Tuesday, June 28, 2011

Duniawi



Duniawi
Bila manusia lebih memperkatakan tentang jenama handbag, kereta mewah, rumah besar....
Gucci, Prada, Audi, banglo berjuta....
Bila gaji mencecah 6 angka
Habis sekampung dihebohkan
Belum lagi yang merungut rumah sewa 5ribu sebulan masih tak menepati citarasa

Arrgghh....tak boleh tumpang
Aku tak berminat

Teringatkan bual bicara bersama insan tersayang
Bersama sahabat-sahabat seusrah
Lebih membawa kepada manfaat
Lebih membawa kepada keinsafan

Teringatkan kepada mereka-mereka yang berusaha keras
mencari kerja-kerja sampingan hatta sanggup mengambil upah mencuci kereta di malam hari
Demi menampung keperluan keluarga kecil, di kota besar

Teringatkan keadaan politik dan negara yang kononya aman
Tapi penuh dengan kehitaman hati manusia kejam lagi penindas
Masih ramai yang alpa tentang ini

Teringatkan pesawah-pesawah di kampung
Berusaha di bawah panas terik
Demi mendapatkan hanya beberapa ribu untuk kegunaan setahun
Belum lagi ditolak kerugian selepas banjir 2x setahun

Allah, tolong pelihara daku
Dari terpengaruh dengan duniawi yang indah pada pandangan kasar
tapi
Umpama bangkai kambing busuk pada pandangan maknawi

Berkatilah rezeki kami, Ya Allah!
 **June 28, 2011

Happy :)

Awak,
Saya happy sangat
Bila dengar
Awak kata...
Kita satu family!

Awak,
Selama ni saya takut
Segan
Sedar diri ini siapa

Tapi,
Bila awak cakap macam tu
Hati yang sedih pun
Rasa happy balik

Terima kasih awak
Kerana memahami saya

.........27/6/11.....pm

Monday, June 27, 2011

Takziah Buat Teman Yang Kehilangan Insan Tersayang

Saya pernah nonton satu cerita neh. Ayah dia sakit, nak mati. Masa nazak tu, anak dia nangis sebab sedih, pastu ayah dia cakap....jangan lah bersedih. Memang hidup kita adalah untuk mati pun. Hurmm...betol gak tu. Nak tak nak, cepat atau lambat, MATI itu pasti.

Dalam tempoh tak sampai sebulan neh, ada beberapa orang yang saya kenali telah kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka.

2-3 minggu yang lepas, semasa saya sedang mengikuti training di luar KL, rakan sepejabat telah kehilangan mama beliau. Sungguh saya terkejut mendapat perkhabaran itu. Sebelum saya ber'training', rakan saya itu sedang sibuk-sibuk mengaturkan persiapan untuk majlis pertunangan dia. Memang sepanjang masa bekerja dengan dia, acap benar dia berbual dengan mama dia pasal persiapan untuk majlis pertunangan tu. Bila dengar dia bercakap ngan mama dia, aduhai, comel sungguh. Membahasakan diri dengan panggilan adik lak tu. Terus terfikir, rakan ku ini memang sangat rapat dan manja dengan mama dia. Then, bila dapat berita mengejut tu, memang dapat dibayangkan betapa sedih nya hati rakan ku itu. Rasanya, mama beliau meninggal selepas majlis pertunangan nya. Akibat serangan jantung. Semoga ruh mama rakan ku ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang solehah.

Minggu lepas, sebelum balik ke kampung untuk menziarah mak ayah, terlintas di hati ini nak gi ziarah mak kawan baik ku, Siti Sarah, yang sedang sakit. Kebetulan kawan baik ku itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan dalam 3 minggu lepas. Tapi, dek kerana kekangan masa, langsung tak sempat ziarah ke rumah makcik tu. Bila dah balik ke KL, dapat perkhabaran dari kawan baik ku itu, mak dia dah meninggal. Ya Allah, terkejut sangat. Tak tahu naper, air mata laju aja mengalir. Sedih. Terkilan gak sebab tak sempat ziarah mak cik. Mak cik dah lama menderita kanser. Kebetulan aku agak rapat dengan keluarga kawan baik ku itu. Kami berjiran sekampung. Memang rajin ngat ulang alik ke rumah kawan baik ku itu. Mak dia buat laksa sedap sangat. Hari raya je, rumah dia memang destinasi pertama sebelum gi rumah tok sebab rumah dia paling dekat. Tapi, kini, mak cik tu dah pun meninggal dunia. Semoga ruh mak cik Aisyah di tempatkan di kalangan hamba Allah yang solehah.

Minggu lepas juga, dapat tahu ayahanda kepada sorang sahabat telah meninggal akibat strok. Terharu bila mendapat tahu usaha si anak untuk berbakti kepada si ayah sehingga ke saat akhir. Dari saat ulang alik ke hospital sehinggalah ke urusan memandikan jenazah dan pengebumian juga dilakukan oleh si anak. Itulah bakti fizikal yang terakhir untuk si anak kepada si ibu atau ayah. Kepada, saudara Naim, semoga ruh ayahanda mu bersemadi di kalangan hamba Allah yang soleh.

Sedih kan. Kita boleh tumpang sedih je, tapi hanya orang yang benar-benar alami je tahu apa yang dia rasa. Semoga teman-temanku ini tabah. Teruskan lah berdoa akan kebaikan kepada ruh ibu dan ayah kerana doa anak-anak yang soleh pasti sampai pada si ibu dan ayah. InsyaAllah.

Al Fatihah....

Kawan Makan Kawan....

Hari ni hari Isnin. Selepas 2 hari bercuti hujung minggu, dengan semangatnya seawal jam 6.30 pagi, saya bertolak ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerja yang masih berbaki sejak minggu lepas.

Bila sampai pejabat, perkara pertama yang saya lakukan selepas membaca doa adalah membuka email. Dan email pertama yang saya baca adalah......pengutusan dari seorang Puan Besar (besar sebab angka umur dan pengalaman yang besar).....iaitu berkenaan dengan isi-isi penting yang telah disenaraikan dalam satu perbincangan yang telah berlangsung pada minggu lepas.

Bila diamati satu persatu ayat-ayat di dalam email itu, saya rasa seperti pernah terbaca di tempat yang lain. Oh, rupa-rupanya itu adalah minit mesyuarat yang saya sendiri buat dengan pantasnya sejurus selepas mesyuarat hari itu. Oh, rupanya Puan Besar itu meng'konon'kan bahawa dia lah yang bertanggungjawab menyediakan segala data-data itu. Ok, sekarang saya faham. Puan Besar menyuruh saya menghantar data-data itu kepadanya seorang konon-konon dia nak semak dan check, konon-konon dia kan dah senior.....tapi kenapa kah konon-konon dalam email ini menyatakan bahawa dia yang menyediakan segala data-data itu. Patut nyer, letak lah kredit kat saya sket....tapi ini dah namanya kerja orang lain mengaku kerja sendiri. Dahlah Puan Besar ni adalah seorang Puan yang selalu sangat cakap tak percaya dengan kerja saya sebab saya ni budak baru yang perasan dan senior.....wakakaka...tapi amik kerja saya sebijik-sebijik. Apakahhh???

Arrgghhh.....terus mood yang awal tadi bersemangat nak wat keja, telah bertukar kepada satu perasaan yang tak tau lah nak digambarkan macam mana.

Perut pun dah lapar, jomlah gi makan dulu. Nasiblah bila diri hanya seorang 'balaci' (copy ayat-ayat orang kat department ini jugak)....huuuuu.

Friday, June 24, 2011

Alhamdulillah…Minggu yang Banyak Kebaikan


Syukur, Alhamdulillah….di kala kita tengah rasa serabut dengan pelbagai kekalutan duniawi, apa kata kita renung-renungkan apakah kebaikan yang kita telah peroleh. Tak kan lah semua perkara yang datang pada kita adalah semuanya masalah kan. Mesti ada jua terselit rezeki dan rahmat dicelah-celah masalah yang mendatang. Betol tak??
For me, untuk sepanjang minggu ni je, adalah sangat banyak rezeki dan rahmat yang Allah beri.  Masalah dan kesulitan pun ada gak, tapi kita tolak tepi dulu yang tu. Kalau asyik dok pikir masalah je, susah kita nak rasa qanaah dan bersyukur. Ye dak??
Alhamdulillah, minggu ni saya dapat balik kampong jumpa mak ngan ayah. Besar nikmat tu. Sebagai anak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa gembirakan hati ibu dan ayah. Dengan berziarah pasti dapat gembirakan hati kedua insan tersayang nih. Suke-suke…. Dapat lah merasa bermanja-manja ngan mak ayah. Pastu, dapat gak merasa makan makanan favourite dari daerah kita sendiri. Teringat pulak zaman belajar dulu. Sweetttt….

Pastu, minggu ni juga saya dapat banyak hadiah dari cinta hati. Dapat kejutan seketol Smart Tag…ok lah tu, at least my beloved hubby faham akan kesusahan si isteri meredah jammed hari-hari nak gi kerja. Hubby gak belikan T-shirt dan klip kupu-kupu kecik yang comel. Sukeeee….. Oh, saya amat terharu dan gembira bila dapat hadiah dari hubby walaupun kecik. Antara petua kebahagiaan rumah tangga, rajin-rajin lah kita belikan hadiah untuk pasangan. Tak semestinya mahal, yang murah-murah dan kecik pun tak mengapa, apa yang penting adalah ingatan dan kemanisan disebalik pemberian itu. Heee…. Alhamdulillah, my hasben sangat suka belikan something untuk saya walaupun kadang-kadang tu kita tak minta pun. Kalau dia gi mana-mana je, mesti ada je something yang dia bawa balik samada buku ke, majalah feveret ke, makanan feveret ke……heeee…..bahagia bahagia.
Semalam, dapat jemputan lunch bersama dengan sahabat-sahabat lama yang amat jarang dapat hang out together. So, boleh kembali rasa dihargai bila berada dalam kelompok-kelompok sahabat tersayang nih. Terubat lah rindu yang selama ni terpendam. Kebetulan, ada juga seorang officemate yang belanja makan pagi. So, dapat makan free. Best kan J

Minggu ni juga, gaji masuk. Yippieee…. Walaupun tetiap bulan gaji masuk, tapi sebab mode sekarang adalah nak mengenangkan kebaikan yang diterima pada minggu ini, maka gaji masuk pun dikira kenikmatan kannn….ngeh ngeh ngeh.
Selain daripada perkara-perkara yang kita nampak jelas gedabak, kita juga janganlah melupakan segala kebaikan yang maknawi. Sesungguhnya, nikmat terbesar yang ada pada diri kita adalah nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah, sehingga kini, kita masih dalam agama Islam yang terbaik ini dan masih beriman pada Allah SWT. Jangan dilupakan juga nikmat sihat, nikmat makan, nikmat tidur, nikmat mandi, nikmat bersama keluarga, nikmat berada dalam negara yang aman dan macam-macam lagi lah. Hatta dapat buang air pun nikmat gak tau. Hahaha.  Sesungguhnya, tak akan mampu terhitung nikmat yang Allah bagi pada kita. Tol tak??? So, marilah kita bersyukur J

Kisah Orang Yang Dengki

Suka hati je kan nak labelkan orang dengki. Hahaha…ader aku kesah?!
Sesungguhnya amatlah daku tak faham kepada mereka-mereka yang suka sangat persoalkan aku suka balik kerja awal. Since management dah approve rule baru iaitu boleh clock in seawal pukul 7pagi dan clock out seawal 4petang dengan syarat ko cukup 8jam working hours, so aku memilih untuk sampai ke ofis jam 7pagi. Actually kalau rule nih tak implement pun, aku memang datang ofis awal sebab nyer, abah aku memang datang kerja awal. So tak kan aku nak meliatkan diri datang lewat lak. Dan memang kalau keluar rumah lewat (after 6.40am) ko terpaksa meredah jam yang teruk. Boleh double the usual time taken to office maa….so nak tak nak, aku kena gak datang awal.
Bila dah masuk kerja awal, automatic lah kita pun nak balik awal bila dah diberi kelonggaran macam tu kan. Tapi sungguh aku tak faham, hampir semua orang akan persoalkan bila aku balik awal. Ayat paling glamer dari mulut budak-budak dengki ni…..standard….”Awal gilerrrr ko balik. Kalau aku, mesti abih orang cari lagi, siap call-call lagi tanya aku kat mana, time kerja mesti sampai malam,”…….menyampah tau dengar orang cakap camni. Saper suruh ko datang pukul 8.30 atau pukul 9, so memang lah ko tak boleh balik awal macam aku. Hahaha… Tu belum lagi yang siap cakap,….”kalau kat tempat aku, mesti rasa bersalah dan semacam je balik time orang tak balik lagi….”. Dah satu ofis ko start keje kol 9, memang lah janggal balik awal kalau tak cukup manhour. Tak gitu?!
Pastu ada gak yang anggap, bila aku balik awal nih, aku berkira sangat nak wat kerja. Hello….kalau dah kerja tak urgent, kerja smart, buat apa nak terperap kat ofis lama-lama. Orang yang bujang-bujang tu leh ler, life memang kat ofis jer yang major. Daripada duduk yang konon-konon busy buat kerja, sambil borak-borak ngan kawan je, main internet,  baik aku balik layan anak ngan hasben kat rumah. Quality time dengan family lagi bermakna dan beharga dari spend lebih-lebih kat dunia kerja. Lagipun, aku tahu lah kerja aku. Kalau benda dah dekat deadline or urgent dan tak siap lagi, memang aku akan spend sampai ke malam gak untuk habiskan kerja. Tapi idaklah hari-hari aku buat camtu. Dan tak kan bila aku balik lewat, aku nak kabo ke semua orang….”weh….ni aku balik lewat nih, sebab rajin dan semangat nak habiskan kerja”.
Alah, kalo korang dapat datang awal, aku berani kata, korang pun nak balik awal. Tapi sebab korang tak boleh nak datang awal, mulalah nak perlekehkan orang yang balik awal. Tu lah namanya dengki. Sorilah kalau ada yang terasa ke haper dengan entry ni, tapi sesungguhnya aku dah lama terasa dengan kenyataan orang-orang yang tak puas ati bila aku balik awal….kol 5petang dah selamat sampai kat umah main-main dengan anak dan hasben. Hoyeh….yang penting, kita hepi!!

Tuesday, June 21, 2011

Aktiviti di kampung halaman

Alhamdulillah, balik Perlis kali ni sempat tolong mak ngan ayah cuci kolam depan rumah. Sebelum ni ayaq kolam memang keruh kaler ijau maa. Ikan pun tak nampak. Then, daku semangat nak cuci sebab nak tunjuk kat anak daraku ikan kap yang tok mama dia bela. Sekali bila ayaq kolam dah bersih jernih, si ikan-ikan tu pemalu lak nak tonjolkan diri. Semua pakat lari pi sembunyi celah-celah batu. Adeh.






Ikan-ikan semua malu sembunyi bawah pasu.


Pastu bawa mak pi beli set kerusi taman. Yeaa...dah cantik ada tempat lepak kat depan rumah.






Botol air tu mainan anak ku.






Suka budak ni leh duduk lepak-lepak.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tiba-tiba Rasa Sedih

Saya masih di Perlis. Sepanjang kat rumah, saya tengok mak kerap menangis sendiri. Walaupun mak ceria je macam biasa, tapi bila mak bersedirian, mesti mak menangis. Betol cakap ayah, mak menangis hari-hari. Mak pun dah kurus. Huhu...sedih. Macam mana nak bagi mak gembira....mak sunyi kot....mak rindu anak-anak dia kot....terutama adik.

Kan best kalau saya dapat banyak cuti. Saya boleh balik Perlis selalu melawat mak dengan ayah. Boleh mak dengan ayah main dengan cucu neh. Semoga Allah permudahkan.

Pastu tadi, bila buka blog my husband....oh....sentap kejap. Tiba-tiba air mata mengalir.....bila tengok gambar dia masa tu.....teringat. Huhu...sedih lagi. Ditambah plak rasa rindu kat dia. Hehe...dah 4 hari saya berjauhan dari dia.

Petang ni jugak dah nak balik KL. Sedih nak tinggal mak ngan ayah. Sedihhh lagi....aduss.

Tak mo sedih-sedih. Tak mo orang yang kita sayang bersedih. Aduss... Tapi dalam hidup ni ada belaka. Saat bersuka, bersedih bagai. Tak leh pilih-pilih....kena tetap redah jugak. Hihihi.

Monday, June 20, 2011

Happy Father's Day




I love my dad!
Hari-hari adalah hari bapa dan kita patut mengenangkan jasa bapa setiap waktu. Sentiasa doakan bapa juga adalah ingatan yang terbaik untuk beliau.

To my dad, i love u. U are the best in my life. You are very good in everythings....

To my husband, wish you happy father's day on behalf of our daughter. You also the best dad for her. Mama love ayah too.

To my father in law a.k.a abah. Happy father's day. Thanks for being the best pak mertua for me. Love u too.

Lelaki yang betul-betul bertanggungjawab memang terbaiikkk!!!

Love love love

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, June 18, 2011

Pasar Tani Taman Sena, Kangar

Pagi tadi ikut mak pi pasar tani. Berdua aja. Anak aku awal-awal lagi dah tata mama dia. Nak main ngan tok wan kat umah. Huhu.

Best dapat rembat tudung baru dengan mak. Pastu banyak beli makanan ja. Sekali sekala balik Perlis, mesti kena makan makanan favourite yang ada di sini. Puas dapat makan laksam, pelam, tepung talam yang lemak manis, laksa, pasemboq dan ayaq tebu. Mak dah bising sbb aku makan banyak. Adeh.




Tempat jualan tudung dan baju.



Singgah gerai sayuran.



Rempah ratus kena beli gak.



Ikan dan sutun...goreng pun sodap!



Daging tempatan.


Alamak, gambar makanan lupa snap sebab pulun sangat nak beli. Hahaha.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Bila teringat.......

Semenjak hari pertama bergelar isteri, suami tercinta hanya memanggilku 'ayang' atau 'sayang'. Dan aku memanggil beliau 'abang' atau apa2 aja yg comel mengikut mood tika itu. Dan sekarang, anak kami dengan jayanya mengikut jejak mama dan ayah nya. Haha....

Kalau nak kejutkan mama tido, dia datang tepuk-tepuk dan usap-usap bahu kita sambil bisik kat telinga....'yanggg, bangun'. Nak minta apa-apa especially susu pun, mesti datang pegang tangan kita then panggil 'ayannggg'. Tak tahan siap dengan lenggok manja aaayannggg.... Hahaha.

Kat ayah pun dia panggil 'abaaanngg'.... Manja gitu. Pandai tol dia tiru perilaku orang tua. Kena hati-hati kan. Jgn sampai perangai buruk kita pun dia ikut udah ler.

Tapi taktik anak aku tu memang terbaikkk. Aku tengah mamai mengantuk keletihan pun bila dengar anak panggil ayang dengan penuh manja tu, mesti akan terus bangun buatkan susu pada dia. Hahahaha.... Bijak tol.

Sebenarnya sekarang tengah rindukan anak daraku dan bapaknye. Alyaa masih tidur dgn tok mama dan tok wan. Cik abang sayang plak ada di KL. Saya sekarang balik kampung kat Perlis ni haaa. Berdua je dengan anak. Ayah tak dapat nak ngikut lagi kerana terikat dengan rutin physio beliau yang padat tu. Bila berjauhan gini, tak lengkap satu keluarga depan mata, seyes rasa semacam yang tak best. Huhuhi.




Budak comey yg kekenyangan.



Happy family, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, June 15, 2011

Trend Kahwin Suami Orang

Quote from Utusan:
Punca gadis sanggup bermadu
KUALA LUMPUR 14 Jun - Sikap lelaki berstatus suami orang yang penyayang dan matang adalah punca utama wanita muda jatuh hati sehingga sanggup bermadu dan mengetepikan perasaan berkongsi kasih pada masa kini.
Ini seolah-olah sudah menjadi trend wanita muda untuk mendapatkan lelaki matang berbanding lelaki muda yang masih lagi mencari kehidupan yang stabil.
Presiden Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, wanita perlu bijak membuat keputusan kerana kesan jangka panjang iaitu berasa cemburu kerana terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.
"Kita sedia maklum wanita punyai perasaan cemburu, kita khuatir ini akan menimbulkan kesan negatif pada masa akan datang.
"Wanita yang ingin berkahwin mahu rasa selamat dari segi kasih sayang, kebahagiaan dan kehidupan yang sejahtera.
"Oleh itu, mereka percaya lelaki sudah berkahwin ada ciri-ciri tersebut namun mereka lupa ada juga sesetengah lelaki gagal melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu wanita muda tidak kisah hidup bermadu yang dipaparkan Utusan Malaysia, semalam.
Zaleha berkata, wanita kini dinasihatkan supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar tidak terlalu bergantung kepada golongan lelaki.
"Wanita yang mendapatkan suami orang ini juga dilihat sebagai mencari jalan pintas untuk memperoleh kesenangan.
"Kita perlu meletakkan diri mereka dalam satu tahap yang tinggi dan tidak perlu mengharapkan sesuatu daripada kaum lelaki," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, lelaki yang berstatus suami orang juga bersifat agresif dan bijak menakluk hati wanita.
"Mereka ini cenderung mempamerkan perasaan berbanding lelaki muda yang malu untuk menyatakan perasaan.
"Lelaki yang merupakan suami orang ini juga sanggup berhabis wang ringgit untuk memiliki hati gadis sehingga mereka rasa terharu dengan kesungguhan lelaki tersebut dan menjerat diri sendiri untuk berkongsi kasih," katanya.
.
.
.
Hoh, tak best betol bila baca laporan nih. Hampess. Entah naper, memang aku perasan, ramai gak gadis-gadis muda sekarang yang sangkut dengan suami orang. Mungkin betol apa yang diungkapkan dalam paper nih. Memanglah….ketentuan jodoh tu urusan Allah. Tapi, pada gadis-gadis yang bermentaliti seperti di atas ini, tolong lah beringat sket. Tak mustahil, si lelaki tu boleh buat benda yang sama pada awak bila dia dah rasa awak dah menjemukan. Hehehe….cari jek yang muda belia apabila stok lama dah tak berapa nak muda sangat.
Nak gak tempek kat sini...masih feeling pengantin baru :)

Moga dijauhkan. Amin.

Restoran Arab, BARADA

Ini adalah alkisah sebuah restoran Arab yang berhampiran dengan rumah ku. Kebetulan aku memang suka makan nasi dan lauk pauk Arab neh, terutama nasi ayam mandy. Sedap sagnat-sangat, tapi tak boleh lah makan kerap. Kang jadi macam mak arab sapa yang susah.
Restoran ni terletak di Bandar Tun Hussien Onn. Kat depan Lake Valley. Betul-betul berhadapan ngan umah aku. So, kalau rasa teringin jek, boleh terus gi kedai tu.
Meh tengok gambar kedai dia. Silap haribulan leh rasa macam kat negara belah-belah Asia Barat sana. Tukang masak dia pun memang bapak arab betol.
Suasana dalam kedai.

Tengok lah hiasan siling dia....

Nih kaunter buat air

Lamb Mandy

Suami tersentaa

Budak yang sibuk ngan iphone

Kat sini ada gak pakej hidangan untuk ramai-ramai. Satu dulang nasi makan ramai-ramai macam cara orang Arab makan tu. Hehe…bila lagi nak merasa ye dak? Harap nak nunggu ke negara Arab betol, entah biler laaa nak sampai. Heee.

Thursday, June 9, 2011

Hari Yang Tak Ada Mood Nak Buat Kerja

Malam tadi, aku buat solat hajat. Sebelum subuh pagi tadi pun aku bangun dalam 4.45am sbb nak spend buat solat sunat banyak2. Aku doa sangat-sangat agar dipermudahkan dalam kerjaya ku ni. Tapi, bila sampai ofis, semangat hilang balik.

Kerja banyak. Tapi tak ada mood nak selesaikan walaupun orang asik kejar je. Reason.....aku malas nak gi review kerja dengan puan-puan yang berhormat. Down lah. Setiap kali gi review, mesti kena kutuk sedap punya. Kadang-kadang, komen yang diberi macam tak logik. Bila kita tanya balik pada member-member yang lain, derang pun buat sama jugak ngan apa yang aku buat. Tapi, naper ntah, puan yang berhormat macam tak pernah nak percaya pada kerja aku. Asik kena buat berkali-kali walaupun benda yang sama jugak hasilnya.

Jadi, untuk mengembalikan semangat. Aku dah selamat booking tiket nak balik kampung dengan apply cuti next week. Yes yes....rindu mak ayah. Walaupun hasben tak nak ikut balik kampung/atau dia tak sudi/atau dia segan/watEva....aku suka hati je sebab dapat balik pada mak ayah terchenta.....hoyeh.

Wednesday, June 8, 2011

Bila Boss Marah...

Bila kita kat bawah, memang standard lah kena pijak-pijak dengan orang yang dah senior kan. Benda aku paling tak leh terima telah terjadi hari ini. Oh tidakkk....Betambah lah kebencianku pada kerja ku sekarang.

Selama ni aku tak pernah faham pasal kerja aku sekarang sebab aku pun tak tahu nak faham kan kat celah mana. Yang aku tahu, boss asyik bagi project baru, bagi lagi, dan tambah lagi project. Aku tak tahu pun nak buat atau nak mula macam mana. Aku asik bertanya orang itu, orang ini. Sampai ada satu tahap, semua orang main pass baton, at last aku sampai balik pada orang pertama yang aku approach untuk satu masalah ni. Punyalah masing-masing tak boleh nak ajar or tell me the basic idea ke haper. Tak tahu lah sama ada derang memang tak tahu atau pun terlalu berharga untuk share the idea.

Aku pernah personally email to my boss, minta dia jangan lah bagi aku kerja sorang-sorang untuk sesuatu projek ni sebab aku masih baru dan tak tahu apa nak buat. Deadline setiap kerja dah lah sama dengan orang yang dah senior. Jawapan bos adalah sangat mengecewakan bila dia cakap, semua orang pun sibuk. Kena pandai-pandai sendiri.

Dan benda yang aku tak leh terima yang berlaku pagi ini adalah apabila seorang senior yang memang super senior lah, boleh merangkap bos gak lah, telah memarahi aku kerana katanya, aku nih perasan senior engineer yang pandai-pandai buat kerja sorang. So byk benda tak meet spec dia bila aku review kerja dengan dia. Dia terus gi bising-bising kat bos dengan ada lagi 2 orang engineer lain. Oh, malu nyer aku bila dikatakan begitu. Macam lah aku ni bodoh sombong belagak sangat tak nak belajar dengan senior. Padahal, hakikatnya, aku dah approach macam-macam orang, semua nya ada sahaja alasan. Alasan paling glamer, ermm...aku pun tak sure lah. Aku baru lagi kat sini. Baru setahun lebih je. Ko gi lah tanya si A.....then, pass to si B, Si C....sampai ke A balik pun ada.

Oh, cepatlah aku dapat berita gembira. Ya Allah, tolonglah daku. Amin.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template