Thursday, December 8, 2011

Aku Pun Dah Tengok Ombak Rindu!





Hahaha….tak sangka, aku terpengaruh gak nak gi menonton cerita ini di panggung. Selalunya aku boleh je tunggu download version atau beli CD jek, tapi kali ni, hari ke2 tayangan je aku dah selamat menonton. Credit to my office mates yang sangat bersemangat. Hehehe.

Aku pergi dengan officemates je. Dan ni adalah movie ke-3 yang aku penah tengok kat wayang. Sekali pun tak pernah gi tengok wayang ngan husband lagi. Hehe…dia takut mak dia marah kalau gi tengok wayang.
Aku pernah baca novel ni masa kat sekolah menengah dulu. Sumpah dah tak ingat langsung perjalanan cerita ni. Baca synopsis pun aku tak boleh recall jalan cerita dia. Hahaha…aku memang jenis tak ingat apa cerita novel yang aku baca. Baru sebulan lepas baca pun aku boleh tak ingat dah dan aku pernah terbeli novel yang sama 2x. Semuanya gara-gara aku memang tak set dalam minda nak simpan dalam memori kot cerita-cerita selingan tu. Keh keh keh. 

So, lepas dah tengok cerita tu sampai habis, baru lah aku macam ingat-ingat lupa jalan cerita dia. Dan aku rasa macam jalan cerita kat novel lagi best dan dramatic. So, target dalam kepala nak beli lah novel ni.  Aku rasa kalau baca novel akan lagi puas hati kot. 

Tapi, movie tu best lah gak. Ada gak part yang menyentuh hati tapi aku tidak lah pula sampai mengalirkan air mata. Agaknya sebab aku dah set dalam kepala yang ini hanya lah movie di pentasan wayang je…bukan real story dan tak ada kena mengena ngan kisah aku atau orang yang aku kenal. Senang cerita, bukan cerita sebenar pun. Ekekekeke….. 

Tahniah to penulis cerita ni, Fauziah Ashaari….

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template