Wednesday, December 28, 2011

Jujurkan Hati Dalam Berkawan?

Di sekeliling kita, walaupun ada teman yang kita rasa rapat, tapi kita tetap tak boleh baca apa ada dalam hati mereka kan..... Entah ada tulisan Jawi, tulisan German, tulisan Siam atau sebagainya....

Kesimpulannya, kita kena berhati-hati. Eh, terus kesimpulan dah. Ahaha. Sebenarnya, kita memang tak boleh anggap semua orang yang baik dengan kita itu suka dan sayang dengan kita. Ramai jer orang sekarang yang berkawan sekadar berkawan untuk memudahkan diri sendiri. Ye lah, kalau tak bertegur sapa dengan kawan-kawan keliling, kang jadi kera sumbang plak. Kang ada jamuan kat section mana-mana, kita tak ada geng plak nak gi sama. Atau karang kalau ada firedrill, kita tak ada kawan plak nak ajak berlari bersama. So nak tak nak kena lah jugak berkawan. Walaupun belum tentu kita atau mereka suka dengan peribadi masing-masing. Alah, setakat nak berkawan dari jam 8am to 5.30pm kat ofis je, tak payah lah nak kesah sangat pasal peribadi orang tu. Asalkan dia tak kaco idup kita udah.

Aku pasti, memang ramai orang macam ni di sekeliling kita. Kadang-kadang kita rasa best je kawan ngan orang ni. Baik je dia layan kita, tapi belum tentu dia suka dan sayang kita as kawan yang baik. Kalau nak kenal kawan yang ada keliling kita boleh dibuat kawan baik, cuba test derang ni time kita susah. Waktu kita tengah susah dan memerlukan bantuan seorang kawan, barulah kita boleh tahu yang mana kawan baik dan yang mana sekadar kawan 8jam sehari, hari bekerja sahaja.

Walaupun aku masih baru dalam dunia kerjaya, ye lah belum pun seploh tahun bekerja, tapi so far aku rasa dah berbagai jenis kawan yang dah jumpa. Memang ramai spesis kawan 8jam sehari ni. Hehehe.... Dulu, masa belajar, mungkin kita ada ramai kawan baik yang boleh share everything dan selalu je berpositif dengan kita. Tapi sekarang, kita tak boleh terlalu percaya dengan orang sekeliling. Kadang-kadang, kita anggap orang tu baik dan tempat kita nak share cerita-cerita peribadi, tapi tanpa kita ketahui, dia pun suka lah nak share cerita kita sampai satu ofis. Adeh.

Ada jugak jenis yang dia suka bercerita pasal family dia, dan kita pun suka jer mendengar sebab kita positif je dengan dia. Layan je dia bersemangat cerita perkembangan anak-anak, barang baru yang dibeli kat rumah etc....tapi bila part kita nak bercerita, terus air muka dia berubah. Mulut terjuih-juih...dalam hati dok kata kita nak menunjuk lah tu....aishhhh.... Tu belum lagi jenis dengki. Tak boleh orang lebih dari dia, dia pun nak ada sama atau kena lebih dari orang lain. Adoi laaa....

Ada jugak yang aku jumpa style nak perli-perli dan jatuhkan air muka kita di khalayak ramai. Standardlah kan kalau kita pakai baju baru gi kerja, then kita tanya kawan seofis, cantik tak kombinasi tudung dengan baju ni.....atau kalau kita pakai kasut dan handbag baru sedondon, then orang tegur perasan kita pakai benda baru, kita pun mesti tersenyum-senyum kan....tapi ada jenis manusia yang time ni lah jugak nak bantai kita dengan ayat-ayat pedas. Yang kadang-kadang memalukan kita, di depan ramai orang....adeh laaa....Contoh kes; "Alaahh, pesen baju ko ni corak lama laa....aku dulu beli bagi mak aku je 3 tahun lepas", atau "Alah, kalau setakat BMW 2nd hand tu tak payah lah nak bitau orang, lain lah kalo ko beli brand new"..... Orang macam ni memang tak payah lah nak gi tanya pendapat dia, nak pakai baju apa nak gi dinner company ke haper....semua pendapat dia adalah penuh dengki dan tak ikhlas.

Aku sendiri pun bukan lah baik pun. Ada gak part bersangka buruk ngan orang sekeliling. Hahaha...bukan apa, aku memang selalu sangat dah terkena dari dulu. Bila baik sangat dengan orang, then bila orang tu sakit kan hati kita, dan tunjukkan tindakan yang sebenarnya dia tak kesah pun pasal hati kita, so aku akan rasa sangat kecewa. Dan sekarang, aku pun tak nak baik sangat dengan orang. Boleh tak macam tu? Tapi dah memang ini situasi semasa....apa boleh buat.

Dan sekarang, sejak husband aku buat sharing pasal kisah dia, ramai orang dah tahu siapa husband aku, ramai plak nak berbaik bertegur sapa sebab nak tahu cerita lanjut. Seyes aku malas nak layan dan malas nak berbaik dengan orang lain. Kalau orang nak kata aku sombong ke haper, ada aku kesah?! Arrgghh rimas nya dengan dunia penuh kepura-puraan ini...sob sob sob....

1 comments:

  1. untuk pengetahuan hg,sejak2 aku keja,aku dah makin kera sumbang..makin tak reti bercakap dgn org,kalau orang tegur aku,aku baru senyum,sebab ada manusia yg gitu2lah..and sebab tu kalau ada peluang ja chatting ngan hg,macam nak tercabut keypad aku menaip..

    dan aku jadi semakin susah nak kekal positif..oh tidak,kena positif jugak..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template