Wednesday, January 4, 2012

Kisah Amalina Budak Genius 17A1

Mesti ramai yang terbaca kisah gosip tentang Adik Amalina ni kan. Dulu pun dah glamer adik ni, sekarang glamer lagi. Mula tu terkejut aku bila baca statement kata dia fail study kat UK. Tapi bila mak dia kata itu tak betul, maka tertarik balik rasa terkejut tu. 

Hurm, pasal perubahan dia tu, hanya Allah yang tahu terbaik untuk dia dan keluarga dia. Aku pun bukan budak baik pun. Berdoalah semoga dia dan kita sama-sama mendapat hidayah untuk menjadi hamba yang diredha-Nya. Aku pun belum pasti macam mana diri aku beberapa detik atau tahun mendatang. Aku juga ada anak perempuan. Aku hanya mampu berdoa agar Allah keep bantu aku untuk mendidik amanah Allah kepada ku iaitu anak-anak agar menjadi hamba yang soleh dan solehah dan dapat kembali pada pemilik hakiki dalam keadaan yang diredhai-Nya. Misi kita, cemerlang dunia, cemerlang akhirat. Ayoh!

Teringat lak adik ku terchenta di Jordon. Medic course gak...wahai adikku, andai dirimu membaca tulisan ini, jagalah dirimu sebaiknya. Ingatlah, kat mana pun dirimu berada, Allah sentiasa ada untuk monitor dan jagai kamu. Cepatlah balik bercuti.....kakak mu merindui mu.....adeh.

Dia tengah exam sekarang. All the best adik ku.

Yess...mood happy sebab next week adik aku nak balik bercuti! Ngeh ngeh ngeh.

1 comments:

  1. mak dia dah cover, semua gambar tu adalah masa dorang bercuti dan mak dia sendiri yg belikan baju2 yg dia pakai tu.. wallahualam!~

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template