Tuesday, December 20, 2011

Beg Harrods

Kat opis aku ni ada satu peel orang. Iaitu ramai yang obses dengan barangan berjenama dan mahal. Memang brand-brand gah ni sokmo je jadi topik perbincangan akak-akak dan abang-abang di sini. Aku pun tak tahu lah naper begini culture nya.....adeh.

Dulu masa awal-awal masuk keja, aku mencari-cari beg kecil untuk letak telekung sembahyang. Nak tinggal kat surau. Masa tu aku kan tak ada kawan, lebih banyak masa sendiri, so aku banyak jalan-jalan kat Suria. Masa jalan-jalan tu terserempak Harrods buat sale jual beg macam-macam size. Ala-ala paper bag tapi material plastik. Aku pun beli satu sebab harga dia macam ok jek. Tak der lah beratus. Kualiti pun kita boleh tahan lama lah untuk kegunaan lasak. So, kiranya dah lama laa citer ni. Dah dekat setahun aku pakai beg tu hari-hari isi telekung ulang ke surau. Oh, aku tak jadi tinggal kat surau sebab kawan aku kata, nanti ada orang nak curi beg tu sebab Harrods~~ Erkk?? Naper dengan Harrods?

Pastu, hari lain. Akak sorang ni tanya, aku beli beg tu kat mana? Berapa harga? Sambil dia kusyuk nau dok belek beg tu. Bila aku cakap beli kat sini lah, harga pun sekian-sekian dia macam tak percaya. Aku pun heran. Bila tanya naper, dia kata masa dia tengok kat US mahal beratus-ratus. Kalo kat US dah mahal, dia memang tak hingin nak usha kat Harrods Malaysia. Kompem lagi mahal. 

Pastu last week, masa pas solat, sorang bos ni buat terkejut....wah, Harrods! Berapa ko beli ni? Kat mana? Bla bla...pun dia macam terkejut bila aku bitau harga dan tempat. Pastu dia pun kata, dia ada gak beli masa kat US. Lagi besar dari beg aku. Ok, tak kesah pun. Tapi dia nyer ada tulisan Harrods besar-besar. Aku nyer tulisan kecik je. Tak best. Orang tak tahu yang beg ko Harrods..... ERkkk....dengan jujurnya aku pun kata yang aku saja beli yang ini sebab tulisan dia kecik sebab segan nak bawa.....pastu air muka bos tu dah berubah. Seyes aku tak berniat nak cantas dia ke haper...tapi aku memang jujur beli design tu sebab tulisan dia kecik je. Malu nak bawa...agaknya dia ingat aku cantas dia sebab dia pulak nak orang nampak yang dia bawa beg Harrods....apa-apa je lah cik puan....

Seyes, sebelum aku beli beg tu, aku tak tahu pun Harrods tu jenama terkenal. Aku pun tak pernah dengar. Rupa-rupanya Dodi Al-Fayed punya bapak yang punya. Patut lah orang banyak tanya. Hahaha...aku beli pun sebab sale dan harga tak sampai RM50 pun.....tapi itulah tahap obses nya orang kat sini dengan barangan berjenama.....adeh. 


 
Size muat kertas A4

Nih aku zoom sket tulisan yang kecik tu...hehehe

4 comments:

  1. =.= uh of cos it's globally well known la sis! adehhh comel lah mu ni :D innocent btol :D <3 hehe

    ReplyDelete
  2. nasib baik takde mulut longkang cakap Harrods tipu.. tapi orang yg tak reti branded cam kita2 ni mmg tak peduli pun pasal tu semua.. janji sedap mata kita memandang, dan sedap duit kita nak membayar...

    ReplyDelete
  3. sy la suruh awk beli beg ni kan kan kan...hehhe

    ReplyDelete
  4. aaa ah ek, berbaloi gak mu yg suruh, kalo tak mmg tak terbeli ler...dah lah malu2 je nak masuk kedai tu....hik hik hik...tu pun sbb dia letak kat luar je kan...
    nana, dah lama tak ngular jalan2 kat suria...jejumss

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template