Friday, October 21, 2011

Terharu bila boss menangis simpati....

Salam.

Dah lama tak update kan. Tak sempat nak belek blog ni sebab baru je pas attend training kat Putrajaya. Wah, hancuss plan diet ku seminggu kat sana sebab makanan sedap masa lunch. Hehehe.

Semalam, hasben ku kabor, dia terserempak bos lama kitaorang kat KLCC. Dia dulu transferred ke Pakistan, and now dah balik KL. Dia borak-borak dan dia mengaku yang dia menangis masa kat Pakistan dulu bila dapat tahu pasal kemalangan melibatkan hasben ku itu. Aku pun teringat, ada personal mail dari dia untuk aku…bagi kata-kata semangat dan doa masa-masa awal-awal kejadian dulu. Dan ayat-ayat dalam mail tu memang menampakkan yang dia sangat terkesan.

Huuurrmm….terharu lah plak sebab dia sampai nangis-nangis. Dia adalah bos yang garang dan banyak sangat initiative yang kerap membuatkan aku dan suami pening kepala pada tika kami bergelar staff beliau. Tapi, dia baik hati. Dia kenal kami dari zaman kami single, start nak mengorat, bertunang, menikah dan sampai beranak sorang. Dia antara manusia paling happy bila dapat tahu aku nak kahwin ngan suami ku sekarang yang kebetulan penah jadi staff bawah dia. Dia penah cakap yang pilihan aku adalah terbaik. Dia kata, “I knew Arif and you’re the lucky one. He’s very good man and I believe he will become a good husband”. Wahai suamiku, kalau anda baca ini, sila kembang sebab bos kesayangan tu penah puji u depan I tau. Tapi tak tahulah kalu u penah bayar dia untuk suruh puji depan I macam tu…ekekeke.

Dia juga suka bagi kata-kata nasihat sebelum dan selepas kahwin yang boleh dipakai. Hehehe…. Dia juga sangat tolerate masa aku tak larat nak gi kerja betol-betol masa tengah morning sickness yang teruk. Dia penah tolong untuk ‘up’ kan hasben ku dengan program attachement yang baik punya, tapi tak jadi sebab isu lain lak yang timbul. Tapi at least, dia ada effort nak tolong kan. Dan yang penting, dia lah orang yang bertanggunjawab develop aku dan hasben from zero (fresh grad) sampai ke tahap sekarang. Kesimpulannya, dia ada banyak lah kenangan dengan kami. 

Terharukan bila sorang bos yang dulu banyak sangat songeh nyer, siap penah lempar aku nyer report kat depan semua bos lain masa meeting dengan GM……tapi rupa-rupa nya, sayang gak kat kami…ekekekeke.

Thursday, October 13, 2011

Pakcik Kedai Challenger IT KLCC Yang Tak Reti Hala!

Mode sekarang adalah sangat marah dan geram. Eh, bukan sekarang, tapi a few minutes yang lalu. Sekarang dah cool sket selepas dipujuk oleh chenta hati.

Ceritanya, screen protector untuk my iphone dah tak cantik. Siap ada kesan tusukan gitu. Biasalah penggunaan yang tegar plus pengguna tetap my iphone adalah si cilik. Pastu, tadi decide nak gi cari screen protector yang baru. 

Mula-mula terjah kat Machines.....sekali tengok kat situ tinggal stok yang mahal je. RM118 hengget untuk sehelai plastik nipis yang nak cover screen tu je. Adalah sangat tak berbaloi bagi aku. So, decide nak gi cari kat kedai lain.

Pergi terjah ke Challenger IT yang agak baru lah dibuka di Suria, KLCC neh. Bila masuk, terus tanya di kaunter yang ada 2 orang cashier bersolek tebal ala-ala muka penuh konfiden nak layan customer. Bila tanya, kat mana iphone4 nyer screen protector, terus dia kata, sila gi tanya kaunter sebelah. Lah, ingatkan dia tahu sebab muka siap make up ala-ala sangat pro. Ok, fine. Kami pun gerak lah ke kaunter yang dimaksudkan.
Kebetulan kat kaunter tu, ada sorang je pakcik yang jaga. I used 'pakcik' here sebab dia memang dah tua dalam lewat 40-an atau awal 50-an. Pakcik nih tengah melayan satu family pelancong luar nih tengah belek  gadget kat situ. Ok, kami tunggu turn dengan sabar dan diam.

Bila dah setel dengan pelancong luar tu, pakcik tu tanya kami lak. So, my hasben pun tanyalah kat mana iphone4 nyer screen protector. Pastu pakcik tu terus tunjuk kat rak yang memang betul-betul sebelah cashier tadi. Adeh, sebelah je pun tak tahu ke akak cashier oii. Pakcik tu siap describe dalam bahasa omputih bagai walaupun kami bertanya dalam bahasa kebangsaan. Tapi tak kisah lah, asalkan paham udah. 

Kami pun tanpa buang masa terus gi ambik screen protector kat situ. Yang paling murah adalah RM49. Mahai jugak tu. Aku dok budget dalam RM10-RM15 ja. Hahaha. Mula nya memang tak jadi beli dah sebab mahal. Ingat nak cari kat stall-stall kecik kat Econsave je kot murah lagi. Tapi my husband kata dia nak lanja, dan dia suh amik je  yang tu. Ok, suke suke....

Bila dah siap bayar, kami pun berator tunggu giliran nak suruh dia tolong pasangkan. Dah beli mahal-mahal, mestilah nak suruh dia pasangkan kan. Punya lah lama menunggu, datang lah seorang pekerja lelaki yang berperwatakan baik ni. Tapi dia datang pada sorang kakak nih yang kebetulan menunggu sama kami untuk pasangkan cover iphone4 dia gak. Takpe, sabar. Tunggu je lah. 

Bila dah hampir sejam dalam kedai tu, barulah si lelaki berperwatakan baik ni datang. Sementara menunggu dia, aku dah gatal tangan gi cabut screen protector lama dan siap bukak packaging yang baru konon-konon nak cepatkan kerja. Ye lah, masa adalah sangat berharga sebab setiap minit kami kat luar ofis adalah dikira untuk mencukupkan manhour kerja. Sekali budak lelaki tu cakap, "akak, ni untuk ipod lah akak. Untuk iphone4 nyer dah habis stok". 

Seyes, menyirap darah aku. Memang sah-sah dia tak bagi tukar nyer sebab dah bayar dan dah bukak packaging dia. Geram nya dalam hati, Tuhan je lah yang tahu. Pakcik tadi arr yang tunjuk kan kami suruh gi amik kat situ. Arrghhhh....!!! Dah lah mahal, masa pun terbuang free sejam.....sedih.....nak makan pun tak sempat sebab dah sejam keluar....kang nanti kena balik lewat lak kalo kuar lama-lama.


Sedihhh..... 



Sob sob sob....



Abih dah citer....

Monday, October 10, 2011

Suntikan Pelalian a.k.a Immunisasi

Alhamdulillah, si manis dah berjaya habiskan semua jenis imunisasi sampai umur 18-24 bulan. Next injection untuk booster adalah masa umur 7 tahun. Lambat lagi. Boleh lah daku menarik nafas lega. Bukan apa, tak suka inject2 ni sebab kesian ke anak guwe dan tak suka juga kalau dia demam after injection.

And now, she's having fever. Dah lebih 3 hari, so kena start antibiotik. Siap naik rashes satu badan hingga ke dalam mulut. Doktor siap bagi jadual makan ubat atau masuk ubat bontot untuk 48 jam. Kalau still high fever, kena gi check balik. Alhamdulillah doktor kata bukan denggi or chicken pox. Measle katanya. Entah betol ke idak ejaan daku tu. Huhuhu.

Alhamdulillah hasben decide nak cuti esok untuk jaga si manis. Malam ni pakat berjaga laa nak monitor suhu si manis.

Kasihan anak mama. Semoga cepat sembuh dan mudah untuk sembuh. Amin.




Inilah koleksi jenis-jenis imunisasi yang dah di ambil. Banyak nya, cian anak aku.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Belanjawan Negara 2012

Semua orang sibuk perkatakan pasal isu Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib last week. Aku pun nak gak lah cakap pasal ni. Mana lah tahu kot-kot leh up traffic.

Ada yang kata bagus, puji-puji sebab banyak peruntukan ke arah kerakyatan. Ada gak yang keji sebab tak ada langsung ke arah menangani isu sosial yang kian meruncing dan tiada langsung peruntukan untuk saluran keagamaan bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia. Senang citer, adalah lah pro dan kontra nya.

Kalo macam last year nyer budget, lebih kepada untuk kebaikan PM nyer wife je, ekekeke...tapi this year, tak ada lah budget merepek-merepek seperti peruntukan beratus juta untuk Program Permata dan pengecualian cukai designer handbag, pakain dalam, parfume bagai tu..... Huhuhu.

Gaji kakitangan awam di'revise' semula, tu kira berita yang dah sekian lama orang tertunggu-tunggu kot. Aku pun tumpang happy sebab mak apak dan adik aku adalah kakitangan awam, so aku leh gak lah tumpang tempias aura gembira tu kan.

Tapi, secara jujurnya, untuk diriku yang begelar pekerja swasta ni, macam tak ada apa-apa impact pun. Maybe pasni aku akan dapat post impact seperti kenaikan harga barang atas alasan, gaji naik dan bonus untuk kakitangan awam. Ekekekeke...gelak lagi.

Pastu dengar kata, defisit negara meningkat....utang negara bertambah....jangan sampai negara hampir tergadai seperti apa yang nak terjadi pada Greece udah lah.

Mereka lebih bijak. Serahkan pada yang pakar.

Friday, October 7, 2011

Disebalik Bentuk Bibir Itu....

Kontrovesi lak tajuk...ahikss...


 
Tadi aku saja-saja browse thru Mary Kay nyer website. Dia ada citer pasal jenis-jenis bentuk bibir. Macam menarikss. Maka, dengan penuh kesengalan, aku pun main-main dan temui penemuan ini. Huhuhu...









Dan hasilnya.....











Taaddaa......












I'm catagorised as.....





















Kecik lah plak nak membaca nyer...so meh aku re-type balik yer...


Lucky Charmer:

- You have a way about you, a certain 'joie de vivre' that sets you apart and makes you special.
- You are creative, upbeat, innovative, and delightfully entertaining - the perfect dinner guest.
- You have a playful manner that is always engaging and fun.
- You attract success; some say you're play lucky, but a keen intelligence and unique talent make you a winner.
- Your childlike nature can be sweet and charming, but sometimes gets in the way.
- You pay attention to details and can give impeccable manners.
- You are great at the art of giving and receiving love.


Hiii...saje suke-suke. Kalau ada yang dah rasa semacam, sila tinggalkan laman ini dengan segera yer. Oh ya, gambar di atas adalah sekadar contoh. Tiada kena mengena dengan makhluk yang dikenali di sini.


Suami anak Emak, lupa hak isteri




Mak Limah menangis kerana terlalu rindukan anaknya, Adam. Selepas berkahwin, satu-satunya anak Mak Limah itu menunjukkan perbezaan sikap yang ketara, dia selalu lupa menelefon emaknya, apatah lagi nak menziarahi jauh panggang dari api. Isterinya, Hawwa yang cantik dan kaya telah merengggut kasih sayang anak lelaki yang cukup bermakna dalam hidup Mak Limah. 

Lain pula kisah Anita, isteri yang mencemburui emak mertua sendiri. Apakan tidaknya jika suaminyya, Aman asyik mengikut kehendak emaknya. Anak emak ini susah membahagi kasih sayang di antara dua wanita dalam hidupnya. Dari memilih calon isteri, mencari rumah, kereta, mengawal kewangan keluarga sampai memilih warna cat rumah pun mesti mengikut kehendak emak. Tak boleh jadi ni, dia kahwin dengan emaknya ke atau dengan aku? Anita pening memikirkan sikap suami yang penakut dan penurut, menyerah saja kepada kehendak emaknya. Lalu bagaimana hak aku sebagai isteri, pemegang amanah menjaga keluarga yang diiktiraf oleh Allah SWT melalui lisan Nabi-Nya SAW yang bersabda: “Seorang perempuan itu pemimpin di dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Di manakah letaknya sempadan antara ibu dan isteri?

Dalam pergaulan hidup manusia, ibulah insan yang paling utama mesti diberi layanan, hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA, seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak mendapat layanan baikku? Rasulullah SAW bersabda: Ibumu! Lelaki itu bertanya lagi: Lalu siapa lagi? Sabda Rasulullah: Ibumu. Lalu siapa lagi? Sabda Rasulullah SAW: Ibumu. Orang itu bertanya lagi: Siapa lagi? Rasulullah SAW bersabda: Ayahmu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Masalahnya adalah ramai lelaki yang terkeliru selepas berkahwin, dilema antara ibu dan isteri. Bukankah isteri juga memiliki hak yang mesti ditunaikan? 

Ya, isteri berhak menjadi pemimpin di dalam rumahnya, tiada siapapun boleh ikut campur dalam urusan keluarganya jika ia masih berjalan di atas kebenaran. Tetapi sesiapapun boleh menegur jika isteri tersilap, mengajar jika isteri tak pandai, menuntun jika isteri sesat jalan. 

Ibu mertua berperanan sebagai pengawas dari jauh sahaja, sedangkan yang menjalankan semua peranan rumahtangga adalah isteri. Sebagai suami, semestinya memahami betul sempadan ini, supaya tidak berlaku penderhakaan kepada ibu, sekaligus ketidakadilan kepada isteri. 

Mentaati ibu juga diwajibkan hanya pada urusan-urusan antara anak dan orang tua dengan tidak melibatkan urusan keluarga si anak. Kadang-kadang suami masih dibebankan oleh urusan adik beradiknya yang bermasalah, disebabkan ibunya yang memaksa untuk membantu mana yang perlu dibantu. Kalau sampai bantuan itu melebihi daripada kemampuan suami, tentu saja isteri merasa ia tidak patut berlaku. 

Kerana setiap manusia mesti membahagi dengan adil hak-hak orang di sekelilingnya. Jangan berlebih pada satu pihak dan berkurang pada pihak lain, atau langsung tak dibagi disebabkan terlalu memberatkan sebelah pihak saja. Sikap suami yang masih bergantung penuh kepada ibunya menunjukkan dia tidak adil kepada isteri. 

Cubaan sebegini memang cukup berat dilalui, isteri mesti bersabar membimbing suami supaya boleh bersikap adil membahagi kasih sayang. Jangan pula menjadi batu api yang merosakkan perhubungan suami dengan emaknya. Dosa besar menderhaka kepada orang tua, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dosa-dosa besar itu adalah menyekutukan Allah, derhaka kepada ibu bapa, membunuh dan bersumpah palsu.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Isteri juga perlu belajar mengambil hati emak mertua, supaya suami semakin sayang dan hormat kepada keluarga isteri juga. Walaupun anda melihat kesalahan pada diri emak mertua, jangan sesekali menjatuhkan maruahnya. Walau bagaimanapun orang yang lebih tua jarang yang mahu mengakui kesilapan dan kekurangan, jadi tidak mungkin anda akan menang dalam pertarungan ini. Orang tua memiliki egonya sendiri, ini menunjukkan kelemahan akal dan perasaannya. Melainkan memang mereka memiliki kefahaman ilmu agama yang mendalam dan terjaga hatinya dari penyakit iri hati, dengki dan tamak.

Jangan pula isteri yang lebih terdedah kepada penyakit hati sebegitu, tentu amat merbahaya perhubungan yang masih dikotori dengan kebusukan hati. Apapun emak tetap insan yang berjasa, tanpanya tiadalah kita di dunia.


Aku copy from blog dr.juanda.com....untuk perkongsian bersama. Ahikss... Kena gak letak bahan ilmiah dalah blog kan. Semoga ada manfaat untuk semua.

Thursday, October 6, 2011

Braun Buffel Sale




Aku rasa masih belum terlambat kot kepada peminat-peminat Braun Buffel untuk pergi belek-belek ke butik ini untuk melihat kalau ada yang berkenan di hati. 

Semalam, aku sempat menemani seorang teman untuk melihat-lihat sale ini. Hehe...mula tu agak malu-malu nak masuk ke butik yang tak ada orang tu. Tapi, bila dah masuk, belek sana, belek sini.....terus teman ku decide nak belikan wallet untuk hasben beliau.

Pusing lagi, belek lagi, teman ku berkenan nak membeli sebiji tas tangan yang kebetulan harga selepas diskaun adalah sangat boleh tahan. Cantik. Kaler pun kaler favourite aku. Dia pujuk-pujuk suh aku beli sama ngan dia. Aku pun pikir punya pikir, decide nak datang semula dengan encik hasben lah. Kot-kot nanti dia ada pandangan lain. Sekali bila si penjual tu kata, stok yang ada tinggal 2 ketul je, mean that kalo teman ku jadi beli, tinggal seketul je.....aku pun terus cakap kat penjual tu....bungkus terus dik.
Ahahahaha......dasar pompuan.
Tapi, harga dia sangat ok lah. Kalo harga asal, idak nyer aku nak beli.
Berbaloi gak lah sale kali ini.

Enjoy the pictures yaa....











 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template