Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia...Episode Akhir Sudah....


Alamak, tak sangka, belum puas lagi ngadap cerita ni....dengar-dengar dah nak sampai last episode. Adeh. Standard cerita memang macam tu ek....awal-awal macam slow, pastu peak....tiba-tiba treettt terus habis. 

Awal-awal dulu, aku tergerak hati nak tengok cerita ni sebab asyik terbaca twitter Nora Danish yang comel itu asyik promo pasal cerita ni. So, ternanti-nantilah tayangan nya kat tv.

Disebabkan aku suka tengok muka Nora Danish yang cun tu, aku pun tekad nak tengok citer ni walaupun timing dia tak sesuai. Tapi tak per, aku sanggup tengok kat tonton atau youtube je. Adalah tak senonoh kot nak ngadap tv time maghrib memandangkan aku tinggal dengan orang tua....mak ngan abah mertua lak tu...ahikss. Kena lah beradab kann.....kalau kat umah sendiri, lain cerita. Hihihi...

So, petang ni semua orang tak sabar nak hadap episod last, tapi aku kena tunggu tengah malam sket...sebab tonton lambat sket nak upload....hehehe....sanggup kau. Ok, jangan lupa temu janji Tentang Dhia Episod Akhir malam ini ya......huhuhu....

Aku paling tak sabar nak tengok apa lah balasan pada si emak mertua yang sangat lah tak berperikemanusiaan dan tak ingat nak mati tu....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template