Monday, December 19, 2011

Visit to Tropicana City Mall

Source: http://www.flickr.com/photos/ricepuppy/



Hari Ahad lepas, iaitu semalam....my sayang ajak gi kenduri kahwin member sekolah dia dulu. Aku pun apa lagi, suka bebenor gi makan kenduri kahwin ni. Suka nak tengok deko pelamin dan baju pengantin...hihihi...shantek shantek. Kenduri adalah berlaku di Dewan Bandaraya Shah Alam Seksyen 19. Tak ada pulak gambar yang di amek sebab kitaorang memang jenis pemalu nak bergambar dengan orang. Hahahaha.

Kebetulan masa sampai tu, pengantin pun baru je naik pelamin untuk acara merenjis. Lepas makan, kami kena lah menunggu sampai pasangan mempelai dapat their own time untuk jumpa guest. Kami menunggu dari acara merenjis, makan beradab, potong kek, family photo session....then baru my sayang sempat naik pelamin untuk jumpa pengantin. Lama wooo...tapi mujur dia nyer food sangat sedap, so aku enjoy makan je sambil menunggu. Kalau kata lama sikit lagi menunggu, for sure aku akan makan untuk round ke2. Huhuhu.

Lepas selesai di majlis kenduri, kami pun teruskan sesi menghabiskan masa hujung minggu. My sayang ajak singgah kat satu mall yang kitaorang tak pernah singgah lagi. Katanya, alang-alang dah datang belah sini, pusing lah tengok tempat orang kan. Dia decice nak gi Tropicana City Mall. Tengok website dia macam best. Lokasi kat area PJ kalau tak salah. Tepi Sprint Highway. Aku suka je kalau nak gi shopping mall ni. Dah lah aku dah rasa nak gi toilet yang amat sebab dari tadi kat tempat kenduri aku asik minum je kerjanya. 

Bila dah sampai, berkobar-kobar kami masuk. Tempat pertama of course nak cari ladies room. Punyalah mencari sampai aku terlanggar dinding kaca sebab sambil kaki melangkah mencari toilet, mata lak kusyuk dok usha gelang Pandora yang dipamer kat dalam dinding kaca. Sakit dan malu woo bila terlanggar dinding kaca...tapi aku buat dunno je nak cover malu kan. Hik hik hik.... Then bila masuk toilet, aku tengok kat dalam tu semua Chinese je. Ramai pulak tu. So kena beratur. Bila sampai turn aku, masuk je toilet, tengok tak ada kepala paip. Jenis lap-lap dengan tisu je. Adoi laa....panas lah jugak hatiku sebab aku dah lama kot menahan. Terus keluar dan ajak my sayang balik. Hilang terus mood nak shopping.

My sayang macam blur-blur what happened....then bila aku citer kat dia, dia pun ok nak balik. On the way balik, singgah lepaskan hajat kat R&R je. Kalau boleh dah tak nak jejak lagi shopping mall tu sebab aku rasa seperti satu penghinaan besar kalau mall kat Malaysia buat kerja macam tu. Nampak sangat dia nyer intention not for Malay guest. Patut lah golongan cinok je ramai kat situ. Kalau kat oversea aku tak kisah lah sebab dah memang culture derang macam tu. Tapi, kalau negara Tanah Melayu ni ada mall macam tu, memang jahat laa. Belum sampai tahap darurat tak jumpa air untuk beristinjak pakai tisu kot kalau kat Malaysia ni. Lagi satu, kalau mall yang memang mostly tokey cinok nyer owner, memang lah akan design surau (yang sepatutnya tempat suci untuk mengadap Allah) tu kat area yang macam tak suci. Kat toilet lah, kat parking lot lah....haishhh....macam agama Islam itu tertindas lak di negara Islam.

Grr Grr Grr..... Tu belum gi food court dia lagi, ntah-ntah nak cari tempat makan yang diyakini halalan toyyiban pun payah, wallahu'alam. Kalau setakat tulis besar-besar 'pork-free' tu tak semestinya halal yer. Semoga kita lebih berhati-hati.

1 comments:

  1. pergh.. giler x best.. kalu bw anak2 lagi musibah ma.. nwy, abang kite kate kt sunway piramid pun toilet die pun camtu.. hilang selera nak singgah... mmg seperti Islam ni ditindas jer.. WA

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template