Saturday, December 10, 2011

Orang Gi Bercuti, Kitaorang Pun Nak Gak....

Alkisahnya, telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Masa tu cuti Awal Muharam. Kitaorang tak ada plan pun nak habiskan cuti ke mana-mana. Tapi entah mengapa, secara tiba-tiba sahaja datang keinginan nak gi cuti-cuti Malaysia, nak tidur kat hotel. 

Idea datang pada hari Jumaat, dan plan nak gi cuti-cuti pada hari Sabtu. Dah lah cuti sekolah plus cuti Awal Muharam, kitaorang memang tak target dapat hotel best ler. Aku macam suggest kat husband nak book hotel around KL yang agak ok sket utk rehat-rehat dan bagi anak main pool je, tapi of course lah kena gelak ngan dia. Dah duduk KL, nak gi cari hotel kat KL jugak lah kan. Hahaha.

Pastu dia pun plan nak gi jauh sket, ke Melaka. Aku pun tak pernah lagi jejak kaki ke bandar Melaka walaupun selalu ikut husband balik kampung dia di Brisu, Melaka. Aku follow je lah bila dia kata nak gi Melaka. Maka gigihlah beliau mencari hotel-hotel yang available untuk last minute booking. Memang hampir putus asa dah. Husband siap cakap, walau apa pun, dia nak gak bawa kitaorang gi tidur hotel. MyHome hotel yang kat belakang rumah pun dia sanggup asalkan tidur hotel. Gila sangap.

Cari punya cari, akhirnya dia dapat. Sebuah hotel baru. Hotel Marvelux. Rate pun ok. So, kitaorang pun bergerak ke Melaka tengah hari Sabtu. Target leh sampai petang lah. Sekali hamik kau, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Jalan kat highway clear, tapi bila sampai kat Bandar Melaka tu, jem tak hengat. Kitaorang sampai hotel tu dah malam. Perut lapar, tapi kitaorang decide nak gi check in dulu sebab takut bilik yang di book kena jual kat orang lain sebab hari dah malam. Check in kan sepatutnya pukul 3pm. 

Bila dah sampai hotel, memang lah teramat baru. Apa pun tak ada kat area sekeliling tu. Sekadar rumah kedai yang di convert menjadi hotel. Mujur hotel tu selesa dan cantik sebab masih baru. Lepas check in, kitaorang gerak menghala ke town semula. Tapi, sekali lagi kami terperangkap dalam jem teruk. Bila dah sampai shopping mall kat Dataran Pahlawan, kedai pun dah nak tutup. Dengan lapar dan letih, aku rasa hangin semacam jek. End up kami tapau muffin, kek dan kopi kat Starbuck je....tu pun dia dah tak nak panas kan makanan sebab dia dah nak tutup sangat-sangat dah. 

Time nak balik, sekali lagi kami terperangkap dalam jem teruk. Huwaaaa....kesian laki ku asik dengar bini dia ni membebel. Padahal niat murni beliau nak happy kan aku, tapi lain plak jadinya. Lapar weh. Then, bila dah tengah malam, sampai je kat bilik, terus melantak apa yang ada. Alhamdulillah dapat tidur dalam keadaan kekenyangan. 

Besoknya, selepas bersarapan yagn disediakan oleh hotel, kami pun decide nak balik KL terus. Reason.....sebab dah serik wooo ngan jem di bandar Melaka.....tak mo pi dah bole?? Hehehe. Lagipun kami memang target nak sampai rumah awal sebab nak buat spring cleaning......sebab parents in law nak balik dari menunaikan haji malam tu.....adeh.

Maka selesailah percutian kami 3 beranak. Hahahaha......janji happy bersama kan :)


***Tak dapet nak upload sebarang gambar sebab gambar yang aku semangat snap kat hotel tu ntah naper tak ada dalam memory card camera ku...apakah???

1 comments:

  1. part jem tu aku dah kena..gila rasa nak makan kerusi..grrrr...aku dah bebai tahap gorilla,dahla pregnant si kembar time tu..mau boleh tambah sayap kat keta dan terbang,dah buat dah kut..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template