Thursday, December 29, 2011

Umur Sesuai Untuk Hamil Lagi.

Just read from Parenting website.....for my own references and also the rest :)

Google Image

Age 20's
Tahap umur paling best untuk mengandung. Menurut purata, tahap kesuburan paling maksima adalah ketika umur mencecah 24 tahun (erkk...aku dah lepas). Antara kebaikan  jika kita memilih untuk mengadung pada umur range 20an adalah kurang risiko untuk abnormality pada telur. Maknanya telur-telur yang terhasil pada usia muda adalah telur yang berkualiti. Kalau tak caya, boleh try telur ayam dara dengan telur ibu ayam yang dah tua...mesti lain. Ahiks.. 

Di usia ini juga, kita akan kurang risiko terhadap komplikasi lain seperti penyakit darah tinggi dan diabetis sebab masa ni selalunya orang tak ada lagi cholesterol tinggi bagai. Badan pun masih tak over berisi lagi. Lemak tepu pun tak banyak lagi kan. Dan lagi, kita masih muda dan bertenaga untuk usung perut yang membesar. Selepas melahirkan, kita juga akan lebih cepat sembuh sebab sel-sel masih pesat bertumbuh. Tapi ada keburukan juga. Iaitu dari sudut emosi dan maturity atau kematangan, tika usia begini, kita masih dalam proses belajar untuk mengenali kehidupan. Agak sukar untuk mengawal dan mengekalkan emosi yang sentiasa positif. Dari sudut kewangan juga, di kala usia masih muda ini, masih belum stabil.

Google Image





Age 30's
Wahai kaum perempuan sekalian. Ketahuilah tika usia menjejak angka 30, tahap kesuburan seseorang wanita adalah kearah penurunan. Wanita berusia awal 30an dengan wanita selepas 35tahun mempunyai tahap kesuburan yang berbeza. See, betapa cepat nya frasa penurunan tahap kesuburan dalam sekitar 5 tahun sahaja. Peluang untuk mengandung di awal 30an juga lebih rendah berbanding di usia lewat 20an. Risiko terhadap birth defect juga meningkat. Peratusan untuk mengalami keguguran, ectopic pregnancy atau komplikasi lain juga meningkat. Di usia begini, kita lebih mudah diserang tekanan darah tinggi dan diabetis ketika hamil. Dan semua ini akan terus meningkat, seiring dengan peningkatan usia terutama selepas 35 tahun ke atas. Tapi, dari segi financially dan emotional plak, kita akan lebih stabil dan matang. Parenting skill pun dah tahap OK dan tenaga kita juga masih di tahap yang stabil.

Age 40's
Umur selepas 40an, peluang untuk mengandung sudah makin tipis. Most probably sebab tahap ketahanan dan kualiti telur yang dihasilkan adalah makin menurun. Menurut kajian, 24-54% peluang untuk mengalami keguguran jika hamil pada usia di antara 40-44 tahun. Risiko penyakit sampingan seperti tekanan darah tinggi dan diabetis pun berganda. Dan, selepas menjangkau usia 46 tahun dan ke atas, almost impossible untuk seseorang wanita itu hamil dengan telur sendiri. Patut lah kita tengok minah saleh yang pregnant di usia lanjut ni akan menggunakan telur atau benih dari orang lain(donor). Tapi dari segi emosi plak, kita akan lebih ke arah wiser parents. Financial, experience and relationship dengan partner pun dah stabil gitu. Tapi dari segi energy tu, tak pasti lah. Mesti lebih mudah untuk dapat sakit lutut dan pinggang nak ngusung perut besar. Adeh.

Google Image

Apa-apa pun, anak ni rezeki dari Allah. Kalau kita dah set target nak plan gini gitu, every 2-3 years nak beranak or selang setahun nak beranak, kalau Allah izin, dengan mudah jer ianya berlaku. Berdoalah yang terbaik untuk kita semua. Tiba-tiba lak post pasal ni sebab ramai sesangat yang bertanya bila nak ada 2nd baby...hurmm...Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-Nya.


0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template