Monday, January 16, 2012

Jemukah Pandang Muka Suami?

Saya dan suami bekerja di bawah satu bumbung. Hampir setiap hari kami akan dating bersama bila lunch hour. Ada orang bertanya...

Orang : Ko ni tak jemu ke asyik keluar ngan husband hari-hari? 
Me : Naper plak?
Orang : Ye lah, hari-hari ngadap muka husband. Dah lah kat rumah ngadap muka dia, tido pun ngadap muka dia, nih nak makan lunch pun mesti ngan dia...tak jemu ka?
Me : Hurmm....tak jemu pun. Kalau boleh nak kerja pun ngendeng sebelah-sebelah....
Orang : Haishh...tak paham aku.

Terfikir sejenak. Kalau ikut logik boleh gak nak timbul rasa jemu sebab asyik dengan orang yang sama je kan. Tapi alhamdulillah, so far tak pernah rasa macam tu dan harapnya tak akan rasa macam tu. Kalau boleh nak 24jam ngadap muka suami. 

Dengan suami, segalanya aku boleh dapat. Tak kira apa jua mood ku, suami adalah orang yang paling terbaik untuk kongsi. Dengan suami boleh gaduh, boleh jiwang, boleh gelak ketawa, boleh nangis-nangis meleleh hingus, boleh tumbuk-tumbuk, boleh belai-belai, boleh habiskan duit, boleh tambahkan duit dan segalanya boleh....sebab dia adalah segalanya. Ecece.... 

Cukuplah sebulan pengalaman ku tak dapat berhubung dengan suami....hanya sekadar dapat melihat diri suami yang kaku di sebalik bilik kaca. Panggilan ku langsung tak berjawab. Tiada senyuman untuk ku. Terlalu rindu pada suara suami tapi tak mampu untuk mendengarinya dari mulut suami. Hanya mampu putarkan video-video rakaman suara beliau. Hanya baju beliau pengganti untuk dipeluk dikala tidur malam. Cukuplah.....Aku tak nak terpisah dengan suami langsung kalau boleh.


So, jangan ada rasa jemu pada suami ya....jangan ada rasa jemu pada orang yang kita sayang...sebab orang tu semua pinjaman sekejap je untuk kita. Hargai semua yang kita ada sebelum kita kehilangan terus...... Prof Dr Muhaya kata, bila dah ada suami, patut kena sentiasa bersyukur sebab ada gak orang nak kat kita. Peace!

**Saya Nak jadi Isteri Solehah**

1 comments:

  1. I loike this entri...ehhe... kami pun jeles tgk suami isteri keja skali n kuar bersama2 xkira di mana berada... seronok sgt tgk+jeles jgk :) pedulikkan org kata... hargai masa2 berharga bersama :)

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template