirAsia tu. Asik masuk waiting room jek.

15 Feb 2012; 5.15am
Saya terbangun. Terus tengok laptop untuk cek tiket AirAsia tu. Masih di waiting room. Ceh, mujur saya tak tunggu lagi, kalau tak sampai pagi kot tak keluar-keluar dari waiting room. Then saya try cek guna mobile booking. Dapat masuk tapi rupanya tarikh pilihan kita tu dan destinasi kita nak pergi tu tak ada promo lah. So, tangguh lah dulu. Later saya beli tiket sebab harga sama je.

15 Feb 2012; 6.50am
Saya dah antar anak ke nursery. Nih nak gerak ke office. Penatlah awak. Ulang alik dari atas ke bawah, then ulang lagi angkut beg dan anak ke kereta. Mujur kawasan rumah berpagar, saya tak risau sangat penyamun datang masa tengah sibuk-sibuk angkut bagai ke dalam kereta. Pak guard kebetulan lalu dengan motobasikal dia tu. Dia tegur saya. Hehe. Seperti biasa, jalan jem macam cipan. Tapi kenderaan masih still bergerak. So ok lah. Tapi time gini, teringat sangat kat awak. Selalu kalau saya drive, saya ngantuk, awak boleh tolong urut dan nyanyi lagu pelik-pelik untuk hilangkan ngantuk saya. Saya lapar. Nak cari coklat dalam beg. Alamak, awak tak ada nak tolong bukak kan kulit coklat. Sedih. Rindu nya awak. Terus saya call walaupun tengah drive. Awak baru bangun. Busuk lah awak. 

15 Feb 2012; 8.00 am
Saya parking kat tempat biasa. Tengah-tengah antara lif ke Tower 1 dengan escalator ke mall. Saya nak terus naik office. Saya jalan ke arah lif. Tapi teringin lak nak makan dulu. Kalau awak ada, sure awak ajak makan kan sebab baru pukul 8am. Then saya patah balik ke escalator. Saya terus gi food court level 2. Saya pusing kat situ, tapi tak tahu nak makan apa. Saya teringat awak. Then saya naik lif pergi foodcourt level 4. Pun saya rasa tak tahu nak makan apa. Kalau awak ada, awak selalu suggestkan apa yang saya nak makan kan. Seyes saya tak leh decide. Then saya patah balik gi kedai Mesra je. Saya tapau nasi goreng yang macam awak selalu tapau tu. Saya rindu awat sangat. Selalunya awak akan bayarkan food saya kan. Pastu jumpa Kak Midah, dia tanya naper saya sorang je hari ni. See, orang lain pun selalu nampak kita tak pernah berenggang kan. Saya cakap awak outstation. Sedih lah, nak makan pun tak lalu bila awak tak ada. Saya rindu awak sangat-sangat. Then bila masuk office, ngadap jer kerja-kerja yang ada, terus lupa pasal awak. Ekekeke.


1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template