Tuesday, September 27, 2011

Hadiah Hari Lahir Si Manis

Hari ni baru aku dan hasben berkesempatan gi kedai untuk beli hadiah besday si manis. Tak apalah lewat sehari. Rasanya dia pun tak faham lagi pasal besday bagai ni. Hehe. Last year, untuk besday yang ke setahun, kitaorang hadiahkan walker yang sesuai untuk tahap dia masa tu iaitu baru stage nak bertatih. So, untuk tahun ke dua nih, agak pening gak nak decide benda apa nak dibeli. Sesungguhnya aku dan hasben adalah paling pening nak decide barang mainan yang sesuai untuk anak kami. Selalu nya kalau masuk kedai mainan, memang pulang dengan tangan kosong sebab macam tak tahu apa yang terbaik untuk dibeli. Dan seriously, kami dah lama tak beli mainan untuk Alyaa. Lagipun dia dah banyak mainan yang atok, nenek dan kawan-kawan atok dia belikan. Hehehe...

So, selepas pusing-pusing Suria tadi, masuk ELC Mothercare, masuk Toy'r'Us, then masuk ELC balik, end up, kitaorang decide beli benda ni.....


HappyLand Village Set


Mula tu memang tak target la nak beli satu set ni. Sebab tengok harga rumah saja pun dah mahal, sekali dia buat promo dapat half price untuk set ni (ada rumah, kedai kek, gerai sayur, pondok telefon, kereta dan 2 van sayur, dan 9 patung characters) yang bersamaan dengan harga untuk rumah cottage dia tu je. So, apalagi, rembat je lah. Siap berkira-kira dalam kedai bahagi duit masing-masing antara kami untuk bayar. Hahaha.... Mengenangkan main benda ni macam best sebab macam real kita main pondok-pondok siap ada bunyi-bunyi bagai, boleh membantu anak aku lebih berimaginasi, tak macam aku dulu, nak main guna kotak-kotak je buat rumah, so rembat jek lah set ni. Walaupun harga nya agak mencekik, tapi disebabkan tahun ni rasanya aku tak ada lagi beli mainan kat Alyaa, so kira ok la. Bajet untuk setahun. Hahaha....

HappyLand ni dia boleh beli set-set kecik yang lain secara berasingan. So, pasni kalau nak top up untuk besarkan kawasan kampung ni, boleh lah beli tambah. Ada jual set post office, hospital, kedai kek dan macam-macam lagi la. Kalau nak review leh gi link sini HappyLand. Kalau bole kumpul semua leh jadi macam dalam gambar kat bawah ni. Heaven arrr...

Semua gambar dari Google je dulu k


Best kan kalo ada satu kampung yang complete macam tu......hehehe....dengan aku sekali nak main lah jawabnya.

Monday, September 26, 2011

Perihal Orang


Situasi 1:

Cara kerja di department aku memerlukan kitaorang menggunakan satu perisian khas yang hanya ada 5-6 lesen untuk sekali guna dalam satu masa. Kiranya, company aku mampu beli 5-6 lesen je untuk guna perisian tu dalam satu masa. Kitaorang lak yang ada kemungkinan untuk pakai perisian tu adalah lebih dari 20 orang. So, memang berebut laa. Satu hari:


Akak Noreen Aziz: Eh, sapa tengah on software “bahalol” (sekadar nama samaran)?? Saya nak guna ni, tapi lesen dah full. Cepat tutup. (Sambil meronda seluruh kawasan untuk cek setiap PC orang).

Selepas tiada respon. Dia ulang lagi soalan tadi dengan suara yang lagi kuat. Satu department leh dengar dengan jelas.

Akak Noreen Aziz: Cepat ngaku lekas. Siapa yang tengoh on nih. Kalau tengoh on, urgent ke tak. Cepat off. Saya nak guna ni. 

Bila dia sampai kat tempat aku. Dia tanya,

Akak Noreen Aziz: Kamu ni senyap je. Ntah-ntah tengah on software “bahalol” tak? 

Aku: Tak der lah. Saya tengah buat kerja lain. (Padahal tangan cepat-cepat close program tu yang memang aku tengah bukak sebab nak buat kerja)

Pastu dia diam je bila balik ke  tempat dia. Agaknya dah dapat bukak kot sebab aku dah close. Tapi dalam hati, orang macam ini pun ada kaa… Suka hati sound orang asalkan kepentingan sendiri tercapai.


Situasi 2:

Akak Noreen Aziz lagi: Kamu tak pergi forum “dot dot dot” ke? Kamu dapat invitation tak?

Aku: Hah? (Terkejut sebab tiba-tiba je datang tanya entah dari mana muncul nya). Forum apa? Err..err…(sambil tangan nak cek calendar kat PC).

 Akak Noreen Aziz: Tak ada lah tu kalau tak dapat jawab. Nak err errr apa lagi. Cakap je lah tak ada. Nak cover-cover apa. (Sambil berlalu ke tempat lain).

Dalam hati aku, kurang asam nye pompuan. Naper ntah, bahasa dan adab akak ni macam pelik dan lain dari orang lain. Sabar aje laa.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anakku






SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 2 ANAKKU SAYANG

SEMOGA HATIMU SENTIASA TENANG, CERIA, GEMBIRA, DAN BAHAGIA
SEMOGA MENJADI ANAK DAN MUKMINAH SOLEHAH
SEMOGA MENCAPAI KECEMERLANGAN DUNIA DAN AKHIRAT
SEMOGA SIHAT-SIHAT SELALU

MAMA DENGAN AYAH SAYANG ALYAA SANGAT-SANGAT....



Thursday, September 22, 2011

Alfatihah kepada Arwah Pakcik Azhar







Hasrat Seorang Wanita Bercuti Ke Nepal Berakhir Dengan Kemalangan Jalan Raya

REMBAU, 20 Sept (Bernama) -- Hasrat seorang wanita untuk bercuti di Nepal berakhir dengan tragedi selepas beliau dan pemandu teksinya mati dalam kemalangan di Lebuhraya Plus KM 235.4, arah Utara berhampiran dengan plaza tol Pedas-Linggi.

Menurut jurucakap polis trafik, mereka yang terbunuh pada pukul 5.30 pagi Selasa dikenali sebagai Leong How Yin 39, dari Bukit Beruang, Melaka, dan pemandu teksi, Azahar Abd Karim, 42 tahun dari Alor Gajah Melaka.

"Kemalangan berlaku apabila teksi yang dipandu Azahar yang sedang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merempuh sebuah lori kargo yang membawa bekas tong arak.

Hanya beberapa minit sebelum itu, lori terbabit terbalik di lorong memotong selepas terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya," katanya kepada Bernama.

Pemandu lori dan kelindannya gagal dikesan, teksi limo jenis Naza Citra remuk teruk di bahagian hadapan mengakibatkan Azahar meninggal dunia di tempat kejadian dan Leong yang duduk di bahagian belakang teksi itu, mati akibat cedera di kepala, katanya.

Kedua-dua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Sementara itu suami Leong, Liew Chee Keong, 40-an tiba dari Melaka di tempat kejadian untuk melihat dan mengambil barang-barang mendiang isterinya.

Liew gagal mengesan kesemua dokumen penting termasuk pasport milik isterinya dan sejumlah wang tunai dipercayai telah dilarikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata isterinya dalam perjalanan ke KLIA untuk bercuti di Nepal.


-- BERNAMA


Allahyarham Pakcik Azhar adalah suami kepada emak saudara suamiku....kiranya, bapak sedara lah... Ajal kita memang dah ada date yang pasti, cuma kita je tak tahu bila....wallahualam. Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan ahli syurga, insyaAllah. Amin.

Aduh, sakit kepala ku

Dah 4 hari aku sakit kepala. Mulanya macam boleh abaikan je sebab bukan sekali ni je dok rasa berdenyut kepala ni. Selalu gak la sejak dua menjak ni. Selalunya aku telan panadol je. Pastu ilang lah dan terus lupa sampai lah datang lagi sakit tu. Tapi minggu ni, setiap hari aku sakit. Hari ni rasa macam makin berdenyut dan tak boleh tahan. Tapi aku tak ada lak amik panadol apa pun. Terfikir nak gi jumpa doctor lah, mana lah tahu apa-apa yang tak diingini kan.

Sekali, lepas jumpa doctor kat klinik berhampiran ofis neh, aku dapat result tak best. My blood pressure gila high….140/96…..doktor siap suh aku datang lagi next week untuk monitoring purposes. Setahu aku, selama ni blood pressure aku dalam range 126/72 jek….and last aku cek pun ada lah 5 bulan yang lalu. Sekarang nyer reading, mak aii…takut den. Pastu, ada kaitan ngan gastric dan migraine sebab aku selalu stress kot. Heart beat aku pun laju je…rasanya tak penah lagi laa heart beat aku ni bawah 90 sejak duduk KL neh. Sabar je lah.

Kesimpulan nya, aku hidup dalam stress. Semua nya stress. Time tido je kot tak stress tapi bukan nya hari-hari boleh tido cukup. Oh, kasihan nya diri ini.

Inilah reading BP ku....dahsattt

Ubat migrain

Gastrikas pun nak nyibuk gak

Wednesday, September 21, 2011

Anak Kedua...?

Google jek


Aku perasan lah kan, atau memang semua orang pun perasan jugak kot, kalau gi kenduri kendara atau balik kampong beraya, berjumpa sanak saudara yang tak berapa nak rapat, jumpa setahun sekali jek, mesti akan ada yang bertanya, bila lagi nak ada adik untuk Alyaa??
Aku senyum dan jawab, doakan lah…. Tapi kan, dia tak akan stop kat situ. Pastu mesti ada mulut-mulut lain yang menyampuk. Hishh….nanti lah dulu, tunggu lah besar dulu. Tak pun, haisshhh…tunggu lah dulu, sampai ayah dia betul-betul sihat. Dan ada jugak yang berkata,  a ah, tunggu apa lagi, cepat-cepat lah. Anak dah 2 tahun tu. Bla Bla Bla….dan terus bersambung di kalangan orang-orang yang ada kat berhampiran tu.
Aku?? Blah gi join group lain. Biarlah mereka-meraka itu teruskan perbincangan mereka. Hahaha…. Heran sungguhlah……naper lah sibuk sangat nak tolong rancangkan untuk aku dan family. Even mak ngan ayah aku pun tak pernah sebut apa…..dulu aku rasa sedih gak bila pas kahwin, mak ngan ayah dah kurang bertanya sangat pasal hidupku…..bila aku cerita atau tanya pendapat derang je, baru derang bukak mulut, tu pun berbau general jek….apa-apa hal, still kena pikir sendiri gak. Tapi kini aku faham, betapa sangat lah bagus bila mak ngan ayah tak campur hal rumah tangga anak-anak nih melainkan bila dirujuk.



Google jugak sumbernya


Aku paham, orang suka bertanya soklan gitu sebagai penyedap bahasa, atau sekadar untuk berbahasa bahasi…bukan lah dia serius nak tahu sangat pun. Tapi, aku agak sentap gak lah kalau ada orang yang tolong jawabkan. Especially yang menjawab….kata tak payah lagi, anak aku kecik lagi lah….atau tunggu lah dulu. Amboi, suka hati dan memandai nyer nak atur kan bila aku patut beranak ke tak ek….apedaa…
Apa-apa sekali pun, jawapan aku….doakan lah yang terbaik untuk kami…hanya Allah yang tahu. Peace no war!

Wednesday, September 14, 2011

Alyaa....menghampiri usia 2 tahun...dan selepas 2 bulan di taska.


Sedar tak sedar, dah nak dekat 2 tahun dah usia anak guwe. Selalu laa aku dok bitau kat anak ku, dulu awak ni kecik je, dalam perut mama pun muat, tapak kaki sebesar jari mama je….sekarang perut dah besar lebih tapak tangan mama…hehe….sambil dok sapu minyak yuyi kat perut anak aku. Dia dengar je, ntah dia faham ke idak apa yang mama dia dok bebel…hahaha…
 
Tapi, anak ku tidak lah besar sangat. Dah nak masuk 2 tahun tapi berat 10kg jeee….Dulu penah gak cecah 11kg, tapi baru-baru ni, sejak masuk taska, makin kurus lak aku nengok. Siap turun sekilo jadi 10kg. Haaiiisshhh…. Tak kisahlah asalkan awak sihat yer adik manis.
Sejak masuk taska, dalam 2 bulan dah, ada lah perubahan pro and kontra nya. Meh kita analisa bersama apakah pembaharuan yang anak ku dapat bila masuk taska.


Kontra


1.    Perangai yang kita tak pernah ajar dan kita tak suka yang dia pelajari dari kawan-kawan taska. Sekarang nih suka sangat lah menjerit dan kuat merajuk. Mak aii…tak tahan gak kadang-kadang tu dengar dia jerit. Sungguh, rasa nak tampar je, hahaha….sikit-sikit nak jerit kuat-kuat. Dulu tak der nyer nak menjerit. Nangis pun payah kecuali kalau benar-benar sakit je baru dia nangis. Agaknya dia belajar kat taska yang ada ramai budak-budak lain tu, untuk dapatkan perhatian cikgu, kena jerit dan nangis kot baru cikgu nak layan.



2.       Mudah amat kena selsema, hidung berair dan batuk serta demam. Ini memang dah dijangka lah. Dulu pun, dia memang dah biasa duduk taska sejak lepas pantang lagi. Memang selsema batuk dan demam ni kerap bebenar laa menyinggah. Tapi, masa dia stop gi taska, duduk umah je, memang langsung tak demam selsema bagai. Memang nampak sangatlah bezanya kan. So, skrang aku kena gigih menyediakan anak ku dengan extra supplement untuk antibody beliau. Dulu masa baby, even aku exclusive breastfeed for the 1st six months pun dia tetap kena selsema batuk nih. Walaupun orang kata susu ibu adalah antibody terbaik tapi, kalau dah nak sakit, kena juga kan. Sekarang, dia dah tak menyusu, lagi lah kena sediakan supplement bagai. So aku bagi dia minyak ikan Scott Emulsion tu dan Shaklee Meal Shake hari-hari untuk dia.


3.       Lebih emosional. Yelah, setiap pagi dia nangis masa nak antar gi taska. So sedikit sebanyak mempengaruhi emosi dia. Takut gak dia stress ke haper. Tapi, bila time petang nak gi amik dia kat taska, happy je. Senyum je. Sengih je. Agaknya budak-budak memang camtu kot. Bila mama nak gi keja, nangis leleh-leleh air mata basah habis, pastu bila cikgu pujuk-pujuk, jumpa kawan ajak main-main, diam arr……terus lupa mama dia. Hahahah….

Pro 
  1. Dah pandai BACA dan KENAL alpahabet, number dan huruf hijaiyah. Kalau dulu ayah dia rajin gak suh dia baca semua tu, tapi bila dah gi sekolah, dia lebih membantu dan mempercepatkan proses pembelajaran tu. So skrang, Alyaa dah kenal semua huruf dan number. Bila baca buku bergambar pun, dia dah pandai buat cerita dia sendiri. Kadang-kadang bila layan dia tengok kartun kat youtube macam Pocoyo or Telletubbies ke, dia lak dok cerita kat kita apa benda watak-watak tu dok buat. Hehe…dia sangat suka kalau ada orang layan dia tengok video kartun sama-sama. Tu belum lagi kalo ada lagu nyanyi-nyanyi sambil menari tu, suka laaa tuuu….terjerit-jerit dia suka. Surah-surah pendek pun dah boleh ikut bila nenek dia bacakan. Semoga cerah lah hati anak mama.
  2. Dah pandai baca doa bila time yang sepatutnya. Sebelum makan, selepas makan, naik kereta, nak tidur, nak basuh yak yak, even lepas bersin pun dia baca doa. Walaupun baca tak lancar, pelat-pelat bahasa dia, tapi ada laa bunyi-bunyi tu. Yang penting, bila habis baca doa, mesti dia amin kuat-kuat. So aku pun pahamlah, berdoa rupanya budak ni. Hahaha…memula tu dengar dia terkumat-kamit  ingatkan dia dok membebel apa laa dalam bahasa bayi dia tu. Rupanya, berdoa. Ahiks..

3.     Pandai melayan kawan-kawan. Sejak baby lagi dia dah biasa duduk ramai-ramai. So, bila jumpa budak sebaya, mesti dia dah senyum-senyum sorang-sorang. Kalau sapa datang umah, dia memang akan hulurkan mainan dia pada kawan-kawan. Alhamdulillah tak kedekut. Kalau orang minta apa dia main pun, dia kasi je ngan bebaik. Sharing is caring. Hehe…even ada budak yang datang beraya baru nih dok lempar-lempar mainan dia ngan kasarnya, dia gi hulur lagi suh lempar lagi. Hadoiii…. Kalau kat public, bahaya gak neh, kalau tak pegang dia, mahu nya di gi ke arah budak-budak lain yang dia nampak….suka sangat nak kawan….macam kena ada adik cepat neh. Oppss….


4.       Lebih berdikari. Sungguh, dah boleh harap dah untuk jaga diri sendiri. Hehehe… Bole laa nak tinggal kan dia main sorang-sorang. Dah pandai laa nak buat apa sebelum dan selepas makan. Macam amik bib nak pakai, gi kat kerusi makan dia, makan dan minum dengan pinggan mangkuk dia. Bila tumpah, amik tisu lap sendiri, then gi buang kat bakul sampah. Kalau nak mandi, lepas bukak baju, gi letak sendiri dalam bakul baju kotor, pastu gi sendiri bilik air sampai mama dia kena jerit-jerit suruh tunggu takut kang jatuh…licin. Tapi tahu plak kalau lantai licin, suh mama dukung sebab takut jatuh. Kalau nak tido pun, minta susu, pastu bila dah siap bancuh, amik gi minum kat tempat tido sendiri. Siap ambik bantal sendiri kalo tempat dia nak minum tak ada bantal. Bila nak keluar gi mana-mana lak, mesti dia sibuk-sibuk nak bawa beg. Nak tolong angkut beg keluar lah. Ambil kasut sendiri yang mana dia nak pakai. Kalau selsema idung sumbat, pandai lak minta nak makan ubat. Hahaha…kira pandai berdikari lah tu kan. Sesuailah ngan budak besar dia.


Kira oklah kan bila gi taska awal-awal neh. Ada lah yang dia belajar. Susah senang nak hidup. Seyes aku sangat takut bila pikirkan keadaan dunia sekarang yang sangat horror dan macam-macam. Kes bunuh, bakar orang, ragut, rompak semua tu hari-hari dah hadap. Belum lagi isu murtad lah bagai…takut sangat bila pikir macam mana laa anak-anak aku nanti nak membesar dalam dunia yang dah makin tua nih. Ilmu kehidupan ni mana leh belajar dari buku dan teori. Semua tu perlukan pengalaman dan pemahaman yang jelas. Semoga, aku dan suami mampu menjadi mama dan ayah yang dapat menjaga amanah Allah yang dipinjamkan dengan baik dan dapat dipulangkan kepada-Nya dalam keadaan yang baik bila sampai masanya. Amin. Mari berusaha menjadi insan solehah dan berusaha membentuk orang-orang tersayang menjadi soleh dan solehah gak agar kita dapat terus berbahagia di syurga yang kekal nanti…..nak masuk syurga kan kena soleh dan solehah :)

Selamat Meneruskan Perjuangan Adikku


Tahniah dan semoga selamat semuanya.
 
Ya Allah,
Permudahkan lah perjalanan adik ku dalam perjuangan beliau untuk bergelar seorang doktor yang berjaya di dunia dan di akhirat
Redhailah adikku
Rahmatilah adikku
Berkatilah adikku

Ya Allah,
Peliharalah iman dan Islam kami
Tingkatkanlah ketakwaan kami
Sejahtera kan lah kehidupan kami dalam pemeliharaan-Mu
Amin

.
.
.
.
.
.
.
Adik ku, Nurfarhana binti Khalid, bakal berangkat ke Jordan University of Science and Technology  
atau JUST esok, 15 September 2011 untuk memulakan perjuangan beliau menggapai cita-cita untuk bergelar seorang doktor muslimah, insyaAllah. Doakan beliau. Semoga semuanya berjalan lancar dan selamat.

Monday, September 5, 2011

Kita Semua Menantikan Saat Itu....



Alhamdulillah, selepas selamat pulang merayakan Aidil Fitri di kampung halaman, kini kembali meneruskan perjalan kembara ke saat itu. Semalam dan kemarin, kita dihujani berita-berita tentang insan-insan terpilih yang telah sampai saat yang mereka tunggu selama ini.

  • Ustaz ketika zaman persekolahan ku, telah kembali ke rahmatullah pada hari raya ke 3 dengan tenang dan aman selepas arwah berusaha memandu sendiri ke hospital.

  • Rakan sekolej adik ku yang sepatutnya bakal sama-sama melanjutkan pelajaran ke bumi Anbiya, telah selamat kembali ke pangkuan Ilahi juga pada minggu pertama hari raya....selepas terlibat dalam satu kemalangan yang turut meragut nyawa abang dan adik arwah.

  • Salah seorang peserta misi bantuan ke Somalia, rakyat negara kita, seorang pemberita Bernama, juga telah kembali menemui Pencipta kita, selepas terkena tembakan peluru sesat. Dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil berusia 8 tahun dan 3 tahun.

Semoga ruh-ruh mereka bersemadi dikalangan hamba-hamba Allah yang solehin.

Sebenarnya, masih banyak lagi kisah-kisah insan terpilih lain yang telah pun selamat menempuh saat yang ditunggu semua orang.

Dari cerita ibu mertuaku yang baru pulang dari mengerjakan umrah, ketika di Masjidil Haram.....bila tiba setiap waktu solat fardu, pasti turut ditunaikan solat jenazah berjemaah kepada jemaah-jemaah umrah yang meninggal dunia antara waktu solat di sana. Ditekankan sekali lagi, solat jenazah pada setiap waktu solat ya!!

Sesungguhnya, kita semua tertunggu-tunggukan saat itu. Kita semua pun bakal merasai saat itu. Saat dan detik apabila kita sepatutnya kembali menemui Pencipta kita. Sungguh unik temujanji kita yang satu ini, kerana ianya teramat misteri. Kita tidak memiliki kad temujanji khas, bilakah saat itu. Tapi, yang pasti, saat itu sudah termaktub untuk kita.


###

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali Imron: 185)


 أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?

(An Nisaa`: 78)



Wahai diriku, sedarlah bahawa saat kematian ku telah ada. Cuma belum pasti bila akan tiba.
Wahai diriku, tolonglah jangan lupa atau melalaikan saat itu.
Wahai diriku, jika sedetik lagi ajalku tiba, kemanakah layaknya diriku ini untuk dituju?
Layakkah diriku ke syurga-Mu, Ya Allah.....
Dan, diriku ini sesungguhnya tidak berupaya untuk menghadapi neraka-Mu....
Maka, dimanakah????
Hanya ada 2 pilihan sahaja....

Ya Allah, ampunilah segala kesalahan ku.....
Ku pohon, khusnul khatimah.....amin.

Anak Daraku Beraya....

Bila belek-belek gambar raya, tengok gambar anak daraku berbaju kurung siap bertudung....mak ai, rasa macam dah membesar lah anak ku yang sorang neh...
Tiba-tiba rasa sebak lak...
Anak mama dah makin besar....
Sentiasa sihat dan senantiasa dalam peliharaan Allah SWT....amin, insyaAllah.

Agaknyer apa lah mak aku rasa bila tengok anak dia dah kerja, dah kahwin, dah ada anak......hurmm....








Selamat Hari Raya You All.....from adik Tecit~

Ingatan Dari Dia....

It happened somewhere around July.....dah berlalu lebih kurang dekat 2 bulan dah...hehe....tapi akan sentiasa segar dan tidak akan pernah basi.....



 I remember the days
when we first fell in love
and how simple
our life was back then,
Yet with all of the things
that life has brought us,
if I had to choose
over again...



You'd still be the one
I would want
by my side
to share everyday of my life~



Deary Lovely Sweetheart
You're my soulmate~
my lover~
my best friend forever~
my precious~
and my beautiful wife...




Thanks honey....for the birthday thought....
Ohh....jatuh cinta sekali lagi....
Dalam hati ada taman.....
la la la la laaa.....

Friday, September 2, 2011

When STRESS reach the MAX....


Hidup kita tak pernah sunyi dengan masalah dan ujian. Semua itu adalah acuan untuk mematangkan dan menguatkan diri kita untuk terus menghadapi hari mendatang yang pastinya semakin mencabar dari hari semalam. Kebanyakan masa kita dapat menghadapi dan mengharungi semua permasalahan dengan tenang dan sabar. Ya, most of the time, kita ok jek.

Kita boleh kompromi dengan tekanan kerja, bebanan tugas-tugas seharian sebagai isteri, ibu dan suri rumah tangga. Kita boleh senyum je bila tengah serabut dalam jem, dengan perut lapar lagi..... Kita masih happy je dengan perkara-perkara yang kita rasa orang tak patut buat pada kita.......kita memang rasa ok je....padahal setiap hari pasti ada masalah. Tak kisahlah masalah air tak ada ke, masalah makanan tak sedap ke, masalah duit tak cukup ke nak beli Ferrari, masalah deadline kerja berlambak ke.....dan macam-macam lah...... Kita sebenarnya memang terror sebab most of the time kita memang boleh adapt dengan semua permasalahan tu.




Tapi, kadang-kadang, jarang-jarang, sekali sekala, kita akan rasa seolah-olah dah tepu. Dah tak tertahan dengan semua permasalahan yang dah kita telan sekian lama. Bila kita dah terlalu tepu, macam beg plastik yang diisi dengan air sebanyak-banyak nya.....kembung semacam, bila tercucuk sket pun akan terus pecah. Macam tu lah jugak dengan kita. Bila sampai tahap stress to the max, tak larat, badah letih, otak penat......mucul sedikit je permasalahan yang kadang-kadang tak berat mana pun, tapi kita amat mudah akan meletus bila kena timing dia. Huhu.....kabboooommmmm!!

Entah naper, pagi tadi, aku rasa moody je. Tak ada selera nak makan walaupun suami dok offer nak cari makanan sedap-sedap untuk breakfast. Pastu aku rasa sedih je dengan kehidupan aku yang sekarang neh. Pastu terus nak terkait balik dengan kejadian-kejadian lepas yang pernah menitipkan kesedihan di hati aku. Pastu dengan kerja rumah yang banyak nak buat tersenarai dalam kepala hotak, dengan penat travel dari kampung tak habis lagi.......tup tup......terus aku rasa nak menangis. Menangis dan menangis semahu-mahunya.

Bila jadi gini, aku panggil chenta hati. Dia pun macam dah faham dah. Aku suh dia peluk aku sambil aku nangis semahu-mahunya dalam pelukan seoarang suami......then bila dah penat nangis, aku pun stop. Terus ilang rasa stress.....hahaha..... Itulah aku bila mood tengah swing.....agaknya kena dengan time PMS sama kot. Kuang kuang kuang.....alhamdulillah, chenta hati dah boleh paham kot karenah sengal si isteri yang sorang neh......and, my chenta hati is always the best remedy for my 'sengalan'.....



Ok, sekadar luahan jek. Tak ada sangkut paut dengan sapa-sapa yang tak disebut dalam ni ok. Hehehe...

Mode skarang: "Happy and Thankful"

Thursday, September 1, 2011

Takziah Buat Keluarga Ustaz Baihaki

Hari ini, pada hari raya ke 3, aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ustaz yang mengajar di sekolah menengah ku dulu. Ustaz Baihaki telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Teringat plak zaman sekolah menengah. Aku teringin sangat nak berziarah ke rumah ustaz, tetapi tidak berkesampaian kerana hari ini juga aku dan family akan fly balik ke KL. Walaupun ustaz Bai atau Baba tak pernah mengajar kelas aku, tetapi pemergian arwah turut terkesan di hati aku. Karekter arwah sangatlah macam serius tapi sebenarnya ok-ok je. Macam anak dia jugak. Kebetulan anak sulung arwah adalah kawan aku jugak dan isteri arwah atau 'Mama' adalah ustazah aku yang juga merangkap kawan mak aku. Pernah gak aku gi tido umah arwah masa zaman sekolah dulu.

Takziah buat keluarga arwah. Kepada temanku Y-da, ustazah Siti Hawa dan anak2 lain, semoga kalian tabah menghadapi pemergian arwah. Semoga arwah ustaz Baihaki ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.

Al-Fatihah.....


- Posted using BlogPress from my iPhone
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template