Sunday, January 30, 2011

Jumpa Kawan Lama

Hari ni, saya dapat peluang berjumpa sambil borak-borak dengan 2 orang kawan lama yang dah lama tak jumpa. Mode dengan Yatt. Mode nih, rasanya last saya jumpa adalah ketika kami masih sama universiti dulu...adalah dalam 5-6 tahun kot. Yatt lak, last jumpa dia betul-betul masa last year kat universiti gak. Tapi ada 2 kali terserempak yang hanya sempat hai-hai, bai-bai jek....

Derang datang melawat suami saya dan juga saya di hospital. Yippie yippie.....borak-borak, minum-minum....tapi tak banyak citer sempat share or gosip-gosip. Huhu.....

Bila bersama meraka, saya teringat dan rindu zaman muda-mudi di kampus dulu. Best. Jadi roommate dengan housemate dari 1st year sampai lah sebelum gi praktikal. Tapi, pas praktikal, ada kesilapan teknik sikit yang membuatkan saya dah tak satu rumah dengan budak-budak tu....haha....dan mereka telah mendapat housemate yang sangat cantik bergaya tapi....haha.....gelak lagi.

Zaman rapat dengan derang, memang enjoy lah idup sebagai remaja yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Sebijik macam yang selalu kita nampak dalam drama tv atau dalam novel-novel remaja. Best kannnnn........ rindu zaman buat assignment, stay up study nak exam bagai, naik bas ijau general gi bersuka suki di ipoh, gi pasar malam, soping kat JJ....huhu...sonot lah saya. Tapi sekarang, zaman dah berubah. Dah jadi bini orang, mak orang dan dah bekerjaya pun......tak boleh dah nak perasan muda mudi yang hanya rasa nak enjoy jek. Hik hik....mujur sedar diri kan.

Muka-muka budak baik semasa 1st year kot....hehe...gambar ni je yang aku ada pun.

Untuk Mode dengan Yatt....thanks for temankan saya. Mode dan Yatt, semoga korang cepat2 bertemu jodoh k....tak sabar nak gi makan kenduri kawin korang. Huhu...

Thursday, January 27, 2011

Update hari ke 45

Keadaan di hari pertama


Alhamdulillah, dah 45 hari berlalu. Arif adalah sangat semakin baik progress nya. Hari ni, dia dah start nak belajar berjoging. Oklah, walaupun instructor dia jalan kaki lagi laju dari dia nyer joging. Hehe...baru hari pertama lah katakan.
Dia juga dah pandai main bola. Hehe...main sambut-baling bola dengan tendang-tendang bola. Nak melatih balik koordinasi anggota badan dia yang dah lama rehat tu.

Pergerakan otot-otot pun ok. InsyaAllah tak ada bahagian yang keras, tapi kena teruskan fisio untuk terus mengelak mana-mana anggota menjadi keras. Burn efek ni lama tau kesan nya. Sabar je lah.
Doktor kata, kemungkinan tak ada 'contracture'.

Dia pun dah gain banyak balik berat badan yang hilang. Nurse kata, dia neh 'very good' appetite. Hehe. Dah boleh makan nasi lembut, spagetti, fettucini bagai. Alhamdulillah. Arif dah boleh mandi sendiri, jalan sendirian berhad, pergi bilik air sendiri.....tapi kadang-kadang dia lupa, nak panggil jugak nurse temankan dia. Dah biasa dimanjakan sebelum ni. Hahaha....

Dari segi ingatan dan kekeliruan pun, dah sangat baik. Tak ada lagi dunia angkasa lepas yang dia alami semasa tidur yang panjang tu. Emosi pun stabil. Dah bersemangat nak tahu pasal platform kesayangan dia tu. Dah cakap ready untuk di'interview' oleh investigation team. Amik ko...memang semangat nau. Aku lak yang risau. Pastu saja psiko-psiko, dia ok ke kalau kawan baik dia datang nanti cerita-cerita balik pasal malam kejadian tu bagai, then dia kata, nanti dululah untuk jumpa kawan-kawan baik dia tu. Hahaha...cuak engkau.

Tidur pun sangat baik. Orang lain trauma nak tidur teringat api bagai, dia lak tidur terlebih-lebih nyenyak. Kalau nurse tak kejut pagi, silap haribulan bangun untuk lunch terus. Hahaha...jangan marah ek cinta hati. Saya sangat hepi dengan perkembangan awak sekarang tau....muah muah. Dan hari ni jugak, aku telah memaksa dia tengok gambar muka dia yang latest menerusi gambar kat kamera phone aku. Dan dia ok jek. Alhamdulillah.

Wound yang masih terbuka adalah di bahagian telinga, so masih lagi kena berjaga-jaga dengan gejala infenction. Suara pun masih serak tahap Ella terlampau lagi, tapi makin better lah, harapnya. Pipi dah berisi macam dulu balik, so kalau pakai spec insyaAllah anak dia boleh kenal kot. Oh, sekarang dia tak boleh pakai spec sebab power dah bertambah sampai 500 then telinga pun sakit. So, memang dia berada dalam kekaburan lah buat sementara neh. Kasihan. Doktor pun dah cakap, dia kena pakai pressure gourmet after ni untuk elakkan scarring terutama keloid. Kat muka pun kena pakai. Lama lak tu. Adeh, ciannya. Tapi, apa saja untukmu, asalkan sihat yer.

Sampai sekarang, dia tak boleh berjumpa anak tersayang lagi. Hari-hari kena bawakan video aksi si manja untuk tatapan si ayah. Kalau nak jumpa boleh, tapi kena tengok je dari jauh, tak boleh dekat. Pastu, takut Alyaa takut dan tak kenal ayah lagi, so Arif decide tak payah jumpa lagi lah. Tunggu dia betul-betul dah keluar spital nanti, boleh terus pegang, angkat, peluk cium bagai sama itu budak kicik. Sabar ek sayangku.

Senyuman di hari ke 45

Teruskan berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan Arif yer....

Kuatkah aku???


Selepas apa yang terjadi, sangat banyak ucapan yang aku terima, "sabarlah", "Allah uji awak sebab awak kuat", "awak memang kuat, kalau saya kat tempat awak, mesti tak boleh terima".....kuat, kuat dan kuat...adeh...kuatkah aku? Dah berapa ketol batu agaknya aku berjaya angkat...hahaha.

Honestly, pada awalnya, aku tak suka dan rasa sangat tak suka lah kalau orang cakap macam tu. Aku rasa macam nak jawab macam ni tau....."kuat mende nya....benda dah jadi, so apa lagi aku boleh buat. Tak kan aku nak menangis meraung melalak.....tak kan aku boleh putar balik masa.....kuat tak kuat, benda dah jadi hokey....so, memang kena hadapi laa....apa, ingat boleh pilih-pilih ke??? Apa, ingat kalau diberi pilihan, aku nak ke dengan apa yang jadi nih???"......ganas kan. Tapi, i senyum je lah. Kang ada yang kata aku gila laks...
Hakikatnya, orang boleh nampak luaran kita je. Dalam hati, hanya Allah yang tahu.

Sejauh mana yang dikatakan kuat tu aku pun tak tahu lah. Apa yang aku tahu, Allah dah kata akan jadi macam ni, so memang kena hadapi. Nak pikir, kenapa dan mengapa, benda dah jadi, so lebih baik fikirkan, apa nak buat dan apa yang boleh dibuat untuk hadap benda yang dah jadi. Kat sini lah ter'apply' konsep redha dan terima je lah qada dan qadar. 

Sebagai manusia yang normal, aku memang rasa sangat tak berdaya. Aku banyak menangis dan bersedih. Terutama dikala suami ku dalam keadaan kritikal yang doktor asik pesan suruh prepare mentally untuk terima berita suami ku boleh mati anytime.............sapa tak cuak, sapa tak takut dan sapa tak sedih kan.

So, apa yang aku mampu buat hanyalah berdoa dan berdoa dan berdoa. Hati memang tak keruan. Pandang anak, aku sedih. Terfikir apa akan jadi kalau dia menjadi yatim. Pastu, setiap kali buat perkara atau terpandang perkara yang pernah ada kenangan dengan hasben, memang aku sebak. Dalam masa seminggu lebih tu, mata aku memang asik bengkak je. Aku pun tak sedar bila masa aku menangis dan bila masa aku tak menangis. Untuk kuatkan semangat, aku terus berdoa. Baca dan ambil tahu macam-macam sumber motivasi. Aku banyak dengar cerita pasal nasib orang lain yang lebih buruk dari aku. Sangat banyak sebenarnya. Pastu, aku banyak baca dan ambil tahu janji-janji manis yang pasti benar yang Allah janjikan untuk orang yang terpilih. Ya, semua itu membantu aku untuk terus bersemangat. Dan, aku sangat yakin, Allah pastikan akan berikan perkhabaran gembira untuk aku dan keluarga selepas semua kesusahan ini. Bila saat macam ni lah, baru terasa sangat beruntung nya aku, aku sangat bersyukur kerana aku masih dalam golongan orang yang beruntung kalau nak dibandingkan dengan mereka-mereka yang lebih dahsyat ujiannya.





Dan, bila saat doa termakbul, berita gembira lebih banyak kedengaran, adalah sangat nikmat dan terasanya kasih sayang dan rahmat Allah itu. Memang superb lah perasaan itu. Oh, memang, DIA adalah cinta utama yang satu-satunya yang paling HAQ untuk memberikan kenikmatan kasih sayang yang paling HAKIKI.


Kertih...selepas 3 tahun 3 bulan

Urusan pertukaran aku dengan hasben dah confirm. So, after ni, sayonara Kertih! Kami akan mulakan hidup baru di tempat baru. Cewah, ayat tak boleh blah. Banyak sangat kenangan dan kejadian berlaku sepanjang aku di Kertih. Sejak October 2007.

Selepas habis belajar, aku memulakan kerjaya di Kertih. 1 Oktober 2007 adalah tarikh aku masuk kerja.Berdebar, excited, takut semua ada. Alhamdulillah, ramai kawan-kawan satu batch yang dapat sama tempat dengan aku. So, urusan rumah sewa dan kawan sepejabat dan kawan serumah memang senang. Sebab memang dah kenal dari awal. Huhu... Oh, sebenarnya ada debaran rahsia dalam mengorak langkah memulakan kerjaya di bumi Kertih. Selain dari semua perasaan yang orang rasa sebab pertama kali nak kerja, aku ada satu lagi debaran. Haha....actually aku dapat tahu kawan 'baik' chatting aku sejak dari 2nd year kat universiti pun bekerja di Kertih. Sama office gitu. Walaupun kami belajar kat universiti yang sama, boleh dikatakan sangat akrab sebagai kawan chatting, tapi kami tak pernah bertemu. Sumpah, aku tak pernah kenal kawan chatting ku ini secara live. Huk huk...so sedikit ada rasa cuak jugak nak keje dengan orang nih. hahaha....

Hari pertama masuk kerja, aku dah dapat jumpa kawan 'baik' chatting ku itu. Kebetulan masa lapor diri adalah bulan Ramadhan. So, adalah jemputan berbuka puasa bersama group pekerja muda mudi (nama sedap is YPC) di tempat kerja ku bersama anak-anak yatim. Masa kat majlis nih lah, kawan 'baik' chatting ku ini datang mengucapkan salam kepada group ku dan rakan-rakan secara beramai-ramai. Maka, itulah detik permulaan nya....di Casa Impian. Aku tak berani pandang pun. Curi-curi pandang je. Aku kan pemalu. hahaha....

Hari ke hari, makin banyak bekerja sama dengan macam-macam orang kat office, dan dalam masa yang sama, Allah takdirkan aku bertemu jodoh kat Kertih. Oh, masuk kerja bulan October 2007, dan bulan March 2008, aku dah selamat bergelar tunang orang. Pantas kan. Ramai kawan-kawan sepejabat tak tahu menahu pun. Hahaha...then hujung tahun, December 2008, aku dah pun selamat jadi bini orang. Kecoh gak bila kawan-kawan tahu aku dah nak kawin, dengan kawan satu pejabat lak tu. Dan, dia adalah kawan 'baik' chatting ku itu....huhu....malu weh bila ingat balik. Aku dengan dia memang sangat malu-malu antara satu sama lain dan sungguh kami dah tak ingat sangat macam mana kami boleh decide nak kahwin. Haha...dah tertulis dalam Loh Mahfudz, dia jodohku, maka Allah mudahkan jek.

Then, baru nak belajar-belajar bercinta bercouple, aku plak alah/mabuk mengandung anak sulung yang sangat teruk. Keluar masuk hospital lah jugak.....tapi itu semua kami hadapi dengan tabah dan gembira lagi bahagia. Pastu lahir buah cinta yang pertama pada Sept 2009, dan kami bersama-sama belajar menjadi ibu dan ayah sendirian di bumi Kertih.....

Ujian semasa membesarkan anak pun tak kurang hebat. Anak ku 2 kali merasa tidur kat hospital sebab demam panas dan bronchitis (kalau salah eja, jgn marah ek)....oh, tak dapat lupa bila mana anak sesak nafas, kena dikejarkan ke hospital dengan ambulan berserta bantuan oksigen....dan nak sampai hospital adalah dekat 2 jam.....seksanya. Tu belum kira 2 kali sesi terjah ke wad kecemasan Hospital Kemaman di tengah malam. Sedih...sedih....


Dan, yang terbaru, suami ku terbakar semasa bekerja di Kertih. Adeh. Dan, insyaAllah, selepas ini, kami akan berpindah dari Kertih. Kertih adalah sangat banyak kenangan. Sangat banyak kenangan manis kehidupan rumah tanggaku. PMO, Paka, Mesra Mall, rumah bernombr 6969 di Taman Sri Kertih, rumah bernombor 3 Jalan 1, Rantau Bukit, East Coast Mall, Kuantan, Pasar Payang, Pantai Kemasik, Pantai2 lain....dan macam-macam lagi.....sangat best! Oh, juga sahabat-sahabat usrah yang sangat macam keluarga....walaupun aku malas gi usrah....astagfirullahal'adzim.....kawan-kawan pejabat, PME7.....semuanya....sangat lah tak boleh lupa.

Semoga kehidupan aku dan suami bersama anak akan lebih membahagiakan di hari-hari mendatang.

Sunday, January 23, 2011

Dikau cintaku...selamanya

Jiwang sket sekali sekala ok je kan...
Hari ni, seperti hari-hari sebelum ini, saya akan setia temani abang bila tiba masa melawat. Jarang dapat masa berdua je. Selalunya mesti ada orang-orang lain yang turut nak temani abang. Ramai yang sayangkan abang saya neh...huhu.




Tadi, seperti biasa, kami borak macam-macam topik. Memang tak pernah kering idea bila berborak dengan insan tercinta kan. Tiba-tiba sahaja masa dah tak mencukupi. Sungguh la indah bila dapat bersama chenta hati kan kan....oh, apa yang berlaku tadi....sungguh menyentuh jiwa perempuan ku.

Saya browse blog kesayangan abang. Bacakan sajak istimewa yang dia karangkan sempena ulang tahun ke2 ikatan cinta kami. Saya cuba tahan sebak yang menguasai diri apabila setiap bait sajak saya bacakan untuknya. Scroll lagi ke bawah, jumpa lirik lagu yang dia dedicate kan untuk saya. Lagu Mahier Zain, For The Rest of My Life....


I praise Allah for sending me you my love
You’ve found your home and sail with me
And I’m here with you
Now let me let you know
You’ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For opening my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And I asked Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah

All I know I found myself
I feel so strong
Yes every thing was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

Now that you’re here
In front of me
I strongly feel love
And I have no doubt
I’m singing it loud
That I will love you eternally

For the rest of my life
I’ll be with you
I’ll stay by your side
Honest and true
Till the end of my time
I’ll be loving you
Loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I’ll thank Allah
For open my eyes
Now and forever I
I’ll be there for you
I know it deep in my heart

Abang cuba nyanyikan lagu ni untuk aku walaupun suara dia memang serak sakan. Oh, suara abang adalah sangat serak dan perlahan sejak hari tu. Mungkin kerana luka di dalam. Terlalu banyak tiub dijolok ke dalam mulut nya, so memang ada pelbagai luka kat dalam tu. Semoga suara abang dapat kembali seperti dulu. Saya sangat tak tahan rasa nak nangis. Tapi saya tahan jugak. Kemudian saya cepat-cepat download lagu tu dengan telefon. Terus pasang. Sebab saya tak ingat lagu nih....boleh tak....then bila dengar je lagu tu berkumandang, abang terus nangis......meleleh-leleh air mata dia meluru laju. Ya Allah, tahan lah diriku dari menangis di depan dia.....sampai habis lagu tu.
Saya nak cover sedih. Saya buat-buat tanya pasal lagu ni. Tapi memang saya tak ingat pun lagu ni sebelum ni. Hahaha....  Saja-saja je baca lirik dia, then tanya lagu ni untuk siapa....abang cakap, untuk isteri laa...pastu saya kata, ni untuk isteri Maheir Zain lah, jangan lah sedih. Tapi dia tetap nangis. Adeh....pastu saya tanya, abang teringat saya ke bila dengar lagu ni.....dia angguk je. Saya tanya lagi, abang sayang saya ke? Dia kata, sayang laaaa..... Saya tak tahu nak cakap apa sebenarnya, maka timbullah soalan-soalan pelik neh. Padahal nak suruh dia stop nangis....pastu cepat-cepat saya reka cerita, dengar suara nenek dia datang. Cepat, benti nangis. Hahaha...padahal tak ada pun nenek datang lagi. Bukan apa, kalau dia tak benti jugak nangis, memang confirm saya pun akan turut nangis sket lagi. Mujur dia dah stop.


Tapi, oh.....abang memang jiwang. Very loving walaupun tengah sakit-sakit neh. Rasa nak cium je dahi dia tadi, tapi tak dapek ler....muka nya masih tak sembuh, tangan pun berbalut....adeh. Saya sangat bersyukur bersuamikan abang. Saya memang tak sweet, tapi mujur abang sweet, jadi boleh balance. Masa bercinta sebelum kahwin pun saya tak ingat apa-apa kisah antara kami. Bila tanya abang, dia pun tak ingat sangat. Kami hanya betul-betul ingat kisah nak gi beli cincin nak tunang. Ntah caner decide nak tunang pun dah tak ingat dah....hahaha....agaknya sebab tak ada cinta-cinta sangat kot. Semua Allah dah atur. Kenal, kawan, tunang, terus kahwin. Kawan-kawan satu ofis tak tahu pun. Tahu-tahu nak kahwin je. Hehe....memang benar janji Allah, cinta selepas kahwin memang sangat sweet dan bermakna. Apa yang penting, keberkatan dan keredhaan dari Allah......dan alhamdulillah, masih diberi peluang menikmati nikmat cinta suamiku sehingga ke hari ini....dan semoga berpanjangan hendaknya. Amin.

Saturday, January 22, 2011

Si Manis yang pandai berdikari.

Kasihan anakku. Sudah sebulan lebih dia kekurangan perhatian dari mama dan ayahnya. Dia kini dibawah jagaan makcik suamiku. Aku hanya dapat bersama Yaya beberapa jam sahaja dalam sehari. Tapi, lagi kasihan suamiku, langsung tak berpeluang berjumpa Yaya sejak kejadiaan hari tu. Abang sangat rindukan Yaya. Mudah sangat dia sebak kalau teringatkan Yaya. Yaya pun sentiasa teringatkan ayah nya. Tidur mesti berselimutkan kain pelikat ayah. Kalau dia nak ayah, dia akan bawakan handphone ku yang ada gambar ayahnya untuk dilihat gambarnya. Sekarang, bila aku tunjukkan gambar terbaru ayahnya, dia memang tak kenal langsung. Adeh.

Jom tengok gambar si cilik mama yang pandai berdikari, main sendiri2 dan pandai bawa diri bila mama ngan ayah tak ada. Dia pun tak kisah setiap kali mama cakap bye bye......dia pun bye bye mama balik. Very clever girl!











Alhamdulillah...Syukur!

Mak kata, dalam setiap ujian yang Allah bagi tu, mesti ada hikmah nya. Semua orang pun kata gitu. Dan mak kata lagi, hikmah tu adalah rahsia Allah untuk kita. Kita tak tahu, apa yang Allah nak tunjuk atau nak beri pada kita dalam setiap ujian tu. So, jangan dipersoalkan mengapa dan kenapa kita yang menerima ujian sebegini. Kita hanya perlu terima, sabar dan redha....dan nescaya hati kita akan tenang, dan segala nya akan dipermudahkan untuk kita berusaha menghadapi ujian itu. Ya, saya pasti itu. Kerana Allah lebih mengenali saya dan suami, serta keluarga....dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan kita semua.

Semasa abang dalam keadaan kritikal dan tidur yang panjang, saya berdoa dan sangat berharap agar Allah bagi lagi saya peluang untuk melihat suami tersenyum, untuk berbual mesra dengan suami dan terus menjadi seorang isteri yang solehah buat suami tercinta. Dan, kini, Allah makbulkan. Sesungguhnya, adalah satu kenikmatan dan kemanisan yang tak terungkap bilamana doa, harapan, rayuan kita yang sangat mendalam.....terlaksana. Sungguh, ianya sangat manis. Terasa betapa dekat sangat kita dengan Allah dan pertolongan-Nya.

Kini, selepas 40 hari....saya sangat gembira. Senyuman abang tak lekang di bibirnya. Doktor juga telah mengesahkan, tiada pembedahan tambahan atau skin grafting untuk abang. Amazing! Abang suffered 22% of burn and have 3rd degree burn at his face and hand. Normally, doktor akan buat skin grafting, atau tampal kulit dari mana-mana bahagian lain badan pada bahagian yang terbuka. Tapi, doktor abang mencuba untuk menggunakan krim herba China (MEBO dressing) untuk rawatan luka abang. Alhamdulillah, dalam masa 40 hari ini, semua luka telah baik dengan cepat. Kulit juga tumbuh dengan baik. Cuma, masih bersisa sedikit luka yang belum sembuh di bahagian telinga. Mungkin kerana sturktur telinga yang tidak rata, maka ianya memakan masa sedikit. Dan InsyaAllah, doktor kata, dalam 2 minggu lagi, telinga itu pun akan kembali tumbuh kulit sepenuhnya seperti biasa. Amin.


Di atas, gambar abang beberapa hari sebelum kejadian. Berisi lagi masa nih. Huhu....



Wajah abang selepas 39 hari kejadian.....telinga masih ada kain gauze yang diletakkan MEBO. Dah cengkung dan agak gelap sebab pigmentation. Banyak lagi stage nih...huhu

Thursday, January 13, 2011

Lirik: Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ILAHI....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Sebulan dah berlalu~

Esok adalah 14hb....maka dah lebih sebulan tragedi 14 December itu berlalu. Hari ini saya sangat sibuk. Ada 3 appointment dengan doktor dalam masa satu hari. Memang penat. Appointment pertama dengan respiratory specialist. Follow up untuk batuk saya yang dah tersangat lama. Alhamdulillah, semua result ok. Cuma saya alah pada dust mite. Doktor Lee yang merawat saya itu pun sangat ceria kalau nak dibandingkan dengan 2 minggu lepas. He said, you should be thankful with your husband's doing right now after we nearing loss him........oh, sayu nyer dan tersentak sekejap bila dia cakap macam tu. Apa2 pun, alhamdulillah.

Then, jumpa doktor Gangaram, dermatologist, sebab Alyaa ada rashes. Nampaknya, Alyaa pun follow mama. Alahan jugak. Then, petang, ada slot dengan psychiatrist, Dr Nor Hamidah. Dia sangat lovely. Saya suka. Dia cakap saya nampak much better compared to previous session. Ya, alhamdulillah, dah boleh menarik nafas lega selepas keadaan suami sudah keluar dari danger zone. Sekarang, recovery stage pulak.

After setel semua kerja-kerja dengan para doktor, baru saya sempat ziarah suami tercinta. Dapat spend masa lebih kurang 40minit. Ok lah tu. Saya memang tak banyak spend masa dengan dia sebab....hurmm....saya rasa mak dia lagi utama untuk bersama anak tersayang. Lagipun, saya boleh spend dengan Alyaa.

Oh, perkembangan abang untuk hari ni. Keliru dan lupa-lupa tu masih ada. Dia kata anak dia umur 10 tahun. Tapi makin banyak dah dia ingat. Awal-awal dulu, isteri dia pun dia tak ingat. Then, nurse kata, dia dah boleh step 2 langkah tadi. Alhamdulillah. Dah boleh duduk tegak lama sikit dari hari sebelumnya. Dah dapat tidur dengan betul-betul nyenyak walaupun hanya sejam sahaja. Nurse dah try bagi dia rasa orange juice. Feeding pun dah increase kepada 3 jam sekali, tapi masih lagi susu melalui tiub. Minum air melalui picagari pun dah makin better, dah tak tersedak, batuk-batuk.

Kebetulan, Dr Nor Hamidah pun datang untuk borak-borak dengan abang. Dia menangis teresak-esak bila doktor bercakap dengan dia. Dia kata, dia takut. Ya, itu normal. Siapa tak takut kalau dah berdepan dengan situasi seperti dia. Even kawan-kawan dia yang terlibat pun menangis bila teringat kejadian tu. Dan ada yang masih belum hilang trauma after sebulan berehat. Abang pula, baru bangun dari tidur yang panjang, jadi, perkara itu masih segar di ingatan dia. Dia juga cakap, belum bersedia untuk bertemu dengan kawan-kawan dia. Oh, saya sedih tadi bila doktor tanya, dia nak balik kerja di Kertih atau tak....terus dia nangis dan cakap tak nak lagi balik Kertih......oh, dalam nya trauma mu sayang.

Oh, saya sangat kepenatan sejak dua menjak nih. Terlalu banyak perkara yang telah dilalui. Saya kena bertahan dan teruskan meningkatkan kekuatan diri. Saya dah kena start buat planning untuk teruskan hidup selepas ini. Urusan pertukaran kerja, pindah rumah, cari rumah, jaga suami, sekolah baru anak.....dan macam-macam lagi. Bertabahlah duhai diri. Allah kan ada :)

Monday, January 10, 2011

Day 28.....

Alhamdulillah, segala puji hanya selayaknya bagi Allah SWT. Sepanjang minggu lepas, adalah saat yang sangat kritikal. Abang mengalami 'sepsis' dan dalam masa yang sama telah menyebabkan 'septic shock'. It was the hardest time for me. Apa lagi yang boleh kita buat bilamana doktor berpesan, just be prepared if anything happen to him, because he is very critical...........aku sangat takut.

Tapi, Allah Maha Kuasa. Abang kembali stabil apabila antibiotik yang tepat mula bertindak. Tiada lagi demam tinggi 40-42 degree, sel darah merah, darah putih, albumin semua kembali meningkat selepas menurun ke tahap yang membimbangkan. Dan dalam tempoh 72jam tanpa demam, abang sudah tidak memerlukan tiub untuk bantuan pernafasan. Dan hari ni, tiada lagi tiub untuk urine. Tapi, abang masih mendapat sumber makanan utama melalui tiub. Abang masih dalam proses untuk belajar menelan semula. Baru belajar nak telan air dengan picagari.

Esok, genap 4 kali Selesa selepas tragedi hari tu. Bermakna, dah sebulan abang terlantar. Abang dah sangat kurus!! Macam yang pernah ku lihat dalam gambar dia semasa di sekolah menengah. Dan aku? dek kerana asik makan dan tidur sahaja, maka tiada penurunan berat badan di sini ya, walaupun heartbeat aku sentiasa bergerak laju...hehe.

Selepas bangun dari tidur yang panjang, abang adalah sangat berbeza. Dia seolah-olah langsung tidak mengingati tentang kejadian hari tu. Dia nampak sangat susah untuk mengingati apa-apa yang berkaitan dengan dirinya. Dia adalah sangat keliru. Acap kali dia bertanya, rumah siapa dia berada sekarang?
Kadang-kadang, abang bertanya soalan-soalan yang pelik. Adakalanya dia menggunakan istilah perubatan yang aku pun tak faham. Dan dia banyak berbahasa Inggeris. Haha....nampak sangat dia terpengaruh dengan perbualan doktor-doktor yang sentiasa ada dekat dengan dia semasa dia tidur hari tu.

Aku cuba sedaya upaya untuk meluangkan lebih masa bersama abang. Di sini, ahli keluarga pun perlu mematuhi masa melawat yang ditetapkan untuk bersama abang. Selepas hari ke tiga abang sedar sepenuhnya, dia langsung tak nak tidur. Paling lama pun setengah jam. Dan dia lebih kerap menangis. Aku telah dipesan agak tidak menunjukkan emosi sedih di hadapan dia. Tapi, tadi, aku tak mampu menahana titisan air mata bilamana dia menangis teresak-esak bila melihat aku datang, dan kemudian hanya memandang padaku, tangannya mengusap kepalaku....tanpa berkata-kata. Jauh dalam anak matanya, aku tahu, ada seribu macam perasaan yang bermain dalam fikiran dia. Jelas kelihatan, wajah ketakutan, kesakitan, sedih dan macam-macam lagi. Aku hanya mampu meyakinkan dia, bahawa semua ini akan berakhir. Semua nya akan kembali pada normal. Apa yang penting, dia selamat. Tapi, aku hanya mampu memberi kata nasihat, sedangkan hanya dia yang tahu betapa beratnya apa yang dialami nya itu.


Abang, bersabarlah. Tabahlah. Terimalah semua ini dengan redha. Allah sayangkan kita. Saya yakin, semuanya akan kembali baik seperti sedia kala....Allah dah berjanji, dalam setiap keperitan, akan datang selepasnya, kesenangan dan kemudah. InsyaAllah.
 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template