Monday, February 28, 2011

Rindu Si Kucing Comel

Shiro

Shiro & Orix

Shiro

Shiro


Rindu pada Shiro dan Orix....
Semua dah tinggal kenangan...
Orix adalah abang Shiro.

Orix adalah kucing jantan yang manja dan suka dibelai. Kemanjaan Orix telah membuatkan dia tidak pandai bergaduh dengan kucing-kucing jantan jiran-jiran sekampung. Orix sering menjadi mangsa buli sehingga dia cacat jalan terhencot-hencot. Lebih tragis, ayah telah tanpa sengaja terlenyek ekor Orix dengan tayar kereta sehingga membuatkan ekornya hampir tercabut. Dia sakit....dia demam...sampai meninggal. Sob sob...


Shiro pula adalah si adik betina yang comel dan manja. Tapi gatal. Suka ikut jantan ntah mana-mana. Dah berapa kali beranak pun tak ingat dah. Haha. Penah sekali ayah kurung Shiro dengan sekor kucing jantan jiran yang sama-sama kaler putih berbulu kembang. Hasilnya, dapat anak yang comel tapi kini dah tak tahu ke mana anak-anak Shiro. Ada yang hilang kena culik, ada yang diberi pada orang, ada yang mati kena langgar. Isk isk...tragis tol. Kini, Shiro dah tak ada. Shiro hilang semasa mak ngan ayah hantar dia untuk dijaga oleh mak lang saya semasa mak ngan ayah nak datang KL. Agaknya Shiro tak biasa dengan mak lang, terus dia lari bila mak lang buka sangkar nak bagi makan. Terus dia tak balik-balik sampai hari ni. Sedih... Shiro busuk sebab tinggalkan 2 ekor anak dia yang masih menyusu. Anak-anak dia tak secomel dia pun sebab gi kahwin dengan kucing jantan tak hensem mana ntah. Ahaha...


Kenangan best bela kucing. Dulu mak ngan ayah tak suka kucing, tapi sejak ada kucing sesat datang rumah, terus bela sampai dah 3 generasi (mak Orix ngan Shiro, Orix & Shiro dan Shiro bersama anak2). Dengan membela Orix dan Shiro, kami kenal Klinik Haiwan, tahu pasal ubat cacing, ubat demam kucing, ubat mata, ubat telinga, syampu kucing, dan sebagainya berkaitan kucing. Hahaha...kucing pun ada vaksin tau.


Sedih....rindu....meow meow.... Nanti balik kampung, dah tak boleh tunjuk kucing comel pada anak saya dah T_T

Jenis Blog Yang Saya Suka Baca

Sekarang nih kita boleh jumpa pelbagai jenis blog. Ada yang bercorak diari kehidupan, nak kongsi ilmu pengetahuan, nak berniaga, nak popular, nak tambah kawan, nak tempek-tempek gambar....dan macam-macam lagi lah. Memang variasi sungguh dunia blog Malaya. Hahaha...


Sejak saya bercuti panjang neh, memang kebanyakan masa diluangkan untuk mengadap internet terutamanya blog walking. Ada blog yang saya suka pergi hari-hari, sentiasa tertunggu-tunggu updatenya. Ada juga blog yang 'ter'pergi sebab key word tertentu atau link tertentu, dan bila rasa menarik, boleh view lagi post seterusnya atau kalau biasa-biasa aje, boleh baca setakat satu post je lah. Dan ada juga blog yang sekali pergi, terus tobat tak nak gi dah....hahaha....macam mana tu.


Antara kategori blog yang saya suka baca dan lawati, yang bukan jenis pergi sekali jek...adalah:




Blog Kengkawan

Kalau saya dah kenal tuan punya blog, terutama kawan-kawan sendiri, memang lah rajin bebenor nak melawat nya. Jenis nih memang tak sabar-sabar teman nak menunggu entry keluaran seterusnya. Haha...dasar busy body kann....Haha... Tapi kalau perkara yang diceritakan sendiri oleh tuan punya badan, bukan sengaja kita korek-korek, tu bukan busy body namanya. Tu namanya, kita adalah pendengar setia untuk si kawan kita tu....kesian dia kalau dia bersemangat bercerita, tapi tak ada orang nak dengar kann...haha...


Blog Share Pengalaman/Ilmu Berguna


Nih jenis blog ilmiah. Banyakkkk.. Memang suka lah dok menempek lama-lama kat blog yang macam ni. Terutama pasal ilmu mendidik anak, membahagiakan rumah tangga, ilmu keagamaan, masak-memasak...macam-macam lagi lah. Kadang-kadang tu siap boleh bersoal jawab lagi haaa...best tau...dapat tips2 free...sapa nak bagi kalau tak cari sendiri kan. Hehe...memang marvelous lah blog yang sebegini. Menempek sini lama-lama pun tak rasa membuang masa, sebab akan dapat pengetahuan baru. 

Blog Catatan Peribadi


Yang ni jangan salah anggap. Bukan semua jenis blog yang tulis pasal apa orang tu buat bermula dari bangun pagi sampai dia masuk tidur balik tu tau. Haha... Hanya beberapa penulis yang saya rasa boleh dapat something, at least dapat membuka minda saya untuk berfikir, 'ooohhh....ada jugak manusia macam ni kat dunia nih ek'.....haha. Contohnya, macam kisah ibu yang ada anak istimewa, kisah pengalaman orang poligami, kisah isteri yang bersuami curang, kisah pesakit kanser, kisah travelog ke..... Kadang-kadang, dengan mengambil tahu perkara yang berlaku dalam masyarakat sekeliling kita, dapat menambahkan daya berfikir dan kematangan seseorang. 


Rasanya 3 jenis tu jek blog yang saya suka ikuti. Kalau blog-blog jenis lain tu, selalunya terjumpa semasa blog walking atau pun bila teringat jek. Mungkin seminggu sekali atau kurang. Dari penulisan seseorang tu, kita dapat menilai tahap pemikiran dan kematangan penulis tu kan. Sekarang kan kecoh pasal blog-blog muda-mudi yang glamer habis, sampai sanggup gaduh-gaduh pasal isu remeh. Entahlah, tak nak campur. Tapi, apa yang saya perasan, blog yang suka gaduh or cari publisiti nih adalah dikalangan orang-orang muda belia, single mingle....kalau blog orang yang dah berkahwin atau berkeluarga, lain sikit corak tulisan dan pandangan mereka. Hehe....


*p/s: Tulisan di atas adalah pandangan peribadi semata-mata ya... :)

Friday, February 25, 2011

Disebalik Topeng Ada Cinta...

Semalam, suami saya dah start pakai Pressure Garment (PG) kat bahagian muka. Sungguh, hati sangat sayu dan kasihan melihat keadaan beliau. Tapi, to be positive, kami yakin, selepas tempoh sementara ini, kulit suami saya akan cantik :)


Isteri :   Abang, kenapa sampai macam ni sekali ujian untuk kita? Seksa nya saya tengok abang macam ni... [dah  siap nangis-nangis]

Suami : Lek ler sayang. Abang tak sakit apa-apa pun. Ok jek. Rasa macam SuperHero perr... [sambil buat gaya superhero lah konon]

Isteri  :  Errkkk.....


Saya plak emo lebih-lebih kan. Ye lah, kalau korang kat tempat saya, apa korang akan rasa? 
Suamiku, tabahnya kamu. Walaupun kau sentiasa nampak ceria dan positif, tapi, daku tahu, jauh di sudut hatimu, hanya Tuhan yang tahu kan....

Aku cinta kamu, selamanya!



Ini CHENTA saya

Ini pun CHENTA saya juga           




Agaknya apa lah reaksi anak kami bila lihat ayah nya begini....

Pilihanraya Universiti Awam


source from google
Haha...teringat lak zaman saya bergelar mahasiswa. Gempak seh kalau ada plihanraya. Walaupun tidak lah segempak pilihanraya di universiti awam.....kerana saya belajar kat universiti swasta, so bahang pilihanraya nya suam-suam aje lah. Tapi amat lah meninggalkan kenangan dalam jiwa.
Ok, kembali pada keadaan yang disuarakan sekarang, macam-macam perkara dilaporkan berkaitan pilihanraya universiti awam yang dah selamat baru-baru ini. Kisah calon proMahasiswa hilang di UM, kisah pembatalan pencalonan dan kemenangan 10 calon proMahasiswa di UPM, kisah mahasiswa UPM protes lagi...ditambah pulak keadaan di Timur Tengah yang sedang hangat dengan pemberontakan mengguling kerajaan yang dibenci...woohh...panas tuu....macam-macam cerita yang berlaku disebalik semua ini.

Apa yang pasti, saya sangat suka membaca laporan ini. Mujurlah Timbalan Menteri kita yang sorang ni masih boleh pakai jugak. Hahaha....oh ya, kalau zaman universiti dulu-dulu, saya sangat tidak menyokong geng Aspirasi....dan rasanya sampai sekarang pun saya tidak dipihak proAspirasi.....jangan marah. Mengundi dan memilih pemimpin adalah hak individu walaupun tak semestinya calon yang dipilih tu akan menang.

Mahasiswa sekarang pun dah berani menyuarakan hak mereka. Ye lah, mereka bukan lagi budak sekolah yang kena ikut silibus. Kalau dalam Islam, dah sendiri tanggung dosa pahala masing-masing. Kalau siapa yang patut menang sebagai pimpinan pelajar pun nak ditentukan oleh 'pihak tertentu', baik tak payah buat pilihanraya. Fikir-fikirkan lah.

Thursday, February 24, 2011

Journal Harian Saya Sejak Seminggu Ni..

Sebenarnya dah lama berada di hospital nih. Starting from 21 December...iaitu seminggu selepas kejadian di Bekok C. So, kiralah dah berapa hari atau minggu atau bulan kat sini...tapi kenapa baru nak buat catatan untuk seminggu yang lepas jek?



Persinggahan sementara


Hee..sebabnya, baru seminggu nih Arif dapat tukar ke wad biasa, so baru seminggu nih gak lah baru teratur sket perjalanan seharian. Sebelum nih, masa Arif masih di Burn Unit yang ala-ala ICU tu, semua benda under nurse supervision. So, kita tak leh kacau atau nak buat-buat nyibuk. Sekarang, bila dah kat wad biasa, boleh lah saya mendampingi Arif setiap masa...hohohoh....i loiikkeee!!

Ok, bangun pagi, lepas subuh...adalah masa untuk sambung tidur sampai lah agak tinggi sket matahari tu. Habit ni diajar dan dipupuk oleh suami saya...so saya as isteri yang setia, i follow jek...haha. [Lepas ni kena train suami saya agar belajar bangun pagi semula]...
Aktiviti pagi kitaorang yang pertama adalah sarapan. Then, bila dah makan semua, dalam pukul 10pagi tu baru boleh siap-siapkan Arif untuk mandi. Dia tak leh mandi awal sangat sebab tak nak nanti gap lepas mandi tu dengan time nak apply ubat semula lama sangat. Normally, nurse akan apply ubat untuk dia dalam kol 10.30 gitu. Kalau boleh nak ubat sentiasa meliputi dekat kawasan luka dia tu.

Proses nak apply cream dengan massage bagai tu amik masa lebih kurang sejam gak la. Kalau nurse buat ramai-ramai, cepat lah sket habis. Saya penah try buat sorang-sorang, memang sejam maaa....orang yang mengurut pun boleh sengal-sengal tau. Then, bila semua ubat dah meresap, masa untuk pakaikan pressure garment (PG). Nih pun kena buat slow-slow gak sebab sangat lah ketat benda alah tu...nak sarung semua kaki tangan dan muka.

Then, Arif akan gi gym untuk aktiviti fisio. Waa...silap haribulan kalau dok sini lama lagi, boleh fit, slim, boleh naik six padding laaa suamiku itu ala-ala model MenHealth. Hahaha...tak boleh blah. Lepas fisio, dah tiba masa untuk lunch. Hari-hari kami lunch date sama-sama...bukan lunch je, tapi setiap meal lah sama-sama. Sweetkann...

Petang lak, sepatutnya kena re-apply dan re-massage untuk Arif, tapi ni kadang-kadang nurse skip. Patutnya saya lah yang kena buatkan tapi..hehe....selalunya time petang after 4, orang datang melawat...so sesi melayan pelawat lah. Kadang-kadang speech theraphy dan Occupitional Health theraphy akan datang untuk slot mereka. Sibuk betul pesakit nih. Macam-macam program dirangka untuk beliau.

Malam plak, after dinner, kitaorang lepak-lepak je tengok tv atau layan internet dengan laptop masing-masing. Tunggu nurse datang after 10pm untuk sesi massage yang ke3 dalam setiap hari. Sedap lah si Arif tu kena massage kerap-kerap. Balik rumah nanti tak tahu lah, sempat kah saya nak mengurut dia sekerap seperti sekarang.

Bosan jek kan rutin harian...tapi mujur Arif sentiasa mempositifkan keadaan. Alhamdulillah, dikurniakan seorang suami yang amat penyabar. Oh, kadang-kadang adalah sangat merindui si anak...tapi apa kan daya, suratan nya begini....untuk sementara.


tempat melepak seharian


Nak Kerja Kat Mana??


Bermula sejak 14 December 2010, saya bercuti sehinggalah hari ini dan tatau lagi sampai bila. Tapi, macam dah dapat rasa, tak lama lagi dah nak kena start keja balik. My Arif pun dah nak boleh discharge. Tapi, sebelum kerja balik, saya kena pastikan semua perkara berjalan lancar semasa Arif di rumah nanti. Dari segi penjagaan dan rutin harian untuk apply cream dan scar massage untuk Arif, dan juga pasal si anak dara saya tu. Dulu plan, bila Arif kat rumah, boleh lah dia tengok-tengok kan si anak dara, tapi bila physiotherapist cakap Arif nyer Pressure Garment (PG) tu tak leh kena air sangat, so plan tu macam tak boleh jalan. Ye lah, kalau nak jaga anak tu, mesti nak kena mandikan atau basuh2 berak kencing dia kan.... Kami kena lah fikir plan lain sama ada nak carikan nursery dalam masa terdekat nih atau minta sedara suami stay kat rumah untuk tolong tengokkan anak kecil itu sementara mama dia kerja. Oh...fenin fenin~

Tapi, apa yang lagi pening kepala nih haa...dimanakah tempat kerja baru ku??? Aduss.... Orang HR dari Kertih dah cakap, saya dan suami dah confirm transfer ke KL. Tapi, dimanakah? Siapakah bos untuk pergi report duty? Semua tu derang tak dak lak bagi hitam putih dan penjelasan. Bila ditanya, suruh kita plak gi tanya sendiri kat KL...giler ke haper....arrghhh....tekanan. Bukan patut nyer ada surat ke untuk urusan tukar-menukar tempat kerja neh....geram tapi sabar je lah. Kalau derang tak ada contact dan tak boleh bagi hitam putih nya, kita cuti lah lagi. My psychiatrist pun macam tak kisah nak lanjutkan cuti saya sebab dia pun faham apa yang saya tengah 'bengkek' kan sekarang. Dah nama pun pakar psikologi, mestilah dia fahamkan kondisi pesakit dia. Psiko btol lah...

Lama sangat cuti pun tidak lah menggembirakan hati sangat. Risau seh. Kang tak pasal kena buang keje. Nayaaa....tapi kat mana nak keje...uwaaa...

Keje tanam padi kat bendang kah??

source from Google

Best per...leh suka ati nak datang keje dan balik keje jam berapa pun...tapi berjemur panas terik lah plak...tak sanggup den. Tapikan, masa saya zaman sekolah menengah dulu, memang selalu cakap kat ayah, sangat teringin nak merasa tanam padi sendiri dari awal sampai ke proses menuai....mesti macam puas ati jek..boleh lak ayah saya gelak jek. Cet.

Oh, adakah harapan untuk bekerja di sini boleh menjadi realiti atau sekadar janji manis??? Bukan nak sangat pun, tapi dah orang yang offer kan...hek hek..

source from Google

Sunday, February 20, 2011

Rupa Baru Encik Suami....

Contoh bahagian tangan hingga ke siku.



Contoh untuk bahagian muka.

Pressure Garment....
Suamiku kena pakai benda ghope ini....selepas keluar hospital nanti. Tak tahulah berapa lama....ada yang 3-4bulan, ada yang setahun dan paling lama 2 tahun. Bergantung pada tahap kematangan parut beliau. Cara pakainya, 23jam sehari. Adeh. Boleh buang untuk tujuan pembersihan jek. Dia kena pakai kat dua belah tangan. Tangan kiri sampai ke pangkal lengan, tangan kanan sampai ke siku. Kemudian pada kedua-dua belah lutut dan juga seluruh muka seperti yg gambar kat atas tu yer.

Apa motif pakai benda ni? Motifnya supaya dapat memberi pressure pada permukaan parut baru agar tidak terus bertumbuh menjadi keloid. Ketat tau benda alah ni. Kain dia pun ala-ala macam korset Premium Beautiful tu. Setiap kesan parut yang ada juga kena diurut kasi tekan-tekan sebanyak 3x sehari. Doktor beri ubat parut dari jenis herba China. So, kena lah saya merajinkan diri mengurut dan mengulit encik suami selepas dia balik ke rumah nanti agar kulit beliau cantik. Sekarang, kat hospital, kita bagi chance nurse-nurse yang cantik manis mengurut dan mengulit beliau. Hahaha.

Kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal benda nih, sila ke sini yer.
Mujur untuk sementara je kan...siap ada nurse yang buat lawak, ghope Arip nanti dah macam penjenayah. Adeh. Apa yang penting, dia sihat sejahtera.
Huhu...sayang suamiku sayang....

Wednesday, February 16, 2011

Bersamamu TV3: Kisah Hairuman Miskon

Malam ni, memang saya dah tertunggu-tunggu kat depan tv nak nonton rancangan Bersamamu kat tv3. Kisah adik Hairuman b Miskon yang kena renjatan elektrik dan terbakar hampir seluruh badan. Dan paling tragis, dia terpaksa dipotong kedua belah tangan dan juga kaki kiri beliau.

Amy Search datang melawat (photo from Google)

Hairuman dan kakak beliau (photo from Google)





Bila tengok kat tv, keadaan Hairuman dan kakak beliau, Maryuni, air mata saya pun deras semacam jek mengalir. Walaupun tak berada di tempat mereka, tapi, seolah-olah saya dapat rasa apa yang berkecamuk di hati mereka. Dulu, saya pernah berada dalam situasi mereka, bila keadaan suami adalah sangat tenat. Saya hampir kehilangan seorang suami kesan daripada efek kebakaran yang dialami. Tapi, alhamdulillah, syukur pada Allah, suami saya kembali sihat dan sembuh segala luka terbakar nya tanpa meninggalkan sebarang kecacatan. Luka terbakar, memang dahsyat kesannya. Memang mudah untuk menjerumuskan mangsa kebakaran kepada cacat anggota disebabkan keadaan tisu/kulit yang rosak teruk atau kesan daripada parut terbakar (contracture or keloid).

Takdir Hairuman sudah tertulis. Beliau kini OKU. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuba kita bayangkan, kita dilahirkan dan membesar sebagai manusia yang sempurna anggota. Tapi, dalam sekelip mata, Allah takdirkan menjadi cacat. Sukar untuk orang yang mengalami menerima dengan mudah ujian seperti ini. Sokongan orang sekeliling memang sangat-sangat diperlukan. Bukan sahaja Hairuman, tapi keluarga beliau pun amat-amat memerlukan sokongan dan bantuan dari segi fizikal dan mental. Kepada yang berkemampuan, marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan.

Apa yang pasti, mereka memang tabah. Semoga Allah menguatkan iman dan hati mereka...dan semoga Allah permudahkan segala urusan mereka selepas ini. Saya juga berharap, dengan ujian sebegini, dapat mendekatkan lagi diri mereka kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pasti ada hikmah disebalik setiap ujian yang menimpa. Amin.

Tuesday, February 15, 2011

Yeay...mak ngan ayah datang!

Dah 2 bulan saya hidup berkelana sendirian. Bersendirian kat sini bukan bermaksud hidup sorang-sorang. Ramai orang kat keliling saya tapi saya harus sendirian menjaga diri dan membuat keputusan sendiri untuk meneruskan hidup di bumi asing. KL adalah asing bagi saya sebab saya tak penah duduk di KL sebelum ini ya...huhu. Saya adalah paling tak suka kena berdikari. Tapi, tak ada pilihan kan. Memang tak best bila semua benda kena fikir dan buat sorang-sorang. Start dari bangun tidur sampai ke nak tidur malam, semua kena fikir sendiri. Campur lagi urusan-urusan lain seperti bayar bil, sediakan keperluan anak...oh, berat nyer.

Tapi, bila mak ngan ayah datang menjenguk, saya rasa sangat lah gembira. Release sikit segala keserabutan. Bila seorang anak berada bersama ibu ayah, pasti akan rasa sangat selamat, rasa ada orang saya kita, rasa ada orang care pasal kita.....rasa best lah...macam budak kecik yang ketakutan bila ibu ayah dia hilang kat shopping complex, pastu dapat jumpa balik...bestttttttt......

Mak ayah saya sampai Ahad pagi, then kami terus ke Kertih. Mak ayah dan adik lelaki temankan saya balik rumah di Kertih untuk ambil serba sedikit barang keperluan. Bila sampai, tengok keadaan rumah adalah sangat sedih. Selepas 2 bulan ditinggalkan, debu adalah sangat tebal. Sedih nya. Sayu nya. Pastu, bila gi Mesra Mall, rasa teringat je kenangan bersama suami dan anak di situ. Oh, rasanya setiap pelosok Kertih tu ada kenangan manis saya bersama suami dan anak. Sedih lah plak nak meninggalkan semua itu. Sob sob....

Memandangkan rumah dah sangat berdebu, kami tidur Awana Kijal. Besoknya, selepas ambil segala barang yang perlu dan mengosongkan peti sejuk dan barang-barang basah kat dapur, kami pun pulang kembali ke KL. Oh, saya tidak bersedia lagi untuk menjengah ke office. Tunggu lah dulu. Masa nya akan tiba...harapnya dapat kembali ke office walaupun sekadar nak ambil barangan peribadi bersama suami tercinta. Entah bila tu, tak tahu lah. Huhu....

Kat KL, mak ayah stay satu malam lagi. Dapat lah mereka bermain dengan cucu kejap. Adalah sangat best dapat bermalam dengan mak ayah. Then, petang tadi, derang dah balik. Sedih sangat. Tapi apa boleh buat kan....kembali lah hidup ini pada realiti....sorang-sorang. Semoga suami ku cepat sembuh dan back to normal balik.....tak sabar rasanya nak kembali berkongsi segalanya bersama insan yang tercinta.....tak best wooo bila separuh jiwa tak ada disisi....huhu.

Tuesday, February 8, 2011

Anugerah Sri Angkasa by RTM

Haha...kisah pasal TV lagi. Sekarang kan banyak sangat iklan kat RTM pasal Anugerah Sri Angkasa 2010 (ASA) yang bakal berlangsung pada 18-19 Februari 2011. Tempatnya dia PWTC. Memang berprestij lah kot anugerah ni. Dengar kata dah 4 tahun tak pernah diadakan...tup-tup tahun ni diadakan balik. Saya pun tak pasti kenapa dan mengapa.


Bukan nya saya dibayar untuk promosikan pasal ASA nih. Cuma saya sangat suka dengan salah satu iklan promosi rancangan ni. Tiba-tiba keluar kat TV tu berita terkini, ala-ala berita dunia, siap Farit Ismeth Emir yang bacakan berita tu. Dia cakap di luar negara ada orang nampak objek pelik kat angkasa sedang menuju ke bumi. Then, dia kata, kejadian seperti ini akan berlarutan sehingga 18 atau 19 Februari. Aku punyalah tumpukan perhatian, fokus tahap gaban pada berita tu. Dah terfikir, ada komet nak langgar bumi ke? Armageddon kah? Haha...serius macam dah 'ter'percaya gak laa.....

Rupa-rupanya dia nak promote rancangan ASA ni lah. Aduhaiii.....

Kalau anda berminat nak tahu detail pasal ASA nih, sila ke sini yer.

Slot Lestary TV3: Hani

Credit to blog ni. Siap boleh tonton update drama ni kat situ.


Sejak bercuti sementara nih, saya dah jadi penunggu setia rancangan TV. Hehe. Saya layan cerita Hani yang ke udara di TV3 setiap Selasa, jam 9pm. Sedikit sinopsis cerita ni yang di amik dari sini:
 
Sinopsis Drama Hani
Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.

Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.

Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.

Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.

Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.

Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?


Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal drama ni? Haha...sebabnya saya sangatlah tak suka cara mak Irfan tu. Eekkk....geram nya. Boleh pulak nak atur sapa yang dia nak suaikan untuk si anak dia. Mujur lah mak ngan bapak mertua saya tak buat kerja macam tu walaupun suami saya tu anak tunggal. Huhu....sayang mak ngan abah mertua ku.

Pastu, saya suka cerita ni sebab Hani tu cantik la. Ramai orang pakai tudung dalam cerita ni. Huhu...tapi saya memang tak suka pun watak Irfan sebab macam tak best lah dia tu. Haha...suka ati je kan nak komen. Konsep kekeluargaan dalam family Hani pun best sangat. Memang pada hakikatnya, tak semua perkara yang terjadi dalam keluarga sendiri, ahli keluarga tu akan dapat terima bulat-bulat. Apatah lagi kalau perkara yang terjadi dengan tiba-tiba. Nampak kan dalam lakonan family nih, saling support antara mereka. Sweet kan...
Enjoy watching yah!!

Sunday, February 6, 2011

Keadaan Anak yang Boleh Mencuakkan Ibu Bapa

Baru terbaca post seorang sahabat di Facebook.....dia terkejut tengok anak hampir jatuh buai atau 'ndoi' (bahasa utagha). Mesti kecut perut tersirap darah bagai kan bila tengok anak dalam situasi bahaya macam tu. Budak-budak memang lasak dan suka eksplorasi semua perkara. Jadi, memang kadang-kadang boleh mengundang bahaya. Kita as orang dewasa lah yang kena betul-betul awasi segala tindak tanduk si anak.

Saya pun kerap jugak alami situasi cemas macam tu. Anak golek-golek nak jatuh katil lah, lari-lari jatuh berguling lah....dan yang paling latest, anak masukkan syiling dalam mulut. Bahayakan?
Buat masa sekarang, anak saya dijaga oleh pelbagai orang. Ada yang biasa dengan budak kecik, dan ada yang tak biasa. Kadang-kadang ada perkara yang saya tak yakin untuk bagi anak dijaga oleh orang lain, tapi apa boleh buat. Sebagai orang muda, memang kita akan dipandang sebagai kurang pengalaman dan jangan memandai nak mengajar orang yang lebih makan garam dari kita.
Tapi, walaupun saya ibu muda, tidaklah sampai tak waras nak bagi anak kecil main duit syiling....malah, hari-hari nak bagi duit syiling konon-konon nak ajar menabung. Ya Allah, saya hanya mampu berdoa agar Allah pelihara anak saya dengan baik dan semoga anak saya terhindar dari sebarang musibah. Amin.

As ibu yang bekerja, memang kita terpaksa tinggalkan anak sementara waktu pada orang lain. Memang tak ada ibu yang senang hati 100% bila terpaksa tinggal anak pada orang lain. Lain lah kalau pada orang yang memang kita confident, tapi berapa kerat je kan. So, memang penting doa dari kita agar anak-anak selamat dan sihat sejahtera. Doa kan senjata mukmin yang paling ampuh.

Bukan setakat ibu bekerjaya je, ibu yang duduk rumah dan menjaga anak sendiri pun tak lepas dari situasi-situasi mencemaskan. Kadang-kadang dalam masa yang beberapa minit je, macam-macam boleh jadi. Sepanjang saya di hospital bersama suami, dah ada 2 kes pasal baby melecur tersiram air panas. Takut kan....so, teruskan berdoa dan berdoa.....agar semuanya selamat.

Apa Dah Jadi Di Mesir

Kasihan kan pelajar-pelajar kita di Mesir yang terpaksa berdepan dengan situasi cemas seperti sekarang nih. Walaupun tiada saudara-mara atau kawan-kawan yang dikenali di sana buat masa sekarang, tapi saya tetap rasa nak sangat diaorang tu cepat-cepat selamat pulang ke pangkuan keluarga. Risau beb! Pulak tu ada khabar angin kata pelajar-pelajar dari Kedah tak dapat di kesan.

Bila sebut pasal pelajar-pelajar di Mesir, saya sangatlah terkesan dan teringat-ingat kisah zaman belajar. Oh, saya adalah sangat ramai kawan-kawan yang belajar di sana. Saya kan budak sekolah agama, jadi memang sangat ramai kawan-kawan sealiran yang melanjutkan pelajaran di sana. Saya juga pernah pasang keinginan nak belajar di sana. Sebab banyak sangat kawan-kawan cerita pasal keadaan dan situasi kat sana, saya rasa macam saya penah belajar di sana dan memang sangat teringin lah nak pergi sana....haha. Pulak tu, suka baca buku-buku karya Habibul Rahman El Shirazy, lagilah rasa macam boleh terbayang je kat mata tentang kehidupan kat sana. Penulis tu pandai menggambarkan keadaan sampai nampak dan rasa real.

Hurmm...banyaknya kenangan pasal Mesir neh. Biarlah terus menjadi kenangan yang terindah. Sekarang, semua kawan-kawan yang belajar kat sana, dah selamat berkhidmat di sini. Dah berjaya pun. Dah jadi mak orang dan bapak orang pun. Huhu. Ramai rupanya kawan-kawan ku dikalangan ustaz ustazah. Alhamdulillah.
Dulu, saya suka sangat dengar cerita pasal keadaan di Universiti Al-Azhar atau tempat-tempat belajar lain yang biah dia islamik sebab saya sangat teringin nak berada dalam suasana itu. Saya ditakdirkan belajar di ipts yang macam ipts-ipts tipikal lain. Kiranya, memang bye bye laa biah solehah tu ek....tapi, itulah ketentuan yang telah dipilih untuk saya. Rasa nak jadi ustazah tapi end up jadi engineer. Allah lebih tahu.

Ya Allah, rindu nyaaa.....biah itu!! Dan rindu juga pada sahabat ku bernama Chombi~ [uhuk] [sbb byk kongsi cerita ngan dia].

Sambutan Hari Lahir Suami Saya yang ke 29

Alhamdulillah, selepas 6 minggu lebih berada di hospital, suami saya sudah semakin sihat dan bertenaga untuk menyambut hari lahir beliau yang ke 29. Tahun depan dah masuk era 30-an pulak. Hehe...dah tua. 4 Februari 2011 adalah tarikh hari lahir yang paling bermakna buat dia, saya dan keluarga kami juga.

Sambutan hanya secara ringkas. Sekadar kek hari lahir dan kehadiran saudara mara yang ramai. Oh, saya tahu, hari lahir kali ini lebih bermakna buat suami saya. Pertama kali buat abang....disambut beramai-ramai bersama keluarga beliau. Abah beliau belikan kek Secret Recipe, kemudian potong kek dan makan beramai-ramai. Mula tu abang potong kek kat dalam unit dia, sementara saudara-saudara lain tunggu kat tempat menunggu. Abang masih dalam 'isolated area'. So, lepas dia potong kek, kitaorang je lah yang makan ramai-ramai. Tapi, tiba-tiba nurse tu macam allow abang join kitaorang. So, pertama kali gak laa dia dapat keluar dari unit kebakaran itu ke wad biasa untuk join the 'party'....tapi kejap je lah. Lepas puas bergambar, dia pun kena balik ke bilik asal dia. Dan yang lagi best, abang dapat jumpa Alyaa.....si anak yang merindui dan dirindui itu. Alyaa macam malu-malu.....pandang jauh-jauh je. Ayah dia tak boleh sentuh dia lagi. So masing-masing lawan usha je laa. Then, masa ayah dia jalan-jalan tinjau area wad kat situ, si Alyaa lari ikut ayah dia jalan-jalan....tahu, dia rindu nak peluk ayah dia tu, tapi ayah dia tak peluk dia pun...hehe.....alhamdulillah, Alyaa masih kenal ayah dia walaupun macam dah lain sikit dari dulu.


Then, bila dah tengah hari, semua orang pun dah balik. Tinggallah kami je kat hospital seperti biasa. Oh, pihak hospital ada bagi sebijik kek comel lagi untuk suamiku...huhu... Saya tak tahu nak bagi hadiah apa.....tapi selepas jenuh berfikir, decide beli netbook untuk dia. Mula tu nak belikan iPad tapi ntah, macam malas nak layan kena subscribe account baru lak...so, belikan Vaio Netbook untuk cinta hati. Kecik sket dia nak main karang. Abah dia juga bagi hadiah best. Lagi best dari netbook saya tu...huhu.... Hurmm...selepas apa yang terjadi, saya nampak, abah dan mak abang semakin banyak menunjukkan kasih sayang pada si anak. Selama ini, walaupun abang anak tunggal, tapi dia adalah sangat tak manja dengan mak abah....huhu. Nanti, bila dah ok semuanya, saya sangat teringin nak ajak suami pergi dinner special kat tempat yang romantik. Boleh takk...huhuh.

Dah boleh bersiar-siar kat luar di petang hari.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template