Monday, December 19, 2011

Sedihnya Hati Seorang Ibu

Pagi tadi, semasa menghantar Alyaa ke taska, sepertia biasa dia akan menangis. Style menangis dia psiko sket sebab dia akan diam je, tiba-tiba air mata mengalir. Pastu amik hujung baju untuk lap air mata. Sayu wooo tengok. Heran gak lah naper dia asik macam ni je bila nak gi taska.

Sampai kat taska, tanya cikgu yang datang amik dia kat pintu pagar. Alyaa nangis lama tak? Sekali cikgu tu cerita lah yang Alyaa akan nangis sampai petang. Seyes aku nak tercabut jantung. Dia kata Alyaa tak bercakap, diam je duduk sorang-sorang, pastu asik mengelap air mata, sampai ke petang. Hari-hari macam tu. Tak berkawan dengan budak lain.

Waahhh...aku terkejut! Ini sungguh serius. Then, aku terdiam. Pastu cakap ok je lah. Pastu terus babai dan masuk kereta. Dalam kereta, seyes aku tak leh imagine apa laa perasaan Alyaa. Sedih nya. Sepanjang jalan aku nangis sampai lah kat ofis. Mujur mata tak bengkak, kang orang kata pompuan ni gaduh ngan laki ke haper....

Apa aku nak buat ekk??? Petang ni or pagi esok, aku nak jumpa cikgu besar dia lah. Nak tanya detail apa aktiviti anak aku sepanjang hari. Agaknya kelas dia ramai sangat kot, so cikgu tak leh nak beri perhatian kat dia. Mentang-mentang budak tu diam tak nangis kuat-kuat, dia biar je budak tu kat ceruk sorang-sorang kot. Kalau perlu tukar sekolah, aku kena cari yang baru. 

Tapi kebanyakan sekolah taska yang canggeh kat area rumah aku tu start kol 8.30pagi. Ada yang half day je. Susah gak tu. Adeh laa... Aku kena bincang dengan cikgu taska dulu ni. Macam mana nak tolong anak aku. Dan boleh lah kot minta tolong cikgu lebih involve kan anak aku dengan kawan-kawan yang lain. Patut lah bila balik taska je, dia akan mengada semacam. Nampak sangat dia nak kan perhatian. Oh little darling, mama sedey laa bila anak mama sedey hari-hari nangis memendam rasa gini.... :(

Anak orang lain macam mana boleh pergi taska dengan happy-happy je ekk???

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template