Thursday, January 19, 2012

Takziah Buat Temanku

Last 2 days, got 2 news serentak. Teman sekuliah dan sepejabat yang lama, Miss Juliana bt Zakaria telah kehilangan ayahanda tersayang akibat lung infection. Admitted to ICU first. Then bila dia mesej cakap yang dia teringat kan aku bila dia tengah ternanti-nanti 'what gonna happen after this' masa ayah dia kat ICU tu, aku pun teringat balik kisah aku. Hurmm....sumpah aku tak reti nak cakap atau nasihat atau keluarkan statement apa-apa pada orang yang tengah hadapi situasi ni. Sebab aku pun speechless. Aku dulu pun tak suka sangat orang nasihat lebih-lebih sebab hati tengah sensitif. Cuma mampu doakan yang terbaik untuk mereka. 
Then lepas tu, dapat plak info yang beritahu suami kepada teman seuniversiti dan seusrah ku Zifa, telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu dalam keadaan kritikal akibat kemalangan. Yang paling menambahkan lagi simpati dan kesedihan, hari tu adalah baru genap sebulan mereka bergelar suami isteri. Sempat bercinta secara sah selama 17 hari je kot. Memang pasangan yang ideal. Semua nya bermula selepas sah bergelar suami isteri, tapi takdir Allah, pinjaman itu amat sekejap. Tapi kagum because my friend ni kabarnya sangat tabah dan positif. Ye lah, happened already, tak bole nak pilih untuk dihidupkan kembali apa yang telah pergi, so hidup mesti diteruskan.

Doaku buat mereka, semoga dikuatkan hati agar lebih tabah dan kuat menghadapi kehidupan yang mendatang. Doaku buat kedua allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan hamba Allah yang soleh dan diampunkan segala dosa-dosa seorang hamba. Amin.

Teman, seteruk mana pun ujian mendatang, ini bukan lah titik noktah untuk kehidupan mu. Ujian adalah landasan untuk kita kembali bermuhasabah dan lebih mendekatkan kita pada Allah. Selagi kita masih dipinjamkan usia dan kesihatan yang baik, perlu teruskan perjuangan untuk meraih sebanyak mungkin kebajikan untuk dijadikan bekalan buat berhadapan dengan Allah SWT kelak. Hanya masa yang dapat merawat semua kelukaan. Sesungguhnya ungkapan sabar itu mudah, tapi melaksanakan dan menghayati sabar itu bukan senang. Tapi, pasti boleh!

Sesungguhnya apa yang kita miliki sekarang SEMUA nya hanyalah pinjaman termasuklah batang tubuh kita sendiri.

2 comments:

  1. hmm... sedey... Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk kite...

    ReplyDelete
  2. tq suna atas entri ni. hehe. sessunguhnyer datangnye sesebuah kekuatan adalah diiringi dengan dugaan bersamanya

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template