Saturday, December 31, 2011

Salam Tahun Baru Masihi 2012

Google nyer New Year Header



Tahun lepas, penutup kepada tahun 2010, kami diuji dengan ujian besar apabila suami terbakar. Kemudian terus berada di hospital untuk beberapa bulan. Masih segar di ingatan, pada malam tahun baru 2011, aku keseorangan di wad 4H, Prince Court Medical Center melihat bunga api di perkarangan KLCC. Keluarga mertua yang berada dia PNB Darby Park lagi lah dapat lihat bunga api dengan lebih clear dari depan taman KLCC. Suami pula...masih dibuai mimpi selepas ditidurkan sejak hari kemalangan. Hurmm....tapi tak ingat lah plak perasaan aku time tu...boleh ingat suasana jer. Baru setahun, dah banyak aku lupa....mungkin sebab dari awal aku macam rasa apa yang berlaku bagai mimpi....adeh. Tu pasal tak ada sekeping gambar pun aku ambil semasa suami terlantar tak sedarkan diri sebab aku tak nak ingat lagi mimpi ini selepas aku bangun ke dunia nyata.....boleh tak? Dan aku pun tak ingat bila aku boleh sedarkan diri akan hakikat yang aku tak bermimpi. Huhuhu...ada gak orang camni.

Sempena kedatangan tahun baru 2012, aku berdoa dan berharap agar kehidupan kami lebih membahagiakan dan kami dapat menjadi lebih baik. Sejujurnya, sepanjang tahun 2011, terlalu banyak dugaan yang kami lalui. Tahun ini juga, paling banyak perkara yang menguji kesabaran dan kabahagian hidup kami. Emosi ku juga paling hebat diuji. Tapi, kini, dah melangkau ke tahun baru. Walaupun perit, kami berjaya jua tempuhi untuk tempoh setahun ini.....dan sangat berharap agar tahun mendatang akan lebih membahagiakan.

Sungguh, aku tak berani untuk terlalu berharapkan sesuatu yang indah-indah. Kerana kalau terlalu berharap, bila lain yang dapat, aku pasti akan kecewa yang teramat. Biarlah masa dan takdir sahaja yang mencorakkan hari yang mendatang. Aku hanya mampu pasrah....bak kata Mila dalam Ombak Rindu, redha itu rela dan pasrah itu menyerah....berbezakan? Semasa menonton Ombak Rindu, hanya part ni yang aku mengalirkan air mata bila dengar skrip Mila tu.....dah ending pun...huhuhu.

Disebalik apa yang telah Allah takdirkan, pasti ada hikmah yang amat manis disebaliknya. Walaupun baru menginjak tahun ke-4 usia percintaan kami, tapi selepas diuji dengan pelbagai cubaan, ternyata cinta kami makin utuh. Semoga Allah redhai cinta kami. Di tahun mendatang, aku berharap agar dapat membaiki diri menjadi isteri yang lebih baik, ibu yang lebih baik dan anak yang lebih baik. Amin.

2 comments:

  1. ...dan juga kakak yang sentiasa terbaik buat adik2 :D

    ReplyDelete
  2. semoga tahun 2012 ni membawa seribu keberkatan dan kebahagian....

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template