Friday, January 6, 2012

Ujian Dalam Kehidupan

Kecik2 dah ada masalah.....haishh
Kebelakangan ini, aku kerap benar mendengar pelbagai musibah dan ujian hidup yang melanda dalam kehidupan insan-insan yang aku kenal. Teman baik masa zaman sekolah ku dulu, baru kehilangan ayah tersayang. Selepas beberapa minggu, disusuli kakak beliau pula yang sudah lama menderita sakit saraf. Pemergian si kakak meninggalkan seorang anak kecil, dan ketika dia dimasukkan ke unit rawatan rapi hari tu, arwah sedang mengandungkan anak ke-2. Sedih kan.

Ada teman baik ku yang ibu tempat dia bermanja, telah meninggal dunia selepas sebulan dia bernikah. Ada jugak kawan sepejabat yang kehilangan ibu, sejurus selepas majlis pertunangan si anak. 

Ada jiran kampung sebelah yang ditemui mati selepas beberapa hari dibunuh. Ada teman baik semasa di universiti, baru bernikah tak sampai 3 minggu, ditimpa ujian suami kemalangan dan sedang kritikal sekarang. Ada teman, yang anak sulung beliau yang baru beberapa bulan usianya, mengidap CTEV dan baru selesai menjalani pembedahan, dan kini masih di ICU. Ada juga teman di facebook, yang anak pertama beliau baru berusia setahun lebih, mengalami kerosakan hati yang teruk, dan kini sedang kritikal. 

Ada juga teman yang bakal melahirkan anak ke 2, selepas 3 hari di hospital, dan 4 kali di’induce’ tapi masih tidak dapat melahirkan. Ada juga khabar dari teman-teman di facebook, seorang ibu meninggal selepas selamat melahirkan anak sulong, dan anak itu kini bergelar yatim, tanpa sempat mengenali ibu sendiri. 

Sebenarnya banyak lagi. Semua orang ada masalah dan musibah dan ujian tersendiri. Semua orang tak ada yang hidup senang lenang tanpa sebarang masalah atau kepayahan. Ada jenis kesusahan yang nampak secara lahiriah, ada juga yang orang lain tak nampak. Pendek kata, semua orang ada masalah lah. 

Sebagai penguat diri, jika kita terasa penat dengan ujian yang menimpa, jika kita terasa Ya Allah, kenapa lah berat sangat ujian ni, dah rasa tak tertahan dah…..tak larat dah…dowwnnn…..cepat-cepat lah kita ingat, orang lain lagi ramai menghadapi ujian yang lebih berganda berat dari kita. Dan Allah sesekali tidak akan beri ujian yang kita tak mampu nak tanggung…cuma kalau buntu, mintalah bantuan dan pertolongan Allah untuk tunjukkan jalan untuk kita harungi dengan tenang. Nak elak tak boleh, kena harung jugak, cuma boleh berusaha dan berdoa untuk pilih cara harungi dan hadapi setiap ujian tu dengan paling terbaik.


Nak nasihat orang lebih-lebih pun, ada plak yang kata, hang nyer ujian at least tak teruk macam aku. Laki hang tak mati, sihat balik…adeh….sentappp….tapi ingatlah, dengan ujian-ujian ni lah boleh mendekatkan kita dengan Allah. Wallahu’alam.

**ingatan utk diriku sendiri yang kerap je rasa down sejak dua menjak ni  T_T

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template