Monday, May 30, 2011

Antara Jenis Manusia Kerek

Manusia kerek bagi saya adalah:

1. Bila kita nak share idea or nak lontarkan pendapat dan pandangan, terus dia cantas. Feel like I'm totally wrong. Shut up!!!
Terus mati niat nak teruskan perbualan mesra.

2. Orang yang anggap dia serba sempurna. Semua orang adalah hipokrit padanya. Bila kita nak bg pendapat or nasihat, terus reject bulat2. Please laaa... Ingatlah kamu tu belum jumpa lagi apa yg dikatakan 'dunia'.

3. Orang yang sombong.

4. Orang yang pentingkan diri sendiri. Orang mcm ni, memang kena totally ignored laa. Sebab dia pun tak peduli pasal kita, so jgn ada langsung rasa nak berbaik2 as good friend laa pd manusia mcm ni.

Ohh...cukuplah setakat ni. Ni adalah yg saya kerap jumpa lah. Saya pun tak sempurna dan sangat berdoa agar dijauhkan dari perangai yg jelek itu.

Amin.

Dah! Habis membebel setakat hari ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 29, 2011

Masalah Kegemukan

Di suatu petang yang damai....

Isteri: Yang, saya gemuk laaa. Menciii!

Suami: A ah, ayang memang gemuk pun!

Isteri: Errkkkk...!!!

Terima kasih suami ku di atas kejujuranmu. Huhu.
Terima kasih juga suamiku kerna hadiahkan ku set Premium Beautiful. Boleh ke membantu ekk???

Semoga daku leh istiqomah pakai benda alah tu. Kalau tak berjaya gak, kita gi slimming centre k.

Takut nak timbang. Dah lah baru pas sebulan trening yg asik sumbat dgn makanan hotel jek. Hohoho.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Pengantin Baru Sarah!


Selamat Pengantin Baru Buat Sahabatku Siti Sarah Teh dan pasangan.

29 May 2011


Sedih, tak dapat turut serta meraikan mempelai. Kenduri dia tengah saya training kot. Adeh. Sarah is my special buddy masa sekolah dulu. Minggu ni jugak, Ida buat kenduri akikah anak dia....pun saya tak dapat join. Tak boleh balik Perlis pun :(

Rindu lah kenangan kami bertiga masa zaman sekolah dulu.
Kami berjiran tapi dalam kampung yang berbeza.
Pernah gi sekolah naik basikal bersama.
Kini, semua dah bawa diri masing-masing.

Ida di Sabah.
Sarah di Perak.
Saya di KL.

Once again, Selamat Pengantin Baru sahabatku...semoga sentiasa berbahagia berpanjangan selama-lamanya. Semoga mak Sarah juga cepat sembuh dari sakit beliau. Amin.

Dah Nak Habis Training

Yess..esok adalah last day training yang super panjang ini. Best ke? Ntah, tak der perasaan. Tapi macam best gak lah sebab dah tak perlu berjauhan dengan anak dara ku. Sejak mama gi training, si comel dah banyak bercakap dan pandai buat sentence panjang dah. She able to combine more than 2 words dah. Best kan...hehe...


Habis training nanti, saya plan nak tambah cuti. Seminggu spend kat umah dengan anak dan suami. Cover balik hari-hari beharga yang dah berlalu tanpa diri ini. Actually banyak plan yang kitaorang nak buat next week. Nak balik Kertih untuk urusan hand over umah yang tak setel-setel lagi. Rugi je dok bayar sewa umah sejak 6 bulan yang lalu tapi orang nya dah tak tinggal kat sana. Hopefully dapat setel kan semuanya kali ni. Tak larat dah nak ulang alik KL-Kertih. Setiap kali balik je, terusik jiwa dengan memori-memori lama. Huhu...kali ni kami plan nak bawa si manis bersama. HUrmm...lepas tu, tak tahu lah, bila lagi akan menjejak kaki ke bumi Kertih.....sensitif lah part ni. Air mata mudah je nak mengalir bila fikirkan Kertih. Bila tanya suami, "Abang, sedih tak nak tinggalkan Kertih?" Dia jawab...."Sedih lah." Terus dua-dua menyepi melayan perasaan masing-masing. Tak tahu lah sampai bila isu Kertih akan berterusan menjadi isu yang sensitif pada kami. Hanya masa yang dapat merawat segalanya.

Then, ada gak plan nak balik kampung. Nak teman kan mak. Nak bagi mak hepi main-main dengan cucu dia. Tapi, abang macam tak bersedia lagi nak ikut balik. So, saya pun berat hati nak balik berdua je ngan anak. Mak tengah bersedih. Sebab nyer, my adik dah sambung study. Dia baru buat persediaan ke Jordan, belum lagi ke Jordan betul2, tapi mak dah macam sedih sangat. Mak dah macam ada simptom Anxiety Disorder...macam yang saya penah kena bila keadaan adalah terlalu risau dan stress. Oh, macam mana nak tolong mak neh.....

Kenapa setiap masa kita akan diuji dengan pelbagai masalah? Lagi lama idup, lagi berat masalah. Huhu...tak ada chance langsung nak rehat jap dari masalah. Ye lah, selagi kat dunia ni je lah kita leh nak kumpul banyak2 bekalan samada bekalan baik atau jahat. Nanti dah mati, tak der dah peluang nak tambah bekalan yang khusus. Kan kan...

Semoga kehidupan mendatang adalah lebih diredhai dan dipermudahkan segala urusan. Oh, saya mahukan kembali kegembiraan dan kebahagiaan seperti dulu. Saya mahukan suami yang kembali bersemangat dan berkeyakinan seperti dulu. Saya mahukan mak yang ceria dan suka tersenyum dan tidak mudah menangis seperti dahulu. Saya mahukan kehidupan sendiri bersama keluarga sendiri seperti dahulu. Saya mahukan kerja dan kawan-kawan yang girang seperti dahulu. Saya mahukan adik-adik yang menceriakan  mak ayah seperti dahulu.

Thursday, May 26, 2011

Dikala keserabutan diri

Feeling...
My feeling.....
Miss him dammm much
Miss her much
Miss them too
After more than 2 weeks being here

Boring
Very Tired
Lapor
Ngantuk
Body aches
Headache
Oh...dah jam satu lebey...
Masih bekerja keras bersama grup mate
Esok pagi
Presentation

Takot
Cuak
Tak sabar
Semangat
Nak tamatkan slot ke 2

Gembira
Berdebar
Excited
Menanti hari esok
Dapat pulang sebentar melepas rindu

Risau
Sebak
Bimbang
Memikirkan si adik dan si ibu....

Mari teruskan!!

Saturday, May 21, 2011

Dah Tengok Nur Kasih the Movie!!

Pelakon utama
Lepas kelas malam tadi, tiba-tiba dak-dak kelas sibuk nak gi nonton muvie Nur Kasih. Saya pun amik kesempatan untuk turut serta dalam rombongan untuk tayangan larut malam. Adeh...tak padan dengan esok pagi nyer ada kelas. Sekali sekala nonton wayang ramai-ramai macam best gak. Kebetulan, saya memang ikuti slot drama Nur Kasih kat tv dulu, so excited gak nak tahu apakah kesinambungan ceritanya......ye lah, setiap masa, asal bukak tv je, mesti ada promo muvie neh. Macam gempak kan....

Overall, ok lah. Ending pun tak ada pihak yang kecundang. Hehe...cuma tak puas ati dari segi pemilihan pelakon di babak akhir je....yang nak sedih pun jadi lawak je saya rasa. Hehe.... Apa-apa pun, anda dinasihatkan untuk menonton sendiri movie ini dan boleh lah memberikan komen masing-masing selepas itu yer.
2 watak cilik yang menyerikan suasana.

Sedih tak tengok muvie neh?? Hurm, sedih kot. Tapi tak ader lah sampai melelehkan air mata merambu. Cuma, agak sentap bila ada antara plot yang mengingatkan saya pada situasi yang meletakkan saya seolah-olah sama seperti plot tersebut. Saya suka penghayatan pelakon dia. Skrip dia pun saya suka. Ya, bila kita ditimpa musibah, orang sekeliling hanya sekadar mengingatkan kita agar bersabar. Tapi, hanya mereka yang pernah berada di situasi yang sama sahaja dapat memahami apa yang kita rasakan. Teringat lak salah seorang bos saya dulu, yang datang dan bercakap dengan saya. Sungguh terasa hingga ke sudut hati setiap kata nasihat beliau. Rupanya, dia pernah mengalami satu kehilangan jiwa yang amat dia sayangi. Dan beliau ada berkata, hanya mereka yang pernah merasa penderitaan yang sama sahaja, mampu memahami apa yang kita rasakan.

Watak Aidil yang bersedih atas musibah yang menimpa nya, sungguh terkesan. Di hadapan orang lain, kita masih mampu mengawal perasaan. Tapi, bila bersendirian, bila terkenangkan detik-detik indah bersama, tiada siapa yang mampu mengawal perasaan nya lagi. Sedangkan Rasulullah pun bersedih atas kewafatan insan-insan yang Baginda sayangi, apatah kita ini, manusia biasa. Dan watak Aidil juga, apabila cuba dinasihati agar bersabar dan terus bersabar dengan ujian yang menimpa, terus beliau membidas....habis, apa lagi yang boleh beliau lakukan???

Ekspresi watak Nur Amina yang takut akan kehilangan suami tercinta yang sudah dikatakan berada di hujung nyawa, benar-benar mengingatkan saya pada saat yang sama. Setiap hari yang berlalu, bagaikan terlalu berat untuk terus melangkah. Amat takut untuk mendengar sebarang perkhabaran dari doktor. Rasa seperti sudah tidak mampu untuk berbuat apa pun. Tapi, kita tiada pilihan. Kita harus terima dan terima dan terima.

Anyway, good job and very good messages thru this movie.

Enjoy it!

Another Song Dedicated to My Hubby

Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Korus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Korus

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena @ Lirikami


Aku pernah dicuit dengan ujian yang besar....yang betul-betul membuatkan aku merasa amat takut. Amat takut andai hidup ini perlu diteruskan tanpamu......

Saturday, May 14, 2011

Team Building Activities

Saya masih lagi dalam training session. Seminggu already, hoyeh. Masa, cepatlah berlalu. Miss my hubby and baby too much. Heard that my baby is having fever. Hopefully not the high one. Cian my hubby kena jaga anak demam sendirian. Tapi saya tak risau sangat sebab mak dengan bapak mertuaku pun ada bersama beliau. Hopefully my baby will recover very soon.

Oh, nak citer pasal team building session yang berlangsung pada hari pertama dan kedua di Summerset, Rompin ini. Team building amek masa 2 hari jek untuk lebih mengenali sesama team member. Dalam training ni byk sangat group presentation, so penting untuk kitaorang saling kenal sesama sendiri.

Apa yang penting??
KERJASAMAAA!!!










Saya tak banyak amek gambar sebab tak sempat dan tak teringat. Lebih excited nak main jek. Aktiviti kitaorang adalah:

- Flying Eggs: kena sambut telur yang dilontar dari tempat tinggi.

- War: main paintball dalam hutan. Siap pakai baju tentera. Mujur muka tak kena celoreng. Memang seksa merangkak dalam hutan yang banyak duri weh.

- Archery: memanah.

- Menyelam: saya sekadar berendam dalam kolam je sbb tak pandai berenang.

- Nail tower: bina menara dengan paku.

- Treasure hunt: kalah sebab harta yang dicari udah dicuri group lain. Huhu

Penat weh 2 hari tu. Tapi enjoy lah dan team work pun ok. Kitaorang gegurls tak ramai. Saya wakil sorang girl je dalam my group. Sabor aje lah. Ok, mari sambung dengan kelas yang padat semula. Rasa macam masuk universiti balik sebab byk sangat lecture dan assignment. Fuuuhhhh....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 9, 2011

My 3 Weeks Course

Saya sedang berkursus di dalam hutan Kuala Rompin, Pahang. Bermula sejak semalam, dan bakal berlangsung lagi 8 hari. Then, the venue will change to IOI Resort, Putrajaya. Tempat training sekarang adalah Summerset Resort, Kuala Rompin. 

gambar siang

gambar malam
1st day sampai sini, hari dah agak petang. Dah nak gelap pun. Sungguh menakutkan tempat ini. Design bangunan resort nih ala-ala zaman kolonial dulu kala. Dikelilingi hutan. Nyamuk besar, semut dalam bilik hotel, lampu yang suram, almari antik, lampu chandelier antik yang besar, sunyi dan sepi lagi suram. Sungguh, saya takut kalau berseorangan kat sini. Mujur lah tak decide nak duduk bilik berseorangan. Kalau tak, mau nyer menempek kat bilik orang neh. Dah lah nak masuk dalam kawasan ni adalah sangat jauh ke dalam. Facilities yang terdekat adalah dalam 100km jugak lah di luar sana. Adeh.

Masuk hari ke2, semakin adapt dengan keadaan sekeliling. Kira oklah. Cuma part nyamuk tu memang kena sabar je lah. Nyamuk dia bapok besar. Gigit sakit woo. Tapi, resort ni menyediakan makanan yang marvelous. Semua makanan dia seyes sedap. Boleh rosak diet weh. Huhu.

Untuk 2 hari yang pertama, start dengan business game and team building. So boleh lah main-main sket. Nanti, dengar derang nih kata, the course module akan banyak dalam class dan penuh dengan subjek-subjek berat. Adeh. Redah je lah.

Oh, naper saya sanggup apply for this long course? Sebabnyer, saya adalah sangat tak best dengan kerja sekarang. So, at least, bila datang course yang lama-lama cenggini leh lari dari ofis tu kejap. Then, at the same time leh celik kan mata saya dan tambah ilmu sket pasal company nyer core business. Haha...dah 4 tahun kerja, masih tak faham pasal company business...boleh takK???

Sebelum nih, saya tak terlalu involve dalam technical jobs. Banyak buat management. Tapi, kat department baru neh, saya kena buat banyak kerja teknikal. Even kena kerja ngan budak-budak design untuk select the best concept for our project. Adeh. Saya rasa bodoh giler bila tak faham apa yang project team discuss pasal Christmas tree, peta topo, topside facilities, jacket monopod dan macam-macam lagi lah. Dah lah tak pasal-pasal saya kena reka dan design MOPU nyer spec bagai. Seyes, tak sukeee!!!

Oh, kerja saya adalah best sebenarnya kalau saya tahu dan faham apa yang saya buat. Saya perlukan masa untuk belajar dari bawah. Tapi adalah sangat susah nak dapatkan kerjasama orang-orang yang dah pandai. Kena sampai tahap merayu-rayu pergi pada orang tu, orang nih, minta tunjuk ajar. Then kena pass sana, pass sini seperti bola kena sepak-sepak je. Arrgghh...demotivated lah.

Ada kawan saya, yang baru join department yang sama, tapi sempat bertahan tak sampai setengah tahun pun. Dia terus minta tukar ke tempat lain disebabkan kejelikan dan kepelikan yang ada dalam department tu. Saya pun sebenarnya berminat dan timbul hasrat nak tukar angin buat kerja-kerja management jek. Dah tak nak involve with technical line. Tempat kosong dah ada. Tapi, entah lah. Tak tahu sama ada pilihan saya itu betul ke tak. Suami pun macam tak menggalakkan. Oh....saya tak tahu apa yang saya nak, boleh tak?... Kalau boleh nak kerja yang senang dan saya rasa confident nak buat. Banyak pun tak kesah asalkan saya boleh menjiwai dan memahami kerjaya itu. Sekarang, tiada kepuasan di hati.

Susah nyer nak cari yang sesuai dengan jiwa ini....
Adeh....
Marilah kita tinggalkan ofis itu sekejap.
Kita berkursus dulu yok!

Thursday, May 5, 2011

Homedec 2011

Sebenarnya, Homedec dah lepas iaitu masa weekend hari tu. Saya sempat gi kejap masa hari Jumaat time lunch. Hehe. Sajer je gi sengsorang. Nak berangan-angan. I likeee!

Banyak barang keperluan rumah adalah pada harga offer masa kat sana. Ada yang boleh dapat half price tau. Memang untunglah kalau saper-saper yang nak buat penambah baikkan pada rumah mereka. Heee....dalam berangan-angan tu, saya sempat juga berkenal-kenalan dengan beberapa syarikat interior designer yang join pameran tu. Best-best....mari kita tengok apa hasilnya.....

Jeng jeng jeng....

.
.
.
.
.
.
.
.

Ni poster Homedec2011

Ruang tamu

Ruang makan

Dapur

Bilik tidur utama

Bilik tidur anak dara

Taman kat tepi rumah








Cantik takk??
Rumah saya lah tu.
Tapi dalam angan-angan jek.
Hihihi...

Kesimpulan yang saya dapat, setiap satu ruang yang mahu kan khidmat nasihat dari pakar pereka hiasan dalaman adalah dalam bajet RM20k. Nih kira murah, sebab harga promosi masa Homedec jek. Belum kira kos perabot lagi tu. Setakat cat, wall deco, separator, simpel ceiling, kabinet pasang siap jek...adeh. Bayangkan lah kalo nak untuk 5 ruang (ruang tamu, dapur, ruang makan, 2 bilik tidur)...mau cecah ratus ribu. Wah wah....boleh pengsan.

So, marilah terus berangan-angan yer semua.....hihihi.

Wednesday, May 4, 2011

Rasa Menyesal

Nak selalu bawa Alyaa gi playground

Anak solehah mama
 
Hari ni, bangun je pagi saya dah rasa tak best. Mandi, bersiap ala kadar. Datang ofis lebih awal 15minit tapi sampai time yang sama jugak…jammed sebab hujan, accident lagi. Bila sampai kat ofis, baru perasan, tudung saya pakai hari ni sama kaler sebijik dengan baju…plain semacam….macam tak sesuai. Adeh. Nampak sangat main rembat je apa nak pakai tadi. Sungguh, saya tidak ada mood. Saya rasa nak balik rumah jek. Nak peluk Alyaa, cium-cium dia…nak layan dia main jek sepanjang hari.

Puncanya, malam tadi saya gaduh dengan Alyaa. Cewah, bunyi macam dahsyat je. Tak der lah gaduh, tapi saya dah marah kan dia sebab dia tak nak tidur. Kejap-kejap bergolek sana sini, naik abis atas badan kita, tendang sana, tumbuk sini….kita yang tengah mengantuk campur letih, ter’emo’ lah kejap. Saya siap marah-marah jegil mata kat dia, tapi dia sengih jek. Adeh. Rupa-rupanya dia sakit perut. Tengah-tengah malam buat projek ‘cerry berry’…ciannnn….mama marah kan dia sedangkan dia ada reason naper tak leh tido awal. Huk huk…

Lepas cuci tukar lampin semua, try nak dodoi dia atas riba. Konon nak cover rasa bersalah tadi, ribakan dia yang dah panjang terlebih riba tu. Huhu…tapi still dia tak leh tido walaupun mata dah separuh terbuka. Bila tanya, dia kata nak makan roti. Adeh. Sekali lagi sedih. Anak ku kelaparan. Last dia dinner pun petang. Time tu dah tengah malam, of course dia lapar balik. So, teman kan dia makan roti. Buatkan susu panas. Then, dia tidur dengan nyenyak di ulit minyak yu yi cap limau satu badan. Hehe….lagi tersentuh jiwa keibuan ku….dia nak genggam tangan mama masa nak tido…sob sob….

Sejak bekerja sebulan lebih nih, saya memang akan pancit bila time nak tidur. Letak je kepala atas bantal, terus lelap tak ingat apa. Anak pun dah tak masuk dalam mimpi. Selalunya, ayah dia je lah yang temankan dia sampai tertidur. Sekarang nih, Alyaa lagi suka buat banyak aktiviti dengan ayah dia. Hurm…dah lah minggu depan saya akan berkursus di luar kawasan selama 3 minggu. Giler sangap rindu kat anak.

Sungguh, saya rasa sangat tak best. Rasa macam dah gagal sebagai seorang  mama yang baik. Teringin sangat nak jaga anak sepenuh masa, sediakan makan minum dia ontime, teman dia main, ajar dia ilmu baru…tapi, tuntutan kerja membataskan semua tu. Yer, saya tahu, majoriti ibu begitu. Kita cuma mampu beri apa terdaya je. Oh, semoga saya lebih bertenaga dan sihat untuk memperuntukkan kualiti hour yang terbatas bersama anak. Saya nak sangat, anak ingat saat-saat manis bersama ibu ayah dia sampai dia besar dan boleh ceritakan pada anak cucu dia lak. Hehe….
Posing manja

Posing manja lagi

Mainan feveret

Rasa nak gi beli something lah untuk Alyaa sebagai tanda mama minta maaf. 

Yes, baru lah rasa bersemangat sket nak wat kerja.

Korang Ibu-ibu pernah tak rasa macam saya nih ek?? Ke saya je yang kerek terlebih…..huk huk huk.

Tuesday, May 3, 2011

Terima Dengan Redha


Firman Allah SWT,

“Jikalau mereka sungguh-sungguh ridha dengan apa yang diberikan Allah dan RasulNya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan sebagian dari karunia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah," (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka).” (At Taubah:59)

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Banyak lagi ayat-ayat Allah dan hadis Rasulullah yang menjanjikan kemanisan sifat redha bagi setiap insan. Redha, pasrah…mudah jer kalau kita nak ungkapkan, tapi penghayatan dia adalah sangat berat.

Sejauh mana kita mampu redha dengan ketetapan Tuhan buat kita? Kita mengaku beriman dengan rukun iman yang 6, yang antara isi nya, Beriman dengan qada’ dan qadar. Tapi, penghayatan nyer? Wallahualam.

Antara bait-bait doa yang pernah saya lafazkan dulu…..


Ya Allah, andai setakat ini pinjaman seorang suami untuk ku, aku redha Ya Allah.

Ya Allah, andai sudah sampai masa nikmat kasih sayang seorang suami ditarik balik dariku, aku redha Ya Allah.

Ya Allah, andai sekejap ini sahaja pinjaman seorang ayah buat anakku, aku redha. Aku terima andai ditakdirkan aku sendirian harus membesarkan anak ini. 

Tolonglah, ampunilah segala dosa suamiku. Ringankan lah penderitaan beliau. Sembuhkan lah dia andai itu terbaik untuk dia. Aku redha Ya Allah, dengan apa jua ketentuan Kau buat suamiku yang terlantar sakit ini.

Ampunilah suamiku Ya Allah. Ampunilah segala dosa beliau berkat dengan sifat beliau sebagai seorang suami yang amat baik bagi diriku. Yang tidak pernah menyakiti diriku. Yang menjalankan amanah seorang suami dengan sebaiknya. 

Ampunilah suamiku Ya Allah, dengan berkat beliau sebagai seorang anak yang soleh. Aku tidak pernah berjumpa dengan mana-mana anak yang amat mentaati kedua ibu bapa seperti ketaatan suamiku pada ibu ayah nya.

Ampunilah dosa suamiku Ya Allah, dengan sifat sabar dan kasih sayang nya terhadap anak kami. Dia adalah ayah terbaik untuk seorang anak. Dia tidak pernah terlepas menjaga kebajikan diri ku dan anak kami. Ampunilah dia, wahai Tuhanku.

Andai sudah sampai masa untuk nya kembali padaMu, tempatkan lah dia dikalangan hamba-hambaMu yang soleh, di atara golongan-golongan kanan seperti mana tercatit dalam kalamMu. 

Sesungguhnya, aku pasti. Aku tidak akan dibiarkan kesorangan di dunia ini. Aku pasti, Engkau lah sebaik-baik sandaran, sebaik-baik penolong, sebaik-baik pendamping buat diriku di dunia ini.
Amin, Ya Rabbal ‘alamin.


Ya, dulu, aku sering berdoa sebegini. Aku tak sanggup melihat suami terlantar sakit melawan derita. Aku terima sahaja apa yang terbaik dari Allah yang Maha Kuasa.

Dan,  kini, Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan lagi suami ku untuk diriku, anak kami dan ibu ayah beliau dan bakal anak-anak kami...




……tukar mode!


Sebenarnya, saya tengah nak pujuk diri untuk redha dengan pekerjaan saya. Oh, tak best dan tak minat. Tapi lagi banyak orang yang tengah mencari kerja di luar sana. 

Diri, bergembiralah dengan kerja ini. 

Bersyukur lah MammaSun!!

Ya, dengan adanya redha, kita akan bersyukur dengan segalanya.

Hehe…chayo2x!

Suamiku...kau bukan cintaku yang pertama :)

Sedikit perkongsian dari artikel Ustaz Pahrol Mohd Juoi....yang dipetik dari sini


Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya. 
 
Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam. 

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya… 

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup. 

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana. 

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!    

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa. 

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” 

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!


Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.
Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     


114 Ayat Cinta 

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?
Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur! 

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada. 

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma’thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.


Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.  

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah. 

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah. 

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template