Friday, December 23, 2011

Lunch at Chakri Palace - KLCC

Semalam aku ngan chenta hati amik cuti untuk selesaikan beberapa perkara berkaitan family. Bila urusan dah selesai, kitaorang decide nak abihkan masa di KLCC. Kebetulan masa sampai KLCC adalah lunch hour. Kalau time gini, nak menempek kat food court memang tak arrr...Tak sanggup ku nak berebut tempat duduk yang belum tentu ada ke idak tu.

Memandangkan perut pun dah berlagu riang, kitaorang pun decide nak makan kat mana-mana yang ada seat dan tak kena tunggu lama sangat. Bila lalu restoran siam tengok ada lagi tempat. So kitaorang pun masuk lah ke Chakri Palace. Sebelum ni aku penah makan tom yam pelik kat sini. Tak ingat nama dia, tapi pelik laa. Tapi kali ni aku nak try benda lain plak.

Kitaorang pun order makanan yang simple sebab target nak makan setengah jam je. Ada misi lain plak lepas tu. Mujurlah tunggu pun tak lama. Aku order mihun tomyam (nama Thai dia tak ingat) dan my husband order Nasi Goreng Ikan Masin (pun tak ingat nama Thai dia).....

Penyambut tetamu di atas meja.

Carrot juice tanpa susu & ice tea

Tom Yam W/Sen Talay a.k.a mihun tom yam kot

K/Phad Kana a.k.a nasi goreng ikan masin kot sbb ada ikan masin...huhu


Rasa dia memang kena lah dengan tekak kitaorang. Sedap dan rasa ok lah dengan harga mereka. Tapi tak leh makan selalu sebab nanti kopak. Pastu size hidangan pun comel je size perut awek siam yang kiut miut tu. Elok lah kalo orang yang nak kawal jumlah intake pemakanan sebab dia tak banyak pun. Try lah yer...hihihihi.


Jumlah bil untuk 4 jenis pesanan ini adalah: RM70.20 (campur 10% service tax dan 6% cukai utk BikMama).

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template