Thursday, March 31, 2011

Semangat Nak Kerja Lepas Kena Sound

Hari ni saya semangat nak cari kerja sebab tak suka lah orang kata saya nih datang ofis duduk rilek je. Tak ada initiative nak cari kerja. 


Masuk ofis, kawan-kawan sama section semua sibuk-sibuk nak gi discussion session pasal satu projek nih. Dari semalam lagi dah ada bunyi-bunyi. Tapi tak ada orang ajak pun. Dengan semangat nak kerja, saya pun tanya, boleh kah nak join.


Jawapan yang saya dapat adalah.......tak payah. Orang dah ramai. Dah terlebih pun.


Okey. Fine.


Tinggalah saya sorang kat ofis bersama geng-geng section admin yang suka kata saya tak pandai cari kerja tu. Nampaknya misi tak berjaya. 


T_T

Kenyataan Bung Mokhtar: Pemandu Wanita Penyebab Utama Kemalangan Jalan Raya

Korang mesti ada dengar kan pasal kisah tajuk kat atas tu. Dalam Parlimen, boleh pulak Bung Mukhtar tu gi buat kenyataan macam ni. Agaknya dah tak ada isu lagi besar dah kot nak dibahaskan di dewan utama kerajaan Malaysia neh.




Bagi saya (ini adalah pandangan peribadi yer), saya tak boleh terima kenyataan tu. Ye ke penyebab utama? Tapi, menurut kajian, kadar keterlibatan lelaki berbanding wanita dalam kemalangan jalan raya masih 70:30. Lelaki lebih tinggi kot.


Dari segi cara pemanduan, memang diakui majoriti lelaki adalah lebih berkeyakinan berbanding wanita. Hatta ramai di kalangan lelaki yang terlebih 'over' yakin memandu sehingga boleh mengundang bahaya. Nak nak pula kalau ada aweks untuk ditayangkan aksi drift bagai. Wanita pula, lebih berhati-hati sehinggakan ada yang 'over' berhati-hati sehingga menyusahkan pemandu lain. Tapi tak semua lah wanita begini ya, cuma majoriti sahaja. Wanita juga terkenal dengan keupayaan 'multi tasking' dan mampu mengaplikasikan teknik ini ketika memandu. Tak hairan lah kalau dalam serabut jam tu, ada wanita yang masih boleh melukis kening, membaca komik mangga (ehem ehem...jgn marah ek lalalala~), potong kuku bagai. Sungguh, tak tipu. Wanita hebat memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Lelaki boleh tak??


Lelaki kalau jam hanya pikir nak change lane jek kerja. Padahal kalau ikut je flow, sama jugak hasilnya. Lelaki jugak hanya sibuk fikir nak potong kiri. Tak kisah lah patuhi undang-undang ke tak, janji dia boleh gi depan sekali. Hey, kalau nak sangat gi kat depan skali tu, bawa lah kereta terbang. Eh, ter'emo' plak.


Kesimpulan yang saya boleh katakan, lelaki atau wanita, masing-masing ada pro dan kontra nya. Teknik pemanduan adalah tidak boleh disandarkan kepada jantina semata. Ini adalah pemikiran kolot orang zaman jahiliah yang men'double standard'kan wanita. Teknik pemanduan seseorang adalah bersandarkan teknik pemikiran orang itu sendiri. Siapa lebih bijak menangani stress dan penyabar adalah mereka yang mampu berhemah di jalan raya. Bukan mereka yang terus tercabar kalau ada kereta cucuk-cucuk angkat lampu tinggi bagai. Bukan juga mereka yang pantang kalau ada kereta lagi low spec, pulak tu pemandu wanita memotong, terus tekan minyak. Rasa-rasanya, mat rempit lagi ramai dari minah rempit kot. Tu pun lelaki gak kot. Hehe.


Pssst: Korang rasa, Zizie Ezzete tu dibenarkan memandu ke tak ek oleh suami beliau? Ntah-ntah dia nyer driving style kot yang dimaksudkan oleh si Bung itu. Kah kah kah....

Wednesday, March 30, 2011

Office Politic: Cemburu Ke Kak??

Dah masuk minggu ke tiga saya bekerja di tempat baru. Hoyeh. Keadaan masih sama seperti hari pertama iaitu masih tidak mulakan apa-apa tugas rasmi. Reason, bos tak kasi pun. Reason lagi, saya tak boleh access pc dan network lagi. So, saya buat je kerja saya.

Oh, sebelum saya masuk sini. Ada kawan-kawan yang bitau.....nanti kena berhati-hati dengan sorang pompuan neh. Dia nih gini, gini dan cenggini. Dipendekkan cerita, kawan-kawan saya kata, pompuan neh kaki report. Suka spy orang lain buat apa, pastu report kat bos. Ala, perasan dia tu perfect lah. Paling cantik, paling hot, paling rajin, paling dedikasi, paling bergaya dan paling segala. Ok! So, saya pun berhati-hati dan hari pertama masuk sini adalah dengan misi nak tengok rupa pompuan tu.

Oh, hari ini, pompuan tu datang sound saya. Yea yea yea....saya suka!! Eh, kamu ni tak diberi kerja lagi ke? PC tak boleh masuk ek? Boleh je configure sendiri. Kamu tak boleh duduk senyap-senyap je kat sini. Kamu kena gi tanya senior apa yang boleh kamu tolong. Kamu buat kerja sendiri neh, kalau orang luar datang tengok kamu rilek je, nanti derang ingat company nih staff dia suka buat keja sendiri. Kamu tak ada apa-apa bahan yang boleh dibaca ke? Orang baru kenalah tanya-tanya kepada orang senior. Kena banyak belajar, baru cepat catch up...bla bla bla....sampai kan member saya phone pun tak sempat nak angkat, sebab tengah fokus dengan ucapan pompuan tu.

Ok, find. Bila dah habis dengar ceramah dia, terus saya angkat phone yang sedang berdering sejak sekian kali nya, dan blah...kebetulan time lunch.

Oh, pompuan. Kalau saya pandai configure, dah lama saya on PC ni tau. Kalau senior boleh bagi saya kerja yang tak perlu guna software dan PC, dah lama saya dapat kerja tau. Kalau ada bahan untuk saya belajar yang hard copy, dah lama saya study. Senior saya semua sibuk, tak kan saya nak gi nyibuk. Tapi, hari-hari saya ada jek bertenggek belakang kerusi senior try intai-intai apa dia buat. Memang semua guna software yang kena ada PC sendiri kot. Oh, saya tak suka lah pompuan tu cemburu dengan masa senggang saya. Lagipun, budak kat section ni semua nya melekat je kat kerusi masing2. Takkan saya sorang-sorang nak gi bersosial dengan orang-orang yang tengah bekerja. Lagipun, dengan orang sebelah menyebelah, saya bising-bising jek. Jelas jek dengar suara saya borak-borak dengan orang lain. Agaknya sebelum ni section ni semua orang diam jek. Bila saya masuk, bermulut becok sket, dia jeles kot dengar saya borak je banyak. Tak pun ngadap laptop melayari internet. Blah lah u!

Masa dia dengan muka bengkek dia tu berceramah kat saya, saya pandang je mata dia dalam2 sambil senyum sengeh2....sambil ulang-ulang, oh ye ke, oh ye ke....agaknya berjaya menjengkelkan kan dia kot, then dia tak cakap lama-lama. Agaknya, kalau buat ala-ala budak fresh baru masuk alam kerja, yang innocent, muka baik, dengar cakap, nampak takut jek kat pompuan tu, mesti dia suka kan.

Huh...dah habis bebelan pasal pompuan tu.

Wang Pampasan??!

Sungguh tak faham. Ramai yang tanya dan bersangka bahawa suami saya dibayar dengan sejumlah pampasan yang besar. Ada yang kata dapat sampai ratus ribu. Gilos. Mana lah korang dapat berita neh...tapi tak pe, kalau cukup 44 orang yang cakap macam ni, mungkin boleh jadi realiti kot. Hehehe.

Sebenarnya, suami saya hanya dapat sikit ehsan dari SOCSO je. Eh, SOCSO dengan PERKESO tu benda yang sama tau. Cuma, satu in Malay and satu lagi in English. Korang rasa berapa SOCSO bagi pd suami saya??
Baru je dalam minggu ni kitaorang dapat cek tu. Macam best jek bagi cek kan.
Macam excited je kan....
Tapi bila tengok...adalah beberapa angka.
Alhamdulillah.
Yang penting, suami saya masih hidup dan sihat sampai sekarang. Cuma mungkin berbeza dari segi appearance je lah. Company memang tak dak apa-apa pampasan ye. Kecuali kalau melibatkan kes kematian je baru ada ihsan sket. So, kepada kawan-kawan se'company' dengan saya, sila lah amik mana-mana insuran kat luar tu k. Bukan apa, bila jadi benda yang tak diingini, at least adalah sket rasa dihargai kalau dapat sket imbuhan kan.
.
.
.
.
.
.


Psss.....SOCSO bagi kat suami saya RM550 jek.....
Sekian.

Tuesday, March 29, 2011

Keputusan SPM 2010....Tahniah!!

Tahniah!
Alhamdulillah!
Adik saya tahun ni antara mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan pengumuman keputusan SPM ini. Walaupun agak terlewat, saya nak jugak wish dekat blog neh.

Darling Farhana,
U are the best, insyaAllah. Apa yang Allah tentukan tu adalah yang terbaik untuk adik. Banyakkan mengingati Allah di saat sukar atau pun suka.
I'm proud of you.
I love u!

Korang,
Adik saya dapat straight A....semuanya ada 11 A.
10 A plus tau..... Eh, ada satu subjek A biasa, Bahasa Arab Tinggi, tapi dia request re-marking, hopefully A plus gak. Kalah saya dulu. Haha.

Semoga adik berjaya dunia akhirat. Semoga adik terus istiqomah sebagai muslimah solehah, contoh tauladan, insyaAllah.

Miss u!
Pic dia tengah menembak time PLKN. Hitam legam weh budak neh bila balik PLKN. Takpe, skrang dah back to normal kot.

Monday, March 28, 2011

Petanda Anda Dalam Stress Yang Teruk

Last weekend, saya berkesempatan join satu sessi group terapi dengan seorang psychiatry yang berpengalaman. Program nih diaturkan oleh pihak company ya. Free jek. Sangat berguna. Apa yang nak dikongsikan di sini ialah, petanda diri anda berada dalam stress yang teruk. Nak kata tak ada stress langsung, tak boleh gak. Orang gila je yang tak ada stress. Hik hik....


Tanda-tandanya:
1) Memory problem
2) Inability to concentrate
3) Poor judgment
4) Seeing only the negative
5) Anxious or racing thoughts
6) Constant worrying
7) Moodiness
8) Irritability or short temper
9) Agitation, in ability to relax
10) Feeling overwhelmed
11) Sense of loneliness and isolation 
12) Depression and general unhappiness
13) Aches and pains
14) Diarrhea or constipation
15) Nausea, dizziness
16) Chest pain, rapid hearbeat
17) Loss of sex drive
18) Frequent colds
19) Eating more or less
20) Sleeping too much or too little
21) Isolating yourself from others
22) Procrastinating or neglecting responsibilities
23) Using alcohol, cigarette or drugs to relax 
24) Nervous habit (nail biting, pacing etc)


Dulu, saya adalah sangat under stress yang teruk sehingga perlukan bantuan ubat (drugs) untuk relax. tapi doktor yang bagi lah, bukan gi cucuk dadah sendiri k. Then, semakin hari samakin ok bila keadaan pun dah ok. Tapi, semasa review list ni baru-baru ni, kenapa rasanya masih banyak simptom-simptom yang tersenarai di atas, masih ada pada diri saya. Adeh...


Doktor tu share, antara tips Dato Siti Nurhaliza guna untuk redakan stress adalah.....dengan berada disamping orang-orang yang betul (orang sekeliling yang support such as family members) dan dengan solat. Bagus tips neh. Mari perbanyakkan solat. Hoyeh.

Bila Diri Jadi Tumpuan Mata Yang Memandang



Kalau korang tengah jalan-jalan, terpandang orang muka macam gambar kat atas tu, mesti korang akan pandang kehairanan dan penuh minat nak tengok lagi kan...sebabnya, pelik dari yang lain.


Oh, kini saya faham perasaan mereka-mereka yang punyai anak atau saudara istimewa. Pergi mana-mana pun orang akan pandang semacam dengan pelbagai corak tafsiran. Dulu, masa suami berbulan di hospital, saya tak ada kesempatan dan keinginan nak bersosial di tempat-tempat awam. Kini, bila dia dah sihat, saya sangat teringin nak keluar jalan-jalan kat shopping complex atau restoran best-best dengan suami dan anak seperti keluarga bahagia yang lain. Tapi, keadaan sekrang sudah berbeza.


Suami akan bertopeng setiap masa. Jadi, kemana sahaja kami pergi, dia akan jadi perhatian yang sangat menyakitkan hati. Oh, saya yang hanya sekadar melihat beliau menjadi perhatian pun terasa sangat lah sakit hati, apatah lagi beliau. Walaupun beliau tak pernah bersuara, tapi saya tahu, beliau adalah sangat tak selesa. Tapi beliau keluar juga ke tempat awam, sebab nak penuhi hasrat saya yang nak kami seperti dulu. Oh, tiba-tiba rasa sangat bersalah kerana terlalu mendesak beliau kembali seperti dulu. Jahat nya diri ini T_T


Antara contoh pandangan orang yang kitaorang alami:




1) Pandang yang tak lepas-lepas. Muka berubah macam pandang hantu. Tengok orang atas bawah macam tengok patung lilin Brad Pitt. Nak belek sebelek-belek nya. Tulin ke tidak neh...isk isk.


2) Sorang terpandang macam nampak hantu. Boleh pulak dipanggil kawan-kawan atau saudara mara suruh tengok sama. Siap diskas sesama derang kuat-kuat lak tu. Walaupun bahasa Cina ke, India ke, saya boleh tahu laa apa isi discussion korang tu siap dengan mata dan tangan dok tunjuk-tunjuk kat kitaroang.


3) Budak kecik mesti akan tengok dan terus tanya mak bapak dia.....naper ngan orang tu? Naper orang tu pakai macam tu? (Ye, mereka hanya lah budak kecik yang tidak faham apa-apa) -Dimaafkan. Ada sorang budak neh, dia tengok dan terus terdiam. Mata tak lepas pandang suami saya. Pastu slow-slow tangan dia tarik baju bapak dia, then tunjuk kan bapak dia arah suami saya....seyes muka macam tertelan oren sebijik tanpa sempat kupas. Mata terbeliak, macam takut sangat. Lawak pun ada tengok muka budak tu. Kalau saya sergah, mau terkencing dia kat situ terus. Hahaha.


4) Dah terpandang tu, ada lah jugak yang ringan mulut nak bertanya. Bila dah bertanya, kena lah rajin pulak menjawab. Sori lah kalau kitaorang nak bercerita detail. Silap-silap cerita yang diberitahu adalah rekaan. Hahaha...bukan apa, isu neh sensitif. Kang ada yang kuar berita ntah apa-apa kat Metro lak. Korang tau tak, cerita bola-bola api yang pernah keluar metro on 14 Dec dulu tu, tipu giler. Wartawan tu reka sendiri. Tak dak sapa pun yang terlibat dengan kejadian tu bercakap macam tu. Isk isk...boleh nilai lah kan kualiti media kita kan...


5) Ada gak yang pandang, buat muka cebik macam pandang benda yang menggelikan. Alaa....muka macam bila kita masuk bilik air, terpandang muntah penuh kat sinki ntah sapa nyer. Haaa, muka cam tu lah. Boleh takkk???? (Nih saya jumpa masa tengah makan kat satu restoran neh).


Ada lah lagi beberapa jenis ekspresi pelik dan saya rasa tak selesa tapi tak tahu nak gambarkan kat sini. Suami kata, dia tak pandang pun. Buat-buat tak kisah je. Tapi saya kisah kot. Atau mungkin orang tak kisah pun, tapi saya yang over sensitif. Wallahu'alam. Saya rasa, saya masih tahu menilai pandangan tak kisah dengan pandangan over kisah.


Honestly, diri saya pun kalau pandang orang yang lebih istimewa dari kita, saya tak akan pandang lama-lama. Buat macam biasa jek lah. Tak kan nak tengok sampai terpusing-pusing tengkok leher kan. Terus rasa simpati dan bersyukur dengan keadaan kita yang lebih baik sikit neh. Pastu doakan orang tu agar menjadi ahli syurga dan dipermudahkan urusan duniawi ukhrawi dia. Teringat catatan seorang kawan tentang hal yang sama, cumanya dia punyai anak yang istimewa. Dia pun kata orang KL lebih 'over prihatin' nak dibandingkan masa dia berjalan-jalan di daerah pantai timur sana. Boleh baca kisah beliau di sini.


Inilah contoh-contoh diskriminasi sosial di negara ini. Sedih dan rasa tak puas hati. Bila lah masyarakat kita nak jadi lebih open macam orang putih kat sana nun. Tapi, jangan 100% open macam orang putih lak, kang jadi lain lak. Suami kata, dia ok jek, sebab dia tahu, kulit dia sebenar dah cantik. Nanti bila dah habis treatment, semuanya akan kembali normal. Pulak tu nengok kawan-kawan seangkatan dia yang dah buat treatment bagai, semua jadi muda balik wehh...hensemmm...huhu.

Friday, March 25, 2011

Perlukah Berlagak Sombong??

Masih tak ada kerja yang specific lagi kat office baru, so mari kita bebel lagi. Heeee...
Saya suka memerhati dan menghayati persekitaran. Bukan sekadar memerhati, tapi saya juga suka membuat tafsiran dengan pemerhatian saya. Suka berhipotesis. Dan saya amat yakin dengan hipotesis dan gerak hati saya.


Terbaru dan paling kerap menghantui diri, adalah tentang perangai orang yang boleh dikategorikan sebagai sombong. Berlagak. Arrogant. Selfish. Kedekut. Apa lagi ekk...?
Just nak share berdasarkan senario yang saya jumpa sejak 2 minggu ini....(sebab baru 2 minggu ini keluar dari kepompong keluarga dan rumah sendiri).


Senario 1
Lokasi dalam lif. Orang tak ramai, kiranya tak der lah tahap penuh lif tu. Dah masuk dalam lif, nampak je ada orang baru sampai kat depan pintu lif, tapi buat bodo* jek. Kalau boleh nak cepat-cepat close pintu lif tu. Biar orang tu tunggu lif seterusnya. 

Senario 2
Dalam mall dan di lobi. Kes nih paling banyak berlaku. Terpandang muka yang macam familiar. Teman sekuliah masa di kampus dulu. Mesra jek masa di kampus. Cuba pandang dia dan nak senyum, tapi orang tu buat dek jek. Berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukan kita. Adeh. Segan nak tegur kalau kita pandang dan senyum pun dia buat dek. 

Senario 3  
Serempak dalam toilet atau kat walk way in between workstations.....kiranya sama department dan section area lah neh. Kita pandang dia, tapi dari jauh dia dah paling muka straight jek sambil cebik bibir. Atau cecepat tekan-tekan handphone. Sumpah, macam tak ada orang lalu kat sebelah dia. Errkk...saya tak jadi nak tegur. Macam orang tak suka kita jekk..

Senario 4
Hari pertama masuk kerja di tempat baru. Dengan ikhlas hati pergi menghulurkan salam perkenalan dengan mereka-mereka yang lama. Selepas salam dihulur, nama diri dikenalkan, asal diri dinyatakan, mereka itu hanya menjawab, OK. Dan terus kembali mengadap pc atau kerja mereka. Aiseh, adakah diri ini mengganggu konsenterasi mereka itu?? 

Senario 5
Sedang memandu kereta. Bagi signal nak masuk lane jalan utama. Bukan sengaja nak overtake pun. kita baru keluar dari simpang pun. Dengan sesungguh hati, mereka yang memang dari jalan utama akan merapatkan jarak dengan kereta depan. Mana boleh bagi laluan pd orang yang baru nak masuk. Adeh...Tu belum kira yang jenis suka pintas terus ke barisan depan kereta-kereta yang tengah merangkak ikut turn. Suka hati je nak pintas masuk.   

Senario 6
Nak cari orang. Masuk kat department yang tak familiar. Of course perlu bertanya pada siapa yang kelihatan, kat mana nak cari orang yang dimaksudkan atau nak bertanya lokasi bilik meeting. Tapi kena jalan jauh dulu pilih orang yang nak ditanya. Pilih yang agak-agak muka leh mesra dan pandang kita. Haha...kadang-kadang tu dah pusing seround, tapi tak berani nak tanya sorang pun. Semua muka serius dan angkat muka sekadar menjeling kepada kita yang nampak sangat terkial-kial mencari sesuatu. Sumpah, takut weh nak tanya orang-orang kat sini sebab reaksi muka macam nak marah dan macam dah ada label, jangan kaco aku!!




Huh, dah tak ingat lagi senario lain. Tak suka lah begini. Dan dari pemerhatian saya, mereka-mereka yang begini ada dari pelbagai umur. Yang muda ada, yang tua pun ada. Tapi, masih ada yang berhati baik. Suka tersenyum dan ringan mulut menyapa. Yang heran tu, kalau jenis yang macam tak mau nak mesra ngan orang neh mesti yang jenis....hurmmm.....sangat bergaya dari hujung rambut yang merah kuning bagai tu sampai ke hujung tumit kasut tinggi 4 inci tu. Kalau yang so-so, biasa-biasa jek penampilan tu, orang nya pun kebanyakan nyer mesra jek. Agaknya, saya nih tak cukup bergaya dan tak pandai bercakap slang macam Richie Rachman kot, tu pasal orang tak pandang. Hahaha...

Inilah hakikat dunia sekarang. Orang semakin mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang, dalam tak sedar, kita pun mungkin 'ter'kategori as sombong. Minta dijauhkan. Marilah kita ringan-ringankan mulut untuk bermanis muka. Kalau tak nak senyum takut orang kata mereng pun, cukuplah sekadar bermanis muka bila perasan orang pandang kita. Ingat tu MammaSun! 

Apa Nak Buat Dalam Jammed?

Nih dah masuk minggu ke dua saya bekerja di KL. Sebelum ni, kehidupan saya adalah di lokasi yang tenang aman damai, tanpa traffic jam. Bahagia sangat. Tapi, sekarang, dengan lokasi rumah dan tempat kerja yang agak jauh, rumah di area Cheras dan ofis pulak di KLCC, memaksa saya untuk keluar rumah pepagi buta untuk mengharungi jam dan balik seawal mungkin untuk mengharungi trafic jam jugak. Kalau lewat sket, alamatnya lagi lama lah dok kat atas jalan tu.




Mulanya adalah sangat stress. Memang sekarang pun stress jugak. Cuba keluar rumah lebih awal 15minit dari biasa, iaitu pukul 6.20am, still tersangkut jam jugak. Balik tepat pukul 5pm dah ready nak punch card pun, still sejam jugak nak sampai rumah, maka, saya dengan ini bertekad kena mencari cara atau teknik untuk menghadapi jam dengan bahagianya. Memang tak dak chance nak skip terus, kena harung jugak maaa....




Saya tak boleh nak rilek-rilek ikut je flow kereta yang macam semut tu sebab saya akan tertidor. Oh, saya sangat lah mudah mengantuk kalau bawa kereta slow, hokey. Hahaha...keji. Apa yang saya buat sekarang ialah:




1) Burn DVD lagu-lagu yang saya suka dengar dan nyanyi. So, melalak lah sekuat ati dengan gelek-gelek sambil duduk kat kusi driver tu sesuka ati. Pedulikan orang sekeliling. Janji kita enjoyyy!




2) Bukak radio dan cari channel yang best. Kalau pepagi tu of coz dengar bebel pagi di Era dengan Pak Nil. Boleh lah nak gelak sorang-sorang kat dalam kereta tu.




3) Pastikan ada benda nak kunyah dan minum. Makanan ringan adalah pilihan saya. Kalau ngantuk sangat, saya makannn....adeh, caner nak kurus neh?!




4) Main tangkap-tangkap gambar dengan phone camera. Memang snap jek apa yang ada. Kalau bernasib baik, boleh dapat gambar yang unik.




5) Telefon mak atau suami saya untuk berborak apa-apa je tanpa ada topik utama. Tujuan nya untuk ilangkan ngantuk. Tapi pastikan penggunaan hand's free ya...kalo tak, gilo ko kena saman.




6) Bila ada peluang, jadi lah pemandu samseng. Hahaha....saya sangat suka main drift dalam SMART tunnel. Tipu lah, bukan drift betol-betol. Gilo ko, buat rugi bunga tayar gue jek. Tapi kat dalam tunnel sedap bawa laju. Boleh cecah 130km/h. Main ciluk-ciluk dan kasi panas sama driver yang ala-ala cuak drive dalam tunnel. Seyes, memang tak boleh blah kalau ada driver yang slow sangat kat dalam tunnel tu, pulak nyer time banyak kereta. Boleh tertido den dibuatnya.




Paling tak suka kalau salah masuk jalan atau tersesat. Oh, saya adalah tak biasa sangat dengan KL. Dah banyak kali sesat hokey. Sangat azab kalau time jam. Ye, saya guna garmin gps bagai, tapi still tak boleh tolong kalau jalan jam sangat, pulak kalo ikut belakang lori or kendeaan tinggi, tak nampak sign board, simpang dekat-dekat, memang mudah sangat salah masuk simpang. Macam-macam lah. Mungkin saya kena tukar skrin gps saya agar lebih besar kot. Baru terang lagi nyata. tapi kalau hari hujan lebat, langit mendung, gps boleh bengong gak.




Lagi apa ek teknik dan kaedah untuk isi masa lapang kat jalan yang jam ek? Kalau korang ada idea, share lah. Sesungguhnya saya memang sangat mudah tetidur time jam. Takut sangat terbabas atau ter'duummm' bontot kereta orang. Sampai tahap terlelap tersengguk-sengguk tau. Minum kopi pun tak jalan. Adeh.




Kan best kalau ada oang drive kan, leh tido jek kat dalam kereta tu. Kadang-kadang dapat gak peluang gini kalau bapak mertua ku ajak gi keja ngan dia. Hehehe....

Thursday, March 24, 2011

Bebelan Pagi 24 haribulan

*Mode entry nih ada sedikit berbaur emosi dan kemarahan dan kebencian dan kemeluatan....Kalau tak sanggup baca, sila jangan scroll ke bawah. Berhati-hati di jalan raya!




Heboh pasal kisah video sex Ketua Pembangkang sekarang neh. Disebarkan oleh Dato T. Konon nya Trio...eeekkkk geli nya akuuu!! Yang dedahkan tu pun, sejarah silam ko lagi gellliii kottt...ngan budak bawah umur gitu. Alllaaa pemimpin yang bukan pembangkang memang terkenal dengan sejarah silam yang pelik. Pastu sibuk nak korek hal orang. Siap ugut suruh letak jawatan bagai. Yang dia tu, boleh plak terus terlibat dengan politik. Boleh blah...apa, ingat orang dah tak ingat ke kisah dia dulu. Walaupun time tu aku sekolah rendah lagi, tapi aku tetap ingat. Tu belum lagi korek kisah pemimpin lain yang bila kena tangkap terlibat jenayah (paling femes adalah rasuah), diam kan sekejap, pastu lepas setahun dua dapat lah balik tempat as pimpinan masyarakat. Contoh ketara, tengok lah CEO felda kita sekrang. Muhamad Taib, Isa Samad tu contoh paling baik. Geliii...pasni si penggemar tempe, Khir Toyo tu, mesti akan dapat balik lah tempat as pimpinan. Ko tengok lah beberapa tahun pasni. Kisah ketamakan beliau pasti akan dimaafkan nyer lah. 


Taktik yang memang dah selalu pakai...iaitu cari kambing hitam. Tapi, si kambing hitam tu sekejap je laa untuk ditunggang pun. Contoh, Insp Sirul yang tak pernah nampak muka tu dalam kes Altantuya. Hahaha....konon kerajaan prihatin lah tu bicara kat mahkamah secara adil lagi saksama, end up....mati katak je lah si Altantuya tu. Agaknya dia bom diri sendiri. Hahaha....pastu lagi kisah enjin pesawat ketenteraan kita yang senang-senang lepas ke mana ntah tu...macam lah benda tu kecik boleh seludup celah-celah ketiak jekk....nampak sangat nak cover kenakan kambing hitam yang kecik-kecik. Macam lah kuasa nak sign lulus bagai tu setakat senior manager dia jek...blah lah weeyyy...


Seriously aku sakit hati sangat dengan senario pemimpin Malaysia sekarang. Semua nya tak leh percaya. Kesian anak-anak generasi aku terpaksa membesar dalam dunia yang penuh epik dongeng neh. Yang kaya terus dikayakan, yang miskin terus terusan miskin lagi tertindas. Harga barang yang sentiasa naik, dalam setahun beberapa kali naik, ada kerajaan naikkan gaji pekerja sektor awam???? Dah lah luluskan pinjaman perumahan konon-konon 100% pada mereka, tapi kalo setakat harga 220k tu, tak payah lah. Ko cakap kat aku, kat KL neh umah macam mana yang harga below 220k tu???? Budus laaa mereka itu. Nak kayakan anak pinak sendiri jekkss....tunggu lah kau balasan Allah nanti. Orang kat kampung senang laa nak beli dengan jasa-jasa korang a.k.a duit hasil pembayaran cukai (termasuk duit cukai aku = duit rakyat), tapi kalo yang kat bandar dan celik dengan kejahatan dan taktik kotor korang neh, memang tak arrr nak terpengaruh dengan taktik pengkaburan kerajaan 'maha adil' neh.


Ni lah tanda-tanda akhir zaman kan ...... mari kita insafkan diri. 
Dah cukup luahan perasaan untuk kali ni.
Astagfirullah al'adzim.

Tuesday, March 22, 2011

Over Dalam Berfesyen!!

Zaman sekarang, apa yang pelik itu lah fesyen yang menarik perhatian. Kalau orang pakai baju hijau, tudung oren dah tak janggal. Tudung pun dah macam-macam jenis. Orang sekarang, kalau dah bertudung tu tak semestinya tutup aurat. Boleh pulak gitu kan. Walaupun saya bukanlah manusia expert untuk bercakap tentang fesyen, tapi saya tetap nak tulis gak kat sini sebab saya antara mangsa yang terpaksa menahan sakit mata memandang mereka-mereka yang pelik tapi unik dalam berfesyen.
Apa yang membuatkan saya tiba-tiba semangat nak tulis pasal fesyen neh adalah kerana telah terserempak dengan seorang perempuan yang bertudung litup tapi pakai skirt pendek. Ya Allah, memang sungguh geli dan pelik. Rasa macam manusia tu dah menghina etika pemakaian muslimah. Korang boleh tengok contoh ilustrasi kat bawah. Saya tidak lah pulak sempat nak amik gambar manusia yang saya jumpa tu. Kang dia kata fesyen dia diminati ramai lak sampai ada yang nak bergambar kan.
Pompuan tu pakai gini, tapi shirt dia lengan panjang laa. Kaler tudung pun merah.

Selain fesyen-fesyen pelik seperti retro  campur moden ke haper, ada jugak yang style over fesyen. Dah macam pokok krismas berjalan gayanya. Kadang-kadang tu, kaler yang di pakai, mak aii, dari jauh sebatu dah nampak menyilau. Saya penah masa tengah makan dengan a few kawan lelaki, tiba-tiba lalu seorang awek yang bergaya sakan dengan baju merah menyala, tudung pink piang, kasut putih berkilat…memang lepas tu free jek kena gelak dengan kawan-kawan lelaki saya tu. Orang lelaki pun boleh nilai tahap berfesyen kaum wanita neh. Malu sehhh…
Apa-apa pun, berbalik lah pada tujuan dan niat asal kita dalam berpakaian. Adakah untuk menutup aurat secara sempurna semata-mata, atau nak menunjuk lagi menayang apa yang kita ada, atau nak menarik perhatian mata lelaki, atau untuk menutup aurat disamping berdakwah. Pilihan di tangan masing-masing. Jadikanlah al Quran dan Sunnah sebagai panduan kalau nak selamat dunia dan akhirat. Nasihat nih fokus utama adalah untuk diri saya yang kadang kala lalai gak bab berpakaian menutup aurat secara sempurna. Islam dah letak guide yang sempurna dalam berpakaian…dari segi tebal atau nipis, labuh atau singkat, ketat atau longgar….sendiri mau ingat lah ye…!

Monday, March 21, 2011

Dunia Baru

Dah lama saya tak update blog nih. Reason utamanya, tak ada kesempatan untuk mengadap internet. Kisah nya, sejak suami dah keluar hospital, saya menetap di rumah keluarga mertua. Almost all the time saya dengan anak, so tak ader lah nak online ke haper, kang nanti si anak dara tu pun sibuk nak suruh bukak video alif bat ta favourite dia. Hehe… Lagipun kalau kat umah mertua, macam tak kena je kan nak ngadap internet lama-lama. Hehe lagi sekali.
Oh dunia baru saya sudah bermula. Rumah baru, kerja baru, persekitaran baru. Hari ni dah hari ke 4 saya mula bekerja kat tempat baru. KL pulak tu. Adeh. Pukul 6.30 pagi dah kena ready nak gi keja. Pastu pukul 5 tepat kalau boleh kena balik terus. Kalau tak, sejam lebih laa saya akan merangkak kat atas jalan raya tu mengharungi jam. Tak best kan KL. Dulu masa kat Terengganu, 10 minit sebelum pukul 8 pun masih boleh keluar rumah dengan lenggang kangkung.
Kat opis baru, apa yang saya boleh kata, as orang baru yang baru 4 hari bekerja….adalah macam semua orang serius bekerja. Adeh. Bila borak dengan orang yang dah lama kat sini pun, dia cakap sini memang kerja macam balaci. Takut jer saya dengar. Terima je lah. Kemungkinan cara dan bidang kerja adalah tidak akan sama dengan yang sebelum ini. Kita tunggu dan lihat je lah. Sekarang, sementara pc baru nak set up, id baru nak update, kita amik peluang untuk berjimba dengan suka hati nya dulu. Lepak je, belek-belek internet dan update blog. Huhu….
Kat tempat baru ni, tak semua orang tahu reason saya berpindah. Hanya bos dan orang-orang yang kenal saya  je yang tahu. So, senang. Tak payah nak kena soal macam-macam. Bukan apa, rasa sedikit tak selesa bila orang bertanya detail pasal kejadian tempoh hari. Cukuplah dengan trauma hari tu. Kalau boleh tak nak diimbau kembali perasaan di tika itu. Biarkan ianya berlalu seperti mimpi. Sebagai sejarah yang termaktub dalam diari hidup saya dan keluarga. Heh..
Selain mode tengah nak beradaptasi dengan dunia kerja yang baru, saya juga kena beradaptasi untuk tinggal di tempat baru bersama keluarga yang lebih besar. Ada tambahan, iaitu mak dan abah mertua. Bak kata orang berpengalaman, masuk kandang kambing, kena lah sama mengembek macam kambing. So, mari kita jadi kambing beramai-ramai. Hehe…baru sama wave length.
Kekanda suami plak, hidupnya sekarang sebagai baby sitter. Hehe. Dah duduk umah, kenalah jaga anak kan. Dia masih perlukan rehat, mungkin untuk beberapa bulan lagi. Tengoklah pada kesediaan mental dan fizikal beliau. Kalau fizikal dah fit, mental dan emosi nya, hanya tuan punya badan yang tahu kan. Tak sabar tunggu suami masuk kerja semula. Boleh lunch date setiap hari macam cerita sebelum berpindah dulu. Hee…sesungguhnya dating itu indah.

Thursday, March 3, 2011

Show Anuar Zain - April 6, 2011


Pagi tadi, sebelum check out dari PNB Darby Park after 73days staying there, saya sempat cilok brochure neh. Hohoo..lama kan. Dua bulan lebih duduk kat service apartment tu. Semua company bayar dengan alasan, mudah untuk saya berulang alik ke hospital menjaga hubby. Hari ni decide nak check out even suami masih lagi di hospital. Reason, sebab insyaAllah suami saya dah nak boleh balik dalam minggu depan (kalau tak ada aral melintang). Dah 3 minggu tertangguh nak discharge sebab macam-macam hal timbul last minute. Huhu.

Oh, cerita nya adalah pasal show kat atas tu. Kepada yang minat Anuar Zain, jangan lepaskan peluang. Tapi, tiket nyer mahal amat. Suami saya minat lagu-lagu Anuar Zain nih, tapi tak adalah sampai nak gi tengok show dia. Kalau harga murah, mungkin boleh dipertimbangkan. Keh keh keh.... Pastu kan, emcee untuk show ni adalah Fahrin Ahmad. Hamboi hamboi...siap ada theme putih dengan pink or lavender tuu..untuk merebut 'Best Dressed Prize'. Suka nyahh...


Tapi memang diakui, lagu Anuar Zain memang sedap-sedap lah. Saya pun dah layan sekaki sejak suami asyik layan lagu pakcik nih. Tak caya, boleh tengok blog suami saya tu, penuh lirik lagu Anuar Zain. Ngee...

Anakku Comel Giveaway by Littlestoryfromlittlefamily

Oh, pertama kali di tag untuk menyertai satu contest. Oh, layan je lah.



Saya usha ramai yang dah sertai contest nih. Segan lah pulak, tapi sebab Achiq dah tag, so tak de lah nampak segan kan. Hahaha...


Syarat contest adalah:

1. tak wajib FOLLOW - suka ati korang la nk follow ke x. Tapi for me, kalau korang FOLLOW pun bagus jugak...at least, segala maklumat terkini about this giveaway korang dapat tahu kan.
2. Sila buat satu entry dengan tajuk : Anakku Comel Giveaway by Littlestoryfromlittlefamily.  


3. Letak banner di atas dalam entry dan sidebar korang beserta linkback ke entry ni.
3. Upload 1 saje picture anak korang yang korang rasa paling comel dimata korang. If ada lebih dari seorang anak, boleh buat 1 entry, 1 picture anak k. Dah siap entry, jangan lupa tinggalkan komen dengan link entry anda tersebut di entry ini.
4. tarikh tutup 12.03.2011 jam 11.59 pm
5. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan anda untuk join giveaway nie.
5. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan undi yang di lakukan oleh Batrice. Masuk tabung, kocak-kocak and tarik nama pemenang. So...if you're LUCKY...u will WIN this giveaway. But don't worry...hadiah adalah untuk 5 orang yang bertuah.
So, here is my darling...


Ok, good luck MamaSun!
Heee

Wednesday, March 2, 2011

Teknik Jualan Langsung Yang Keji

Saya suka baca blog Aidid Muaddib. Kesah nya pasal MLM. Memang berani betul luahan beliau dalam blog tu. Tapi, nih bukan nak cerita pasal blog dia. Cuma ada kaitan pasal jualan langsung yang menjadi subjek utama blog beliau. Ini adalah satu penceritaan tentang teknik jualan langsung yang agak kurang baik untuk dicontohi. Dan kami (saya & suami) adalah mangsa kejadian. Hahha..keji betol.


Alkisahnya, seorang makcik (kenalan ibu mertuaku) datang menziarah suamiku di hospital. Katanya sudah berkali-kali beliau datang untuk berziarah, tapi tak berpeluang untuk bertemu saya dan suami. Agaknya dia datang pada tika suami masih di ICU, memang tak boleh nak ziarah pun time tu. Saya pun terfikir, baiknya mak cik ni. Sangat concern pada kami sebab sanggup datang berkali-kali dan nak jugak bertemu dengan suami saya.
Tapi....ayat pertama dia cakap masa nak masuk bilik wad suami saya adalah...."makcik sebenarnya nak jual ubat"...Ok. Fine. Saya dengan suami buat tak dengar je. Kitaorang borak pasal lain. Dan kebetulan suami makcik tadi ada bersama, maka kami banyak layan pakcik tu punya soalan je lah.


Bila dah agak lama berborak, mak cik tu asyik nak bercerita perihal ubat yang dijualnya. Saya dan suami hanya angguk-angguk geleng-geleng je lah melayan cerita dia. Tak ada langsung terbit dari mulut kami yang menyatakan kami berminat dengan ubat beliau itu. Then, dah dekat sejam borak, masih tak ada tanda-tanda nak balik. Sibuk menyoal jenis ubat yang hospital gunakan untuk suami saya, then dia pun cakap dia tahu pasal ubat tu. Dia pun ada beli jugak masa trip gi China. Ayat beliau, "oo..makcik tahu, ubat yang kaler putih tu kan, dalam bekas bulat kan....mak cik pun ada." Ok, fine. Padahal ubat yang hospital ni bagi kaler coklat dan dalam bekas tiub macam ubat gigi tu. Sama kah dengan description beliau?? Apa yang pasti, ubat yang dia nak jual tu, iaitu sejenis minuman jus manggis itu adalah terbaik kerana dapat ubati pelbagai penyakit. Oh, ye ke?!


Then, mujur nurse masuk dan remind suami untuk slot fisioterapi. Lega. Boleh cakap kat makcik tu, minta maaf lah, kami kena pergi gym untuk slot fisio. Tapi, korang tahu apa makcik tu buat? Rupa-rupanya dia dah bawa satu peti berisi ubat tu. Letak kat luar bilik. Bila kitaorang dah nak keluar pergi gym, cepat-cepat dia gi amik ubat tu then suruh kitaorang ambil. Oh yeh. Dalam kalut-kalut tu, boleh lak cakap, "takpe2, makcik tinggal dulu ubat ni. Nanti bayar kemudian pun tak pe." Errkk..bila plak saya atau suami cakap nak beli ubat tu. Puas saya berbahasa bahasi dengan beliau, tapi tetap jugak nak tinggalkan kotak ubat tu. Alasan, berat lah nak bawa turun balik. Bengang kot. Nak cakap direct kang, dia tu kawan mak mertua saya. Kang, dikatanya kita tak berbudi bahasa plak. Sengal kan.


Malas nak layan, saya dan suami terus ikut nurse tu ke gym. Derang pun ikut gak sebab jalan yang sama untuk derang menuju ke lif. Aduss...sibuk laa dok promosi ubat tu. Tak suka nya saya. Suka hati jek tinggalkan ubat dia tu, then paksa kita amik. Nampak sangat datang berziarah pun sebab ada udang disebalik mee. Dah lah dia bawa terus 4 botol. Saya survey kat internet, harga satu botol tu RM160. Memang mak cik tu boleh dikategorikan sebagai sudah gila. Seyes, saya sangat bengang dengan dia.


Kesudahannya, tak tahu lah apa akan jadi dengan ubat tu. Bila mak mertua saya tahu, terus dia suruh pulangkan balik. Hahaha...rupa-rupanya dia pun tak nak layan makcik tu. Cet, kalau ku tahu dari awal, memang dah cakap direct kat mak cik tadi suruh angkut balik ubat dia tu. Kadang-kadang, terlalu berbudi bahasa dan nak menjaga air muka orang, diri sendiri yang terkena. Padan muka!


Inilah rupa ubat tu atau pun lebih spesifik, jus manggis. Mahal lak tu. Kalau betullah dengan meminum jus ini boleh ubati pelbagai jenis penyakit seperti yang dinyatakan dalam brochure, memang tak perlu dah ler doktor-doktor kat dunia nih. Dan yang paling lawak, ubat tu macam sesuai untuk orang yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kanser dan macam-macam penyakit lah, cuma tak ada pulak dia tulis untuk rawatan kulit terbakar. Sedangkan suami saya tu nak rawat kulit terbakar. Hahahaha....
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template