Wednesday, December 14, 2011

Himalaya Shampoo Yang Best

Walaupun bertudung, rambut tetap kita kena jaga sebaiknya. Tak mo kasik berbau, tak mo nampak serabai, tak mo ada kelemumur, tak mo ada kutu, dan kalau boleh tak mo ada uban. Hik hik hik.

Memang rutin aku akan menggunakan anti-dandruff shampoo selang seli dengan shampoo biasa untuk jaga kulit kepala daripada kelemumur. Kepala kita kan selalu bertutup je, pastu aku plak memang sokmo apply conditioner masa basuh dan selepas basuh, so memang tendency nak jadi kelemumur sangat mudah. So, sebagai langkah pencegahan dan pengawalan, disarankan agar anda menggunakan shampoo anti-kelemumur atau anti-ketombe (dialek seberang) ini berselang seli dengan shampoo biasa.

Yang paling latest, aku guna Anti-Dandruff Shampoo from Himalaya. Sila rujuk gambar ye.


Ni bukan iklan berbayar ye. Tapi aku saja nak share benda best yang aku sendiri pakai. Seyes shampoo ni best. Bau dia pun aku suka. Yang paling penting, dia tidak mengeringkan rambut selepas menggunakannya. Sesuai untuk mereka yang berambut normal hingga kering. Dan rambut akan menjadi mudah diurus/disikat walaupun tak pakai conditioner. Huhuhu.....

Dan aku juga berhasrat lepas habis shampoo biasa yang aku pakai sekarang ni, aku nak pulak try dari rangkaian Himalaya jugak....
Protien Shampoo with Extra Moisturizing

Conditioner

Sekarang aku guna Dove...best jugak. Tapi dah lama pakai, so rasa nak bertukar angin pulak. Hik hik hik. 
Untuk mendapatkan rambut yang cantik, penggunaan conditioner adalah wajib. Letak je banyak-banyak tapi make sure tak kena pada kulit kepala. Nanti akan jadi punca kelemumur pulak. Letak kat hujung-hujung rambut je. Pastu bilas bersih-bersih. 

Aku ni jenis malas nak cuci rambut kerap. Seminggu dalam 3x je cuci rambut. Sekali dengan anti-dandruff dan 2x dengan shampoo biasa. Seeloknya orang kata, kena cuci rambut selang sehari. Pastu, aku jugak tidak rajin sikat rambut terutama selepas mandi. Kirai-kirai je dan keringkan pun kalau boleh secara natural. Guna tower je. InsyaAllah rambut akan kuat dan kurang masalah rambut gugur. 

Aku juga terima petua untuk melebatkan rambut, sikat rambut ulang-ulang sebelum tidur. Kalau boleh gunakan sikat yang kasar dan tekan kuat sket pada kulit kepala. Untuk melancarkan peredaran darah di bahagian kepala katanya. Sebenarnya macam-macam lagi petua orang untuk cantikkan rambut. Tapi aku hanya sekadar amalkan yang senang dan simple2 je.Huuu....rambutkan mahkota wanita. Pulak tu kalau nak pikat hati suami, kena lah make sure the whole body dari rambut ke hujung kaki wangi jeekk....heeee.

1 comments:

  1. terima kasih mamaSun for sharing.. i mmg tgh carik solution for hair fall .. lepas ni nak p cari this product..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template