Friday, July 29, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Karim

Cilok From Google

Beberapa hari lagi dah nak sambut Ramadhan. InsyaAllah, kalau panjang umur, kita semua boleh merayakan bulan mulia ini sekali lagi untuk tahun 1432H ini. Mesti semua orang sibuk ngan persiapan nak puasa ni terutama kaum ibu-ibu. Nak make sure bekalan makanan untuk di masak masa sahur ngan berbuka semua dah ready. Stok kering, stok basah semua kena ada. Teringat lak telur masin, serunding, sardine….laku lah bulan nih. Hehehe


Nak raya pun kena ada gak persiapan. Tema baju raya bagai. Hik hik hik. Kepada yang nak tukar duit raya kat bank tu, jangan tunggu last-last minute. Kang tak dapet, nayaa….


Bestnya kalau dapat balik berpuasa dengan mak ayah di kampong. Kami insyaAllah akan pulang ke kampong ku beberapa hari sebelum raya, So dapatlah jugak insyaAllah nak merasa puasa ngan mak ayah dan adik-adik. Lepas raya, adik bongsu ku akan terus ke Jordan, meneruskan perjalanan beliau menuntut ilmu. Bakal doctor insyaAllah. Semoga mak aku tak sedih-sedih sangat. Kalau rindu sangat kat adik, kita pi Jordan yer mak. Hehe…so pesanan untuk diriku, sila simpan duit untuk berulang alik  gi Jordan yer….

Meriah je dengar orang sekeliling dok sibuk-sibuk dengan persiapan masing-masing. Tahun ni, pertama kali nak berpuasa sepenuhnya kat rumah PIL. Tahun-tahun lepas sekadar balik kejap-kejap jek. Hee… Bab-bab persiapan nak puasa nih, aku ngan hasben tak der buat apa-apa pun. Boleh tak kalau semua nya serahkan pada mak ngan abah jekk…keh keh….sebab kitaorang pun tak tahu apa nak buat. Hasben ku ada gak buat persiapan apabila dia telah membeli sebuah Quran tafsir yang bapak besar untuk di khatam kan sepanjang bulan Ramadhan, insyaAllah. Abang, awak baca ek, then citer kat saya k…hik hik hik.

Persiapan nak raya pun biasa-biasa jek. Mak aku kata dia dah sediakan baju kurung untuk ku dan anak ku. Tu je lah. Aku ngan hasben tak der lagi plan nak gi beli baju raya ke haper….untuk anak pun tak tahu lah bila nak beli. Kitaorang macam tak kisah sangat, kalau ada, ada lah. Hehehe. Yang penting, kena sedia duit raya yang secukupnya untuk disedekahkan kelak. Time nih lah boleh amik kesempatan nak tambah amal sedekah. Keutamaan sedekah adalah pada keluarga terdekat dulu, then baru pada orang-orang lain. 


Seminggu sebelum Ramadhan nih, aku dah start amal Mathurat hari-hari macam dulu. Dah lama terberhenti amalan nih. Nak struggle jadikan amalan harian balik.  Semoga Ramadhan kali ni lebih membawa kebaikan kepada kita semua. Sangat nak target khatam Quran sepenuhnya, tarawih pun teringin nak gi semaksima mungkin. Tapi, tak tahu lagi lah macam mana kalau nak bawa si anak solehah mama tu. Nak suh dia pakai tudung pun masih dalam peringkat trening. Seyes, mek tu tak suka sungguh letak apa-apa benda pun atas kepala dia. Aiyokkk… 




Kebetulan lak, mak ngan abah mertua ku nak gi umrah dalam bulan puasa nih, terus sampai ke raya. So, kitaorang memang balik raya di Perlis lah. Best kan gi umrah dan puasa kat Mekah. Teringin sangat. InsyaAllah kami akan menyusul gak nanti, tunggu abang betul-betul sihat. Kena pulak adik bakal belajar di Jordan, so insyAllah moga Allah mudahkan kami semua dapat menjadi tetamu-Nya untuk beribadah di Mekah, sama ada umrah atau haji. Amin.

Syukur

From Google

Tahun  ini adalah tahun yang penuh kesyukuran buat ku. Syukur kalau di sebut macam mudah je kan, tapi berapa banyak masa yang kita peruntukan untuk zahirkan rasa syukur tu. Syukur selalu nya relevan bila seseorang tu dapat sesuatu kegembiraan. Tapi, dalam kesenangan dan kebahagiaan yang kita dapat tu, kita mudah je nak lupa untuk bersyukur. Lain pulak tika kita diuji dengan musibah, kita akan lebih cepat untuk ingat kepada Allah. Betol tak? 


So, syukur tu bukan mudah sebenarnya.
Jangan lupa untuk sering selitkan dalam doa harian kita, agar kita sentiasa digolongkan dalam golongan hamba yang kerap bertaubat dan bersyukur. Kena minta ngan Allah untuk jadikan kita orang yang bersyukur. Bukan leh harap syukur tu akan datang sendiri bila teringat jek. Sempena Ramadhan yang bakal menjelma ni, marilah kita amik peluang untuk zahirkan lebih banyak tanda syukur kita. Nabi Muhammad pun bila ditanya kenapa Baginda banyak sangat beribadah sedangkan segala dosa dah confirm terampun, Baginda menjawab, salahkan untuk Baginda menjadi hamba yang bersyukur……hebatkan.

Alhamdulillah, kita masih ada nafas. Kita masih dikekalkan Iman dan Islam. Kita masih ada insan-insan tersayang di sisi, mak ayah, suami, isteri, anak-anak….rezeki, masih sihat untuk berjalan sana sini di hari raya, ada pulak tu kenderaan ber’air’cond’, dapat makan rendang ketupat gitu….haishh…banyak sangat lah kalau nak dihitung nikmat yang Allah bagi. Jadi, jangan lupa bersyukur. Tingkatkan ibadah di bulan mulia nih k. 

Oh, antara petua untuk kita tak terlalu asyik ngan nikmat duniawi nih (kadang-kadang boleh jadi istidraj), kita hendaklah ambik tahu gak kisah-kisah malang orang sekeliling kita. Hayati dan renungkan kisah saudara-saudara se Islam di Palestine ke, atau kalau rasa jauh sangat, tengok rancangan Bersamamu kat TV3 pun ok gak. Pastu ringankan tangan untuk hulurkan sedekah sekadar mampu. Kadang-kadang nak keluarkan sedekah 10 hengget pun kita berkira, tapi beli kopi Starbuck hari-hari boleh pulak. 



Kalau kita prihatin, sebenarnya ramai je masyarakat kat keliling yang ada macam-macam cerita malang. Kalau ada yang terbaca kisah Norma-Talib-Rafiq ke (nak tau kisah mereka sila lah Google sendiri), atau kisah-kisah hidup yang lain, cepat-cepat kita renungkan, betapa kita nih kena bersyukur. 

Bebelan ku setakat ini. Peringatan khas untuk diri sendiri, dan umumnya untuk kita semua. LOVE U ALL!

Thursday, July 28, 2011

My Little Princess

Susulan daripada update aktiviti masa last weekend...

Posing atas pelamin cousin hasben ku



Ada gaya princess tak..?



Pelamin keseluruhan



Meja belajar anak ku, from IKEA...cute kan.


Lepas kenduri cousin hasben ku itu, ada gak isu tak best yang timbul. Beberapa barang berharga hilang termasuklah jam tangan hantaran. Sungguh kasihan pada pasangan pengantin. Sempat jugak pencuri tu merembat dalam ramai-ramai orang tu kan.

Apa-apa pun, Selamat Pengantin Baru buat Hawa dan Azam.

Lain Fesyen Tudung, Lain Jadinya

Sekarang adalah sangat bermacam fesyen tudung dan hijab yang ada di sekeliling kita. Ada yang cantik dan kemas dipandang, dan ada jugak yang nampak serabai amat. Tapi, semua itu orang dah tak kisah atas alasan, fesyen maa…
Aku suka pakai tudung bawal jek, tapi ada gak berjinak-jinak dengan tudung awning dan shawl. Dulu masa tinggal di Terengganu, tudung bawal adalah sangat mudah diperoleh dengan harga yang berpatutan dan latest design gitu. Tapi sejak duduk di KL, amat susah nak dapatkan latest design tudung bawal dengan harga yang logic dek akal. Maka, aku pun dah banyak buat koleksi tudung awning yang bersepah jual merata dan murah gitu. Oh, tak pernah pakai Ariani pun sebab rasa macam mahal sangat…padahal leh dapat kualiti lebih kurang jek kat luar dengan harga yang lebih berpatutan. Berkira kan aku neh. Hahaha.
Dan, dalam setiap pemilihan jenis fesyen tudung, impak nya adalah berbeza. Contoh, tengok lah perbezaan muka ku ini….
Pakai shawl muka tak nampak tembam sangat.

Pakai tudung awning, mak ai pipi ku naik bam bam....haha

Monday, July 25, 2011

Hurrmm...

Baru sampai rumah. Excited nak jumpa Alyaa. Rindu nya kat anak selepas seharian di pejabat. Bila sampai, tengok semua orang keluar. Then abang SMS bitau mereka pergi carikan dan survey taska untuk Alyaa.

Teringat dulu masa di Kertih, aku ngan abang sibuk dan struggle nak carikan taska dan pengasuh untuk si anak yang masih bayi. Walaupun seksa, tapi puas hati dan hepi. Of course, as a mother, kita nak beri yang terbaik untuk anak kan. Nak carikan sekolah yang paling selesa, nak sediakan makanan yang paling berkhasiat (alhamdulillah dapat gak menyusu si anak secara ekslusif for the first 6months), nak belikan pakaian paling cantik untuk si anak......dan kalau boleh, seorang mak itu, nak buat semua untuk si anak.

Tapi, sekarang, aku dah tak mampu nak jadi mak sepenuhnya untuk si anak. Secara jujur, aku amat sedih, berkecil hati dan tatau lah nak kata apa lagi....bila mana pengurusan si anak, telah banyak diambil alih oleh orang lain.

Tapi, aku tahu, semua orang mahukan yang terbaik untuk si Alyaa. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara Alyaa sebaiknya agar sentiasa memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat. Mama hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mu sayang....

Mari tido.....kerana tido dan makan dan shopping itu adalah terapi terbaik walaupun untuk seketika. Kena pula tengah cuti-cuti Malaysia, emosi pun tak stabil...so jom tido sampai pagi esok.

Weekend Yang Penuh Aktiviti

Aku suka weekend. Sebab nyer dapat spend masa dengan hasben dan anak. Pastu tak yah kerja. Hehe. Selalunya weekend kitaorang spend masa berehat kat rumah je, atau pun setakat keluar beli barang keperluan. Tapi, weekend yang baru ni, best sangat. Banyak pulak aktiviti kitaorang satu family.

Hari Sabtu, kitaorang keluar rumah seawal pukul 9am dan balik rumah dalam pukol 10pm. Penat, tapi best. Pagi tu mulakan dengan breakfast kat KFC. Hasben ku teringin sangat nak try KFC nyer breakfast tu. Mujur ada KFC branch yang provide menu breakfast tu berhampiran gak lah dengan rumah kami. Then, after makan, kitaorang gi IKEA. Yeaaa....suka-suka sebab time kitaorang sampai tu masih awal, so tak perlu berebut-rebut parking. Maka bermula lah episode berjalan yang panjang untuk menghabiskan eksplorasi ke seluruh pelosok IKEA tu. Padahal misi utama hanya nak cari kerusi dan meja belajar untuk Alyaa jek. Ramai giler manusia.....memang serabut. Sambil cari meja dan kerusi belajar, kitaorang sempat-sempat lah survey design dan harga perabot-perabot lain di IKEA tu. So far, aku macam suka design dapur-dapur kat situ. Start dari below 10k sampai ke 50k pun ada. Hehe....

Lepas menjelajah IKEA, kitaorang pun dah lapar balik dah. Makanan brekfast tadi dah abih terbakar jadi tenaga kot. So, melarat lah ke The Curve kat sebelah. Sebab rasa happy sangat dan nak happy kan suami terchenta, aku offer nak belanja lunch. Kitaorang makan kat The Apartment. Chocolate cake dia sungguh sedap....tapi sayang, Alyaa dah tido time tu. Tak sempat dia nak merasa. Kalo makan kat sini kena hati-hati pilih meal yang tak ada alcohol. Dia memang ada tulis kat menu, makanan apa yang dimasak dengan red wine bagai, so berhati-hati di situ yaa....rasanya lepas ni tak mo dah makan kat tempat cenggini. Huhu..

After lunch, tenaga dah bertambah balik. So kitaorang sambung round IKANO lak. Masuk Harvey Norman jek....mak aaiii....perabot dan idea design kat situ memang cun lah. Terutama design untuk bedding set dia. Sangat shantekkkk......dan ada sale yang banyak....kiranya barang yang 6k bole dapat dalam 4k gitu...banyak lah tu, sapa nak kasi ko diskaun 2k sesenang macam tu je kan. Tapi sayang, kami tak der niat nak beli pun. Kalau nak beli pun, mana nak gi letak. Rumah tak dak. Adeh.....layan angan-angan saja lah.

Lepas puas berangan kat situ, kitaorang pun teruskan dengan aktiviti seterusnya. Kitaorang pergi ke Shah Alam sebab my mama ngan ayah ngan adik-adik ada kat sana. Mak ku dah rindu sangat pada si bongsu, maka mereka sekeluarga pun turun lah KL. Lepak ngan my family sampai after dinner. Best sangat!! Sangat berterima kasih pada suami ku yang sudi layan si isteri bergembira dengan keluarga terchenta.

Then, the next day, kitaorang ada kenduri. Cousin of my husband menikah dan bersanding. Meriah lah jugak. After berpanas, berpeluh-peluh dan berpenat lelah di kenduri, kitaorang habiskan masa minum-minum dan jalan-jalan shopping barang-barang dapur lak. Bila dah asyik makan luar je selama 2 hari ni, malam nya my hasben request suh masak lak. Walaupun macam penat, tapi rasa best nak masak sebab aku pun macam dah tak larat nak telan makanan kedai. Malam nye, Alyaa tido awal sebab keletihan. So, aku ngan hasben amik masa nih untuk layan movie berdua-dua jek. Cerita 'Sekali Lagi'. Best...sedey citer neh....basah lah jugak lengan baju hasben ku sebab buat lap air mata si isteri yang emosional neh. Hahaha....

Kesimpulannya, minggu ni adalah sangat best sebab dapat bergembira dan meluangkan masa dengan orang-orang tersayang. Dah lama tak rasa perasaan macam ni. Perasaan gembira dan bahagia seperti dulu....masa duduk di Kertih.....semoga kebahagian kembali berputik dalam kehidupan kami. Sesungguhnya bukan senang untuk bangkit semula membina kehidupan baru yang tidak dirancang ini. Thanks suami ku kerana amat memahami diriku....sesungguhnya diriku hanyalah insan biasa yang sangat banyak kelemahan dan ada kalanya, daku sendiri tewas dengan ujian percaturan Ilahi. Kekuatan mu, kekuatan ku jua. Kita memang ditakdirkan bersama....kerana kita saling melengkapi.....love u!



**Gambar tak dok plak skrang neh...kalau ada, later aku upload lah. Hehe.

Wednesday, July 20, 2011

Benda Yang Daku Teringin

1)      Jangka Masa Dekat
Lense baru untuk our kamera. Memang target nak beli yang ini…..sesapa ada nak jual 2nd hand roger2 lah ekk…kih kih kih.


AF-S Zoom-Nikkor ED 18-200mm f/3.5-5.6G IF DX VR



2)      Jangka Masa Separa Jauh
Kereta yang agak berjiwa muda….berkira-kira nak beli keta baru walaupun keta waja campro aku sekarang pun masih baru. Bukan apa, hubby nyer keta dan future keta beliau kemungkinan standard orang terlebih dewasa….sebab keta warisan ayahanda beliau…so aku teringin gak nak pakai keta kecik-kecik yang ala-ala berjiwa muda…..seperti Golf GTI atau Peugeot 308 Turbo. Macam best je kalau dapat kereta ala-ala gini kan. Keta aku sekarang nih dah kategori tak berapa nak berjiwa muda dah dan agak berat maa, tercungap gak nak motong dekat-dekat neh….tapi aku sangat suka handling keta waja neh terutama masa layan selekoh dalam SMART tunnel. Terbaikkk…

Merah menggoda kann...?




Yang ni pun I tergodaa


3)      Jangka Masa Jauh
Motor besar…….seriously sangat nak. Target sebelum umur 50 nak beli. Nanti leh bawa pusing-pusing santai makan angin kan. Hasben tak nak takpe, biar aku yang bawa dia pusing-pusing. Hahaha…berangan, padahal lesen B Full pun tak dok lagi. Seyes cool beb. Oohh…rasa rindu nak naik moto lak tiba-tiba. Dan keinginan aku adalah Honda GOLD WING…..sebab tengok paksu aku bawa moto ni macam cool. Lagi cool dari moto BMW yang aku tengok dia bawa dulu. Cayak arr…hopefully dapatlah sebelum terlalu tua…kang macam menatang apa lak kalau dah mak cik sangat bawa moto besar. Kah kah kah….
Tapi, sebelum tu, kalau dapat SILVER WING dulu pun tak per lah...

Best kan naik ngan hasben...feeling abih arr...

Future House

InsyaAllah, impian memiliki rumah sendiri bakal terlaksana. Walaupun bukan rumah aku, tapi rumah hasben aku tu kira rumah kami lah. Kan kan…hik hik hik.
Petang semalam, sempat berjalan-jalan amik angin petang di tasik kat area rumah mertuaku. Suka amat si kecil tu berlari-lari di sepanjang tasik tu. Kawasan berbukit pun dia redah. Bila balik rumah, ngadu sakit kaki sebab berjalan banyak. Alahai, kesian nyer. Hehehe…. Ramai orang beriadah dan berjoging kat tasik tu. Teringin nak berjalan kaki je dari rumah ke situ, lagipun dekat bebenar, tapi kesian lak my husband kalau dia nak ikut sebab dia tak leh kena panas lama-lama. So simpan dulu lah hasrat nak berjalan kaki tu. Lagipun kena tunggu si kecik tu ada basikal sendiri, so that tak der lah dia pun kena berjalan kaki gak. Silap-silap aku yang kena dukung dia bila dia dah tak larat nak jalan. Hehe…
Sambil hirup angin petang, sempat gak usha bakal rumah kami yang berhadapan dengan tasik tu. Best-best nanti depan rumah view tasik. Tapi rumah kami nanti kena direct sun….panas petang lak tu. Hurmm….kena letak langsir tebal karang. Hahaha…angan-angan dah.
Tengok gambar construction je lah dulu ekk….
Gambaran bila dah siap.

Proses pembinaan....

Perumahan sebelah tu rumah mertua...hik hik...berjiran jek nanti.

Nak selit gak gambar jalan-jalan di tasik semalam.

Tuesday, July 19, 2011

Perasaan Simpati

From Google Image

Aku akui, aku adalah sangat mudah bersimpati dengan orang lain. Secara jujurnya, kalau ada kawan sendiri yang datang promote jual barang, aku amat susah untuk mengatakan tak nak walaupun aku tak perlukan barang tu. Tapi ada gak masa aku dapat kekuatan lebih untuk katakan tak nak. Tapi memang berat.
Kalau sedang berjalan-jalan, terpandang orang yang berada dalam keadaan yang kurang sempurna, aku pasti rasa sayu semacam je. Then aku suka buat analisa lak, agaknya macam mana lah cara hidup orang-orang yang bernasib kurang baik neh. Seyes boleh menginsafkan diri.
Pagi tadi aku terserempak seorang perempuan. Cantik secara natural. Tapi muka dia masam sangat. Even masa turun escalator pun dia boleh tak perasan yang dia dah sampai kat hujung escalator. Dah ada gaya nak tersadung pun ada. Punyalah si perempuan ni asik melayan perasaan dia. Tapi dari muka dia yang masam berkerut, asyik tunduk macam orang hilang keyakinan tu membuatkan aku terus terfikit, kesian, mesti akak ni ada banyak masalah dalam kepala dia.
Lepas tu, terserempak pulak seorang wanita. Dalam lif. Macam ada sesuatu yang tak kena. Berbaju kurung tapi agak lusuh. Kain pun senteng. Tudung pun macam dah lusuh. Asyik menunduk je. pastu jelling-jeling dok perati kasut aku. Aku tengok dia pakai sandal jek. Bila tengok air muka dan penampilan dia yang agak selekeh tu membuatkan aku terfikir, agaknya akak ni tak mampu kot. Tak pun, jenis berjimat. Tak pun hasben dia jenis garang yang tak bagi dia bergaya kat tempat kerja. Tak pun, dia nyer duit habis bagi kat hasben bla bla bla…..pandai jer buat kesimpulan sendiri.
Bila aku gi pos ofis lak, terpandang pak cik guard yang sangat kurus. Muka cengkung. Mata pun dalam jek. Pastu terpandang dia tengah terbongkok-bongkok kat bawah meja sambil curi-curi gigit roti. Mak oi….kesian sungguh aku nengok. Hampir menitik air mata. Kesian sangat. Pastu nampak dia gi beli air mineral kat kedai sebelah. Kesian, badan macam tak bertenaga je. Agaknyer nak makan pun susah kot, tu sebab makan roti ngan air mineral je time lunch.
Tu kira ok lagi la. Apa yang aku nampak hari ni pun di sekitar  KLCC. Dan kira bagus orang-orang tu ada kerja yang halal kan. Kat luar sana lebih ramai yang bernasib malang lebih dari ini kan. Kalau berjalan kat area stesen Masjid Jamek tu, aku selalu nampak sorang makcik ni dengan anak kecik dan seorang baby dok minta sedekah. Sedih sangat. Mesti tu susah sangat, tu sebab sanggup buat keja macam tu.
Pastu, masa blog walking, jumpa blog-blog orang kaya lagi mewah yang asyik menayang kemewahan mereka atas alasan dibayar untuk berbuat demikian…hurmm….betapa beza nya taraf hidup manusia berdasarkan kelas masing-masing.
Bersyukurlah wahai diri.
Wallahu’alam.

Kepelikan Individu Sebelum Ditimpa Tragedi

From Google Image

Korang perasan tak, kalau baca mana-mana surat khabar lah kan, dalam kes-kes kemalangan , tak kisah lah kemalangan jalan raya ke, lemas dalam sungai ke, kena bunuh atau sebagainya, mesti akan ditanya perubahan kepada si malang sebelum kejadian. Pandai je kan wartawan ni nak cucuk-cucuk family member si malang tu. Bertambah-tambah sayu lah family member derang if ada yang perasan apa perubahan pelik pada si malang sebelum ditimpa tragedi. Tapi, apa kah siknifikasinya ek? Memang ada ker perubahan pelik sebegitu? Hurmmm….wallahualam.
Aku tak pernah share lagi kan pasal perubahan yang terkesan dalam ingatan ku, yang berlaku pada chenta hati sebelum tragedi 14 December tu. Sebenarnya, sejak beberapa hari sebelum hasben terchenta gi kerja di laut, aku dah perasan ada kepelikan dia. Tapi, cuma abaikan je lah. Then, after incident happened, baru lah dok teringat balik….agaknyer patut lah dia macam ni, macam ni…..
Project shutdown yang dirancang kali ni memang pelik dari yang sebelumnya. Ada jugak aku suarakan, kenapa tak seperti yang sebelum-sebelum ini…kenapa kali ni nampak kelam kabut sangat, kenapa masa yang diberi untuk buat persiapan semua kejap sangat….sampaikan slot wajib yang melibatkan isu keselamatan pun boleh skip…dengan reason leh guna pakai slot lama yang dah buat untuk shutdown dulu  tapi last minute tak jadi shut down (about a few months before). Sepatutnya memang patut ada sesi ala-ala taklimat keselamatan bagai, tapi kali ni macam pelik sebab tak ada. Then, bila aku tanya dah request pada shut down coordinator ke belum, boleh lak encik hasben terlupa dan cakap dia baru teringat bila aku tanya. Then, mujur dia ikut advice aku suruh email coordinator team tu bitau at least dia and the team nak buat shut down. Walaupun tak ada respon dari team tu (maybe sebab masa suntuk kot), tapi at least ada effort from my hasben nyer team…as a proof yang boleh diguna pakai masa soal siasat aritu. Huhuhu. Ok, tu kepelikan pertama, iaitu sesuatu yang di luar kebiasaan dan penuh kelam kabut.
Pernah satu hari nih, rasanya 2 hari before dia gi laut, dia ada cakap, lepas ni dia dah tak nak lagi lead shutdown neh. Ini lah yang terakhir. Kat situ aku dah rasa pelik. Bila ditanya balik, kenapa dia cakap macam tu sebab macam tak logic jer dia tak nak lead lagi sebab dia je pun yang paling senior kat operation area tu…..dia jawab entah. Harap-harap ada junior yang boleh take over. Dia nak buat kerja lain lak kalo boleh. Ok, aku pun diam je lah.
Sehari sebelum dia gi laut, adalah anniversary ke 2 kami. Semua nyer berjalan seperti biasa. Mulanya plan nak gi honeymoon kali ke sekian kali, tapi terpaksa cancel sebab shutdown yang tiba-tiba ni lah. Malam tu kami sekadar beli kek Secret Recipe je untuk dimakan bersama. Ingat lagi encik suami simpan dalam peti sejuk baki kek tu sebab kami tak larat nak habiskan. Siap amik video lagi malam tu sambil makan kek anak beranak. Dan kek tu kekal dalam peti sejuk sampai lah beberapa bulan selepas kejadian sebab aku memang dah tak amik port apa jadi kat rumah time tu. Hahaha.
Pagi tu, encik hasben tak masuk ofis sebab chopper dia dalam tengah hari. Kami plan nak kuar breakfast sama-sama. Makan nasi lemak. Then, hantar dia balik ke rumah semula dan saya balik ke ofis. Tengah hari tu, saya balik untuk hantar dia ke airport. Terkejut tengok rumah kemas semacam. Boleh lak dia ngemas rumah, mop lantai bagai. Siap susun atur katil kat bilik tidur pun encik hasben ubah konon-konon untuk lebih selamat tidur dengan anak yang suka golek-golek. Pastu tengok dia belikan bekalan air mineral sangat banyak. Ada 6 botol besar air 5 liter tu. Mak aiii….biar benar. Macam nak tinggal lama je kan. See…dah ada kepelikan kat sini.
Pastu, masa nak gi, sempat lak encik hasben hulurkan duit belanja yang banyak. Serius sebelum ni dia tak pernah bagi duit ok kalau dia nak gi laut. Tapi kali ni dia bagi dan banyak plak tu. Aku pun heran dan tanya naper banyak sangat neh, dia cakap simpan je lah. Ok, fine. Dan duit itu lah sangat berguna masa seminggu aku kelam kabut kat hospital Kuala Terengganu aritu. Sebelum tu, pagi-pagi sebelum aku gi kerja, dia ikut hantar anak kat nursery. Masa tu aku dah agak lambat. Boleh tak masa dalam kereta dia peluk anak kami lama sangat. Peluk sambil cakap dia saaayaaanngg  sangat kat Alyaa, pastu diam je menikmati pelukan tu. Sampai aku sound, cepat lahhhhh….dah lambat. Baru dia lepaskan pelukan tu. Serius aku rasa pelik, tapi buat dunno je lah.
Masa hantar ke airport, satu lagi kepelikan dia. Dia terus keluar dari kereta, ambik beg dan pergi terus ke dalam balai berlepas. Langsung tak salam ngan aku. Sebelum ni tak pernah kot kami miss salam salam kalau nak pisah jauh-jauh. Aku pun tak terkata apa. Mungkin sebab dia dah lambat kot nak check-in. Doa je lah semoga hasben ku selamat semuanya.
Bila balik rumah, tengok kat atas sofa, dia tinggalkan beg hitam yang memang selama ni dalam simpanan my hasben. Dalam beg tu ada semua dokumen penting, surat nikat, surat beranak, passport kami etc…..hurm, pelik. Tak pernah dia tinggalkan macam tu jek. Selalunya dia cuma cakap je beg hitam dia ada dalam laci ke haper. Ni terus letak kat depan ruang tamu macam memang dengan niat nak bagi aku mudah nampak.
Hurmm…..itulah perkara pelik yang memang aku ingat. Seyes, sayu je bila terkenangkan…..dah lah hari tu aku ada tanya, apa perasaan dia bila tengok gambar kahwin kami? Dia kata ada gak terasa sedetik di hati sebab muka masa tu tak sama ngan muka sekarang……sob sob sob…..sedih lak aku dengar. Tapi tak pe lah, yang penting dah ok semua kan. Hehehehe…..i’m in love, laling!


Kisah Alyaa

Sebelum tido, Alyaa akan minum susu. Malam tadi dia minum separuh then berhenti untuk sambung main. Then, bila dia dah nak tido, dia sambung balik minum susu yang berbaki separuh botol tadi. Tapi pelik bila tengok dia asyik goncang-goncang botol tu then rasa susu tu. Pastu goncang balik, then rasa balik….

Mama:  Naper Alyaa? Naper nak goncang-goncang susu tu? Abis tumpah…
Alyaa:  Susu tak panas!

Hahahaha…..terus mama amik susu tu gi top up air panas. Appadaa…dia ingat dengan goncang-goncang botol tu dapat memanaskan susu kot. Agaknya dia selalu tengok mama ngan ayah goncang-goncang botol susu yang baru di buat dan masih panas-panas sebelum bagi dia minum kot. Hahahaha……akal budak.

Monday, July 18, 2011

Testimoni: Premium Beautiful


Honestly said, saya dah ‘terbeli’ dan sekarang merupakan pengguna set PB yang mahal nak mati neh. Yes, dulu saya sangat tak suka MLM dan sewaktu dengan nya ini. Dulu saya adalah peminat tegar blogger best  AididMuadib tu….tapi kini….saya masih seperti dulu. Hahaha.
Macam mana saya boleh beli set PB ni adalah dari rakan yang dikenali. Dengan testimoni rakan-rakan yang dikenali…..yang semuanya adalah wakil jualan, maka saya pun beli lah dengan harapan moga-moga boleh lah kurus sket.
Sebelum ini, sejak sebelum kahwin, saya memang suka pakai korset. Macam-macam brand ada. Dari yang standard sampai lah ke yang paling mahal (PB lah). Pernah gak pakai yang ada infra red jual kat butik-butik yang 300 lebey gak.
Dan hasilnya, saya gemuk gak. Hahaha. Saya stop atau kurang memakai korset sejak menyusukan anak sebab rimas. Then bila dah stop,nak pakai balik, mak aii…tak muat. So start beli baru. Dan kini, selepas lebih kurang sebulan pakai PB (at least 8 hrs per day), saya rasa tak ada apa-apa beza pun pakai korset brand apa-apa pun. Hahahaha…..
So, kepada yang berminat nak try PB, cuba search lagi k. Testimoni daripada saya adalah…kurang memberangsangkan….isk isk isk. Patut lah si glamer tukang jual PB yang dah kaya raya tu tak kurus-kurus pun. Hahahaha.
Apa yang penting kalau nak kurus adalah apa benda yang masuk dalam mulut a.k.a perut kita kan. Kalau itu tak control, macam mana nak kurus maaa….ngeh ngeh ngeh. Lagi satu, pakai korset nih kena istiqomah macam pakai barut tu. Baru badan ada shape. Brand apa pun sama je. Baik gi beli Triumph ke, Audrey ke….AVON pun ok. Tak lah mahal yang tak logic tu (tapi aku gi beli gak). Kawan saya pakai korset selama 6 bulan tak pernah miss, perut dah kempis. Bila off je, dalam 2 bulan naik balik. So jawapan nya, kena pakai setiap masa. Hahaha.

Durian Oh Durian


Korang suka makan durian tak? Sedap kan, tapi kalau dah banyak sangat, bikin pening kepala laaa. Alkisahnya, 2 minggu lepas ikut parents-in-law balik kampong di Melaka sana. Khabarnya kebun durian mak mertua ku dah berbuah lebat. Semangat jek rasa sebab leh makan durian sepuas hati. Best wooo…balik kampong lepak rumah dusun. Siap nenek ngan makcik encik hasben tiap-tiap malam tido kat kebun jek sebab nak pungut durian. Saya pun tak lepaskan peluang gi pungut durian. Macam best jek bila jalan-jalan nampak durian. Pastu kumpul banyak-banyak, bawa balik ke rumah dusun.
Kami balik sehari jek, then malam tu dah balik KL. Memang bawa bekal banyak sangat buah durian. Penuh lah bonet kereta Honda Accord pak mertua ku itu. Siap dalam perjalanan tak leh pasang air cond sebab bau durian kuat sangat. So, bila dah kat rumah, bermula lah episode hari-hari makan durian. Ya Allah, tekak nih dah rasa semacam je bila nampak durian. Bau tu tak payah cakap lah. Hidung pun dah immune sebab setiap masa hidup dalam dunia durian.
Pastu, saya gi training ke Kuala Terengganu. Best-best. Bila habis training, dengan harapan dah tak perlu makan durian lagi, tapi sekali sangkaan ku salah daaa…..ada kawan pak mertua ku baru balik dari kampong telah membawa berguni-guni lagi durian untuk kami. Mak aiii….sabar je lah. Kain baju kat umah tu dah berpewangi durian dah kot.

Bila nengok durian yang berlonggok tu, saya dah risau mikirkan bila lah nak habis semua neh.  Sampai terbawa ke dalam mimpi pasal durian neh. Last Friday, bangun pagi masuk dapur tengok durian dah tak ada sebijik pun. Wah. Terkejut. Sapa lak makan berpuluh-puluh bijik durian dalam masa sehari?? Rupa-rupanya pak mertuaku dah agih-agihkan kepada jiran-jiran. Legaaaa…. Hasben pun nampak macam lega sebab memang saya ngan dia je lah yang kena habiskan durian tu. Suara dia pun dah macam suara itik. Serak semacam. Hahaha…panas kot.
So, bila dah habis semua durian tu, tak perlu lah risau lagi. Bukan apa, bila mak or pak mertua ku kopek kan durian tu, then suruh kami makan. Kalau tak makan, kesian lah plak. Kalau di makan, badan yang kepanasan. Tersepit tol. Tapi, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mak ngan Bapak mertua ku balik kampong lagi dan pulang ke rumah dengan berguni-guni durian lagi. Pulak tu, ada lak jiran yang baik hati menghantarkan kek durian kepada kitaorang sebab dah bagikan durian pada dia. Alamak…..semua benda durian. Memang jodoh ngan durian tak sudah-sudah. Kepala nih dah pening semacam ngan tekak rasa nak terkoyak jek. Pulak tu tengah berpuasa ganti. Tak leh nak minum air banyak-banyak. Huwaaa….tak mo makan durian lagi tapi macam mana nak elak…….jangan lah mati kerana makan durian. Sob sob sob.
Kek Durian from Google

Friday, July 8, 2011

My Dear Daughter at 1 Year and 9 Months

Alhamdulillah, syukur atas segala kurniaan Ilahi.
Dah lama tak pernah tulis pasal si manis. Si manis sekarang lebih rapat dengan ayah kerana mama sibuk siang-siang pergi kerja. Ayah yang jaga si manis setiap hari. Mama jeles….hihi.
So far, si manis dah petah bercakap. Tak pelat sangat sebab semua orang tak der yang bercakap pelat dengan dia. Hehe. Pagi-pagi sebelum mama gi kerja, kadang-kadang dia bangun gak. Minum susu dan babai mama. Pastu sambung tidur balik sampai pukol 9 lebey. Nih aktiviti anak dan ayah. Comel jek. Sekali lagi mama jeles. Si manis suka sangat main tulis-tulis dan baca buku. Memang dah ada buku khas dan board khas untuk dia main tulis-tulis atau lukis-lukis. Suka ngat tarik tangan mama suh lukis apa-apa untuk dia teka. Erkk…kat sini kepakaran melukis mama teruji. Kadang-kadang tu semangat kita melukis, dia tak reti nak teka….nampak sangat apa mama lukis tu tak jadi. Bila tunjuk kat ayah, ayah pun gelakkan lukisan mama. Adeh….memang kena praktis melukis lah daku.


 Tak tahu naper gambar terbalik. Puas dok pusing-pusing, tapi dia nak jugak terbalik. Hentam aje lah.

Baca buku pun sama. Mesti kena ajak mama atau ayah. Mula-mula kita yang ajar dia sebut or ceritakan kisah dalam buku tu, end up dia plak yang tanya kita…..”mama, mana gambar ayam?” “ Mama…mana kucing meow2….??” “mama, neh mama bear tengah bagi anak ayam makan.” Adeh….sapa yang ajar sapa neh. Ayah dah berani bagi buku-buku cantik dan mahal macam kamus bergambar  sebab si manis pandai baca buku sopan-sopan. Tak der koyak-koyak atau bukak ganas-ganas. Kalau mama tengah berangan tengok majalah home deco, dia pun sibuk ler dok tunjuk dia nak katil macam ni, nak pipe air basuh tangan macam tu, nak dapur macam gini….end up majalah yang asalnya mama dok berangan beralih tangan ke si manis. Dia pun nak berangan gak…hahaha…

Time bangun pagi ngan time lewat petang dah pandai dah ajak gi mandi. Siap ambil tuala ngan cebok air. Kalau mama skip malas nak sabun, dia yang bising minta sabun. Hahaha. Kalau buang air besar pun dah pandai cakap….yak yak, terus gi tunggu depan pintu toilet. Tapi mama tatau lah biler nak start toilet train neh. Kecik lagi kot. Ke mama yang malas? Hihihi… Nak pakai baju,s eluar or kasut pun dah pandai hulurkan yang kanan dulu. Dah boleh identify mana kanan, dan mana kiri.

Kalau mama cakap tepon ngan tok mama, dia pun dah berminat nak cakap sama. Siap demand nak cakap ngan tok wan, ngan pak ngah….bagus tol. Bila tengok gambar, dia dah kenal dah siapa orang dalam gambar tu. Dah boleh sebut ni gambar siapa….mujur bila tengok gambar kahwin mama, dia cam tu mama dia…so mean that, mama tak banyak berubah lah tu. Hahaha.
Time makan, kalau boleh semua nak buat sendiri. Suap makan ngan minum semua sendiri. Siap minta sudu ngan garfu dan juga bib dia. Kalau ada yang tertumpah, dia yang cakap….”haa…haa…tumpah.” Pernah mama marah, tapi tak ingat kes apa. Boleh lak dia berdiri terkebil-kebil sambil tunjuk jari telunjuk dan cakap, “haa…haaa…mama marah. Tak tahu.”….terus mama tak jadi marah. Hahaha.
Kalau nak gi jalan, dia dulu berlari cari kasut. Pastu kat public pun tak banyak karenah. Suka je duduk atas stroller. Kalau nak jalan, dia yang request nak jalan. Bila dah penat, dia request nak duduk atas kerusi a.k.a stroller. Time berjalan, dia yang tarik tangan mama atau ayah nak pegang. Romantik lah awak. Kalau dalam kereta, si manis dah pandai identify mana kereta, lori, bas, basikal dan motosikal. Paling tak tahan, dia penah tunjuk kat satu keta Volkswagen neh, “tu kereta botak.” Agaknyer sebab lampu kereta tu bulat jer tersembul keluar. Kah kah kah. Kapal terbang pun dah kenal sangat dah. Hahaha.
Iphone mama dah jadi barang mainan. Expert nau cari youtube, game, photo gallery, camera. Pastu pandai lak tu search cari video abc ke, pocoyo ke, alif ba ta….gummy bear pun dia layan sambil terhangguk-hangguk kepala. Bahaya neh. Kena pantau penggunaan youtube di kalangan kanak-kanak. Dalam phone tu kadang-kadang mama cek penuh gambar muka dia..…bila ntah dia amik gambar sendiri. Kadang-kadang ada gambar kaki dia lah, tangan lah, gigi lah. Hahaha….memang suka ati dia je nak amik gambar apa pun.
Bila time azan, mesti dia bitau semua orang, azan! Pastu ajak solat. Kena ada sejadah gak untuk dia. Pastu dia pun ikut lah angkat takbir, sujud bagai. Bila time dah abis solat, kita nak doa, pandai lak dia meh duduk atas riba sambil tadah tangan nak amin kan doa. Kalo dengar  doa lepas azan kat radio or tv, mesti dia tadah tangan sampai habis. Sapa tak tadah tangan, mesti dia suh amin gak. Same goes to kalau nak makan, naik keta, mesti dia remind….”mama, amin”. “ayah,amin.” Orang tengah drive pun kena amin gak. Hahaha. Kalau baca al-fatihah, dia boleh ikut kat …iyyakana’budu wa iyya ka nasta’in… Si manis gak dah pandai sambungkan alif ba ta yang kita bacakan. 1,2,3 dah boleh kira sampai 10. Abc pun boleh lah sekerat-sekerat. Kena ajar kenal suku kata lak lepas ni.
Kereta-kereta si manis pun nak parkir dalam porch sama ngan kereta atok dia.
Si manis gak dah pandai kenal rasa makanan. Pedas, sejuk, panas, sedap….dah boleh gitau kita. Agaknyer caner lah nak kenalkan rasa masin, pahit, masam lak ek. Dah pandai minta coklat dan ais krim. Tapi boleh bagi sekali sekala time nak reward je lah. Si manis gak dah pandai bitau apa dia nak. Nak garu ke, nak makan ke, nak minum ke, nak tengok tv ke, nak tidur ke, nak letak minyak angin kat perut ke….so senang kita nak faham apa dia nak. Air ngan makanan pun dah demand apa yang dia nak je.

Arrgghhh…rindu lah si manis. Seyes rasa macam nak lari balik umah je time ni jugak nak gi peluk-peluk si manis. Oh, sekarang, si manis sangat suka datang dan cakap nak peluk. Pastu dia peluk, tenung muka, then senyum and cium mulut mama. Comelll……belum lagi time kita baring dia datang elus-elus pipi kita. Seyes, dia buat sama apa yang dia nampak dan apa yang kita buat pada dia.
Semoga anak mama menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Semoga anak sulung mama menjadi kakak yang best untuk adik-adik kelak. Alhamdulillah, syukur.

Wednesday, July 6, 2011

Best Friend

Bila tengok gambar orang hang out dengan kawan-kawan dan best friend masing-masing, seriously saya teringin dan rindu sangat nak buat benda yang sama. Selepas berkahwin, memang saya dah tak pernah keluar dengan kawan-kawan lagi. Reason? Asik dok ulik suami ngan anak jekk…dan best friend sekalian pun dah sibuk dengan family dan kerjaya masing-masing.
Mengimbas kembali…..sahabat, best friend, best buddy, teman-teman yang amat dirindui….
Zaman sekolah: Sarah, Ida, Fie, Wazeera, Ifa, Watie …..byk lagi…
Zaman Universiti: Ada 2 kategori. Kategori dak batch/coursemate: Syikin, Fisza, Nor, dan banyak lagi…. Kategori dak masjid lak: Nor, Udie, Alin, Shud, Faizah, Hajar, Maziah, Dila, dan ada raammmaiii lagiii…
Zaman Kerja: Rosh, Ila, Lily, Fie….dan juga ramai lagi.
Zaman Dah Kahwin: Ada ke??/ Laki ku kot.
Ya Allah, rindu giler kat semua best buddy ku….nak nangis je rasa biler teringat segala suka duka yang dilalui bersama.
Apa yang boleh dibuat dengan best friend/best buddy neh??
1.       Geng makan
2.       Geng study
3.       Geng gossip
4.       Geng berhibur
5.       Tempat nak cerita segala rahsia especially kat sapa kita minat, sapa yg kita menyampah etc
6.       Tempat nak luahkan rasa sedih kalau ada benda yang tak best terjadi
7.       Tempat nak ceritakan rasa marah dan tak puas ati kepada perkara yang menyakitkan hati
8.       Geng untuk soping/window soping sambil belek2, try test dan komen2 pasal barangan di soping mall
9.       Geng untuk bergelak ketawa….kadang-kadang terbabas tergelak kuat skali
10.   Bila bosan tak der keja, leh gi buang karan sama-sama seperti berbasikal ke taman permainan atau berjoging di keliling tasik
11.   Tempat rujukan kalau ada masalah….kongsi pandangan
12.   Tempat bertanya pendapat dan selalunya pendapat yang diberikan adalah jujur dan tepat
13.   Geng tidur sekali selepas tengok atau dengar citer hantu
14.   Geng untuk menggemukkan badan dengan menikmati junk food bersama
15.   Geng untuk berdiet bila rasa perut dah naik
16.   Semua perkara dan pandangan selalunya kena dan tepat pada selera
17.   Geng untuk berjalan-jalan melancong dan makan angin
18.   Dan macam-macam lagi lah perkara yang boleh dilakukan bersama
Best kan ada kawan baik neh.....Hurmm….macam mana nak jadikan pasangan kita seperti kawan baik kita? Boleh kah?
Bila saya utarakan persoalan ini pada encik hasben….jawapan beliau adalah…..”Boleh je jadi kawan baik, back to perception masing-masing lah. Tapi tak setiap masa dan detik, pasangan suami isteri tu boleh jadi seperti best friend….sebab best friend tak akan berbincang pasal perancangan masa depan, perancangan untuk anak, hal ehwal kewangan, perancangan nak beli rumah kat mana, perancangan nak balik raya kat mana dan segala perkara yang berat-berat neh. Tapi, bila time nak cakap or talk about humor, light and easy things, yes, we can be like a best friend. As a best friend, decision still most probably efek pada individu je, tapi kalau dah pasangan suami isteri, every decision akan melibatkan lebih dari satu buddy’.
Betol gak tu… Kesimpulan nya, normally kawan baik adalah melibatkan kegembiraan dan perkara yang ringan-ringan je. Kalau melibatkan isu berat dan besar dalam menentukan hala tuju kehidupan, isu yang lebih serius, susah gak nak cakap ngan kawan baik neh kan…heeheee……
Semoga suami terchenta sanggup menjadi sahabat,pasangan hidup, best friend, mate dan apa-apa aje lah istilah yang ada…..Tapi naper bila gi soping ngan abang tak rasa best macam gi soping ngan kawan pompuan yang giler-giler….sebab, tak der nyer laki ku nak join daku main try make up-make up kat kedai make up tu. Hahahaha…..

Orang Ego Adalah Susah Nak Menerima Teguran

Enty kali ini berkaitan emosi. Bukan berlaku pada diriku pun. Tapi terperasan dalam fesbuk dan ruangan forum yang orang suka hati je nak post apa yang dia rasa tanpa berfikir lebih panjang. Ye lah, kadang-kadang kita main post je mengikut emosi. Kadang-kadang boleh membuka aib sendiri. Sesungguhnya menerusi posting kat wall atau forum ini lah orang lain dah boleh baca diri kita macam mana. Jenis yang gedik suka loving2 ngan couple ke, jenis yang suka merajuk ngan boifren ke, jenis yang suka maki hamun atau jenis cepat naik angin ke, asik nak marah jekk, jenis yang happy go lucky dengan kehidupan yang harmonis dengan family, posting pun berbunga-bunga je….ada gak jenis yang desperate…asik tulis pasal orang yg dia suka usha bagai. Siap ada yang bila dapat contact orang yang dia admirer pun nak post gak, so habis orang tahu dia tengah desperate admire kat orang tu…..gagagaga…..aku nyer wall pun ntah macam mana lah ek.

Satu kisah nih, seseorang (A) telah terbaca satu fakta yang menarik dan berhasrat untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Maka si A pun copy, and paste the statement pada wall beliau. Contoh statement, kebaikan pada mereka yang bergelar isteri solehah. Maka ramailah kawan-kawan si A yang komen cakap bagus nyer share info neh. Puji beliau bagai. Tup tup salah sorang teman dia, si B yang masih belum kahwin, dan boleh dikategorikan agak lewat usia (bagi kes wanita yer)….pun turut komen. Komen si B ni ala-ala sedih sebab dia tak tergolong dalam golongan yang ada dalam statement si A. Ala-ala macam dia berkecil hati lah dia tak mampu nak share the benefit. Dan tak semena-mena selepas komen si B, si A melenting. Melenting sebab ada yang komen statement dia tu secara tidak positif. Cara si A jawab macam merajuk dan marah bila si B nih kuar statement sedih.
Contoh ayat si A: “Ye lah, aku buat salah. Minta maaf lah pada yang terasa hati tu. Nak share kebaikan pun tak boleh…”
Erkk…kaget sekejap saya bila baca statement si A macam tu. Terus dalam hati saya menilai si A nih jenis mudah melenting. Kuat merajuk. Rasa apa dia buat semua betul, dan sangat tak boleh terima kalau ada orang lain mempertikai atau memberi nasihat sama ada untuk penambah baikan atau sebaliknya. Keras kepala. Ego. Semua ada…hamek ko.
 Si B pulak terus berdiam diri. Terkejut agaknyer dengan jawapan si A yang macam nak minta maaf tapi tak ikhlas tu. Hahaha….
Manusia oh manusia…macam-macam ada. Kalau boleh, kita neh, kalau ada yang bersuara menegur atau komen, cuba kita fahami dari sudut si pengomen tu. Cuba berada dalam kasut orang lain. Then, fikir dan fahami, baru lah menjawab. Ini tidak, udah lah orang tu tengah bersedih (orang dalam kesusahan ni memang emo dia lain sket), di marah nyer balik dengan ayat panas. Kesiannn…

**Kisah di atas adalah rekaan semata-mata sebagai analogi kepada cerita sebenar yang tidak dapat diceritakan di sini kerana menjaga nama baik semua pihak. Hahahaha.

Tuesday, July 5, 2011

Pressure Garment Baru

Pejam celik, pejam celik….dah lebih 4 bulan encik hasben pakai PG. Dulu masa awal-awal, dia kena pakai yang full face. Tapi skrang, dah open kat bahagian muka. Tinggal nak pressure kat bawah dagu dan area sekitar kedua belah telinga je. Tangan dan kaki masih maintain, cuma bahagian jari je dah tak perlu. PG yang ada sekarang udah lusuh bebenor. Ye lah, pakai more than 20 hours per day, dah tu basuh lak hari-hari….ada 3 set, abih semua dah lusuh. Comot jer nengok abang pakai tu. Kesian lak.
Kita kesian nengok dia pakai PG, tapi dia lak rilek je. Siap cakap, kalo tak pakai PG rasa macam tak best. Keperluan pakai PG adalah seperti nak pakai underware.….hahaha…...boleh plak samakan kalau tak pakai PG rasa macam tak pakai spender. Kah kah kah….
Dan berita baik nyer, pihak hospital dah order set PG yang baru. Kali ni bukan custom made dah. Lagi canggih dan kemas, order dari German. Mulanya pihak insuran tak nak cover untuk PG baru, tapi lepas nego ngan company, derang kata jalan je…so pihak insuran kenalah dengar cakap management company. Huhu…. Mahal. Satu set lebih kurang lepas convert RM5k…..so untuk 2 set, dah RM10k…..isk isk isk…..alhamdulillah semua kos perubatan adalah tanggungan insuran. Kalau tidak, bankrap mak.
Semoga encik hasben tak perlu pakai lama-lama sangat PG tu. Tapi kan, walaupun bila pakai PG tu kat tempat umum, dia jadi perhatian orang, tapi kalau dia tak pakai, lagi lah orang tengok dan siap ada yang berani godek-godek…..kenapa berparut sampai macam tu. Lagi tak selesa kot.
Sungguh tak selesa bila gi mana-mana, orang keliling sibuk nak tengok perati kita. Rimas. Yang ramah datang bertanya pun sebenarnya saya tak suka nak menjawab kalau boleh. Sibuk lah kau. Entah macam mana lah kalau encik hasben dah kerja nanti. Tekanan emosi maaa…. Semoga orang-orang kat opis dia tak ringan mulut sangat nak bertanya macam-macam. Kang ada yang kena lepuk kepala dengan puan bini ini…garang tau. Hahahaha…. Seyes dah rasa macam protector to my hasben. Love him so much!
Adakah macam ini ghope nyer?

Cool jerk mamat ni....heh

Hand

For arm

Kesian budak nih...kecik-kecik dah kena pakai...

Atau begini kah PG baru nanti??
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template