Monday, December 12, 2011

Cara Panggilan Pada Orang Lain

Aku yakin semua orang akan suka kalau orang lain menghormati diri kita kan. Kalau orang greet kita dengan perkataan yang manis-manis, for sure kita senang hati je nak bekerja dengan orang yang sebegitu kan…..sebab nya, orang kita mostly suka dihormati, tapi kalau nak hormati orang lain tu, kena cek balik statistic lah kot. Hehehe…
Cuba korang hayati dialog ini:

Tuan A.Aziz:    Hai Marissa Najwa. Apa khabar? Marissa Najwa busy ke? Boleh ke saya nak amik masa Marissa Najwa sket untuk kita bincang kan pasal projek tanaman kacang kita?
Marissa Najwa:    Oh hai, saya sihat je. Boleh je nak discuss….
Tuan A.Aziz:     Begini Marissa Najwa. Saya nak minta tolong Marissa Najwa tengokkan keseluruhan budget untuk projek kita itu. Marissa Najwa boleh ke? Atau Marissa Najwa perlukan bantuan dari saya atau orang lain? Saya bukan apa, risau kalau Marissa Najwa terlalu banyak kerja lain untuk focus pada projek saya dengan Marissa Najwa ni.
Marissa Najwa:       Oh, tak ada masalah. I’m working on it. Saya akan cuba siapkan segera. Besok mungkin.
Tuan A.Aziz:     Good. Marissa Najwa, bagaimana kalau saya nak tambah scope untuk projek kita tu. Saya nak tambah lagi jenis kacang yang nak ditanam. Saya nak Marissa Najwa tambahkan lagi dalam budget kita. Marissa Najwa boleh buat tak? Saya nak tambah jenis kacang parang dengan kacang botol. Marissa Najwa tahu tak jenis kacang-kacang tu? Macam mana Marissa Najwa? Ok tak Marissa Najwa, ke saya dah membebankan Marissa Najwa?
Marissa Najwa:       Boleh, boleh. Tak ada hal.
Tuan A.Aziz:      Saya memang suka bekerja dengan Marissa Najwa. Cepat dan cekap. Terima kasih yer Marissa Najwa. Ada apa-apa yang Marissa Najwa tak faham ke pasal projek ni? Atau apa-apa persoalan yang Marissa Najwa nak tanya? Marissa Najwa boleh tanya terus pada saya ok. Saya insyaAllah ok je nak menolong Marissa Najwa. Kita kan satu team, betol tak Marissa Najwa.
Marissa Najwa:     So far, tak ada apa-apa lagi tuan. Terima kasih.


Apa yang korang rasa tak kena dalam dialog kat atas ni? Oh ya, nama-nama dalam dialog di atas hanya lah sekadar nama samaran yer. Hehe. Sebenarnya Tuan Aaron Aziz ni memang sangat bagus dalam percakapan skema beliau. Tapi, bila terlalu banyak menyebut nama penuh orang yang sedang bercakap dengan beliau, membuatkan aku rasa pelik. Orang macam ni dah nampak macam dok memuja nama si aweks lah plak. Haisshh…seyes naik rimas eden kalau orang seperti Tuan Aaron Aziz ni bercakap. Kejap-kejap asik disebut nya nama penuh kita….hohohohoh….sabar je lah ngan karenah manusia ni.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template