Tuesday, January 3, 2012

Hari Pertama Kerja di Tahun 2012

From positivesharing.com



4 hari bercuti, sangap kepala hotak aku duduk rumah. Seyes rasa semangat nak gi kerja pagi ni. Bangun dah awal, sampai pun dah awal. Suka suka!

Bila nak start kerja, adeh......ada 2 project yang aku kena re-work back sebab input bertukar. Input dari Front End part. Arrgghh...sedih pun ada, patah semangat pun ada sebab aku dah buat bersungguh untuk submission pada Front End untuk derang compile...end up derang nak tukar lagi strategi, meant that aku kena kira balik overall cost....kalo setakat nak tukar cost je tak pe lagi, tapi nak kena tukar analysis, benchmarking, phasing, escalation bagai...arrghhh....sungguh laaa....tak tau nak rasa apa. 2 project plak tu.....yang sepatutnya dah boleh close last week.

Bertenang sekejap. Tarik nafas dalam-dalam. Tengok gambar laki, tengok gambar anak, baca-baca doa, sikir selawat......minum air sebotol. Bertenang dan berfikir. Aku dibayar gaji untuk buat project ni sampai siap part aku. Walau berkali-kali kena buat pun, aku telah terima amanah ni. Setiap hujung bulan aku amik gaji untuk joli sakan sebab aku sepatutnya buat kerja ni sampai siap walau apa jua halangan. So, kalo nak kan keberkatan dan keredhaan Allah, marilah aku buat semula dengan berlapang dada.....buat je, layan jek....cepat buat semula, cepat siap, dan kalau ada nak re-work balik, cepat datang balik....adeh.

Apa lah aku merepek di pagi hari ni...ekekekeke....ceria sudah!
From mayazankoul.com

1 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template