Friday, December 30, 2011

Komen Ending Cerita Tentang Dhia

Ahikss....nak cerita Tentang Dhia lagi....fanatik sungguh laaa. Benda yang aku suka dalam part ending ni adalah rambut palsu Nora Danish...comel! Hahaha.

Komen aku, ending dia tragik habis la. Orang-orang baik seperti bapak, mak dan Dhia sendiri habis mati. Orang jahat lak panjang umur. Logik per. Macam sama je ngan keadaan sebenar sebab orang baik-baik ni memang banyak mati awal as compared tu orang jahat-jahat.

Dhia mati sebab kanser macam boleh terima la, tapi Zikir pun mati sama-sama ngan Dhia tu kelakar. Tak pe lah, nak buat camner. Agaknyer dia sedih amat dan nyesal sangat ngan kesilapan dia sampai leh datang angin ahmar....muda lagi plak tu. Kesimpulan nya, mari lah kita sesama mengamalkan doa Nabi untuk elakkan angin ahmar.

Dan agak tak puas hati sebab tak ada part pembalasan untuk mami Zikir yang super jahat tu. Jahat-jahat pun, kulit muka dia tegang licin maa....suka tengok. Huhuhu. Ada member aku komen kat fesbuk, kalau nak tengok pembalasan untuk mami Zikir tu, sila tengok cerita sambungan dalam Tanah Kubur. Hihihihih....

Oklah, tu je nak tulis. Sukalah tengok cerita ni....enjoy! Tapi lesson learnt macam tak banyak jek....

2 comments:

  1. hahah..sambungan tentang dhia dlm tanah kubur ye suna. like12. pandai suna link! hehe

    ReplyDelete
  2. patutnya kasi ler zikir merana sakit kuat dan mati seminggu after dhia, barulah nampak logik kan?

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template