Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Ke Sekolah


Hari ni adalah hari pertama ke sekolah bagi sesi 2012 bagi negeri-negeri yang bercuti tahun baru semalam. Ramai kawan-kawan ofis yang bercuti sebab nak hantar anak ke sekolah. Ada yang bercuti sampai seminggu lebih...huhuhu.

Terkenang daku dulu. Masa mula-mula nak masuk tadika, umur 6 tahun....aduh. Setiap pagi mesti nangis tak mau gi tadika. Pernah ada adengan aku lari kejar kereta mak ngan ayah sampai kat gate. Mujur cikgu terror lari lagi laju untuk berhentikan aku, kalo tak mesti sampai ke tempat kerja mak ngan ayah aku ngejar. Hahahaha....so lepas kejadian tu, bila mak antar sampai masuk sekolah, terus cikgu tutup pintu grill kunci terus. Pastu, hari-hari nangis sampai mak aku minta aku bagi 10 reason naper tak suka gi tadika. Aku cakap lah sebab pertama sampai kesepuluh adalah aku tak ada kawan. Aku tak reti nak mula berkawan. 

Then, mak terus gi jumpa cikgu minta tolong carikan kawan untuk aku. Esoknya, terus cikgu bawa aku gi depan kelas, kenal kan pada semua kawan-kawan tentang aku dan minta semua orang kawan dengan aku. Ceh, macam budak baru jer tapi dah berbulan kot aku kat tadika tu. Tapi lepas kejadian tu, aku terus ada kawan ramai. Punca aku tak reti nak berkawan sebab most of budak-budak situ dah start tadika tu since 5 tahun, so derang memang dah ada geng. Aku yang betul-betul budak baru ni memang tak reti lah nak berkawan. 1st time kot nak ber-social. Hahaha.

Pastu, bila naik darjah satu...aku masih teringat-ingat suasana time tu. Senak satu badan weh nak gi sekolah hari pertama. Ayah yang temankan selama 3 hari kalau tak silap. Asyik-asyik jengok kat tingkap je nak cari ayah. Kalau tak nampak ayah, sure air mata aku menitik. Kah kah kah...pastu bila dah jumpa kawan, yang kebetulan sama-sama tadika ngan aku, terus tak kesah dah ayah ada ke tak ada. Sengal.....!

Masuk sekolah menengah lak, aku rebel sebab aku tak suka sekolah pilihan mak ayah aku. Aku nak gi sekolah lain yang ramai member-member sekolah lama kat sana. Tapi berkat kesungguhan mak ayah yang memaksa sampai sanggup bawa aku gi jumpa Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri time tu yang kebetulan sedara mak aku, untuk sesi kaunseling....maka aku pun redha. Dan alhamdulillah, berkat duduk sekolah agama, menjadi orang lah kiranya aku ni. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Kalo ikut hati remaja memang rebel ajer kerjanya kan. Hurmm.....cuak plak bila pikir sampai masa aku ada anak remaja nanti. Adess...hope to be the best and to have the best. Amin.

Oh, bila terkenang balik, patut lah anak aku pun suka nangis nak gi sekolah. Anak mak rupanya...daaa....jangan si anak ikut perangai mak yang suka rebel dan lari kejar kereta udah lah yer. 

Selamat bersekolah kepada semua budak sekolah di luar sana. Belajar rajin-rajin yer. Dengar cakap mak dan ayah tau. Peace!

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template