Wednesday, December 21, 2011

Update Penama EPF, Life Insurance, Wang Simpanan ETC

Tiba-tiba je rasa nak update semua benda yang berkait rapat dengan harta peninggalan selepas mati. Dah nak mati ke???

Itu soalan yang banyak aku terima bila sebut je pasal isu ni. Hurmm....sebab masih belum mati dan confirm akan mati lah kita kena buat cepat-cepat. Kalau lah kita tahu kita nak mati 13 tahun lagi, boleh lah kita nak tunggu 12 tahun lagi baru nak gi update. Tapi, sebab kita tak tahu bila kita nak matilah yang kena buat cepat-cepat. Sila insafi diri.

Aku terfikir semua benda ni dah lama. Nak-nak pulak lepas suami terchenta terjebak dengan insiden kebakaran yang hampir meragut nyawa. Pastu, kebetulan pulak aku ada gi talk pasal wasiat, hibah dan faraid ni, terus berkobar-kobar keinginan nak update status penama untuk semua akaun yang terlibat.

Rata-rata yang aku dengar dan jumpa, kalau si suami akan letak nama isteri, tapi si isteri amat sensitif nak letak nama si suami. Tapi ada gak ler kes suami risau kalau isteri jadi janda kaya, so tak nak letak nama isteri. Isk isk...sampai dah lepas mati masuk kubur pun manusia masih tamak dan fikirkan duniawi. 

Terpulang lah pada individu pasal nama siapa dia nak letak. Kalau dia nak bagi terus ikut portion, sila lah buat hibah agar tidak terus ke faraid. Tapi kalau nak faraid kan je semua, sila lah lantik penama yang amanah dan jujur sebab si penama hanyalah pemegang amanah untuk keluarkan duit si mati, then sepatutnya si penama kena usahakan untuk lunaskan hutang si mati, then baki nyer kena plak bahagi ikut faraid. Si penama or trustee tu kenalah yang boleh buat kerja sebab, kalau letak nama anak umur 3 tahun sebagai pemegang amanah, kena lah tunggu dia umur 18 tahun baru leh dia uruskan duit tu. Habis, yang tinggal nak makan apa sementara si kecik tu nak membesar....huhuhu.

Kalau boleh penama tu, letak lah lebih dari sorang. Bukan apa, kalau letak nama suami je, udah lah kita ni selalu gi mana bersama, kalau eksiden mati dua-dua orang kan naya. Ahli dan penama sekali mati serentak. Isk isk isk.....

Hanya sekadar perkongsian...cecepat lah bertindak yer :)

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template