Thursday, January 19, 2012

Perihal Anak

Kisah di suatu petang bertempat di meja makan keluarga.

Ayah   : Alyaa nak minum air apa? Soya ke susu?
Anak   : Alyaa nak soya dengan susu.
Ayah   : Eh, mana boleh minum 2-2. Kena pilih satu je, soya ke susu?
Anak   : Nak soya dengan susu. (Sambil ketuk-ketuk cawan kat meja)
Ayah   : Alyaa kena pilih satu je. Alyaa nak minum susu ke atau Alyaa nak soya? Tak boleh minum dua sekali.
Anak   : Alyaa nak satu je. Alyaa nak satu soya dengan satu susu.


Ayah dan mama terdiam dan tersenyum. Adeh, pandai bebenor si anak bermain kata. Jangan tak tahu, budak kecik pun kreatif berfikir. Hehehe.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template