Tuesday, December 13, 2011

3 Tahun Menyulam Cinta….






Alhamdulillah, hingga ke tahun ke 3 genap, kami masih dipinjamkan kesempatan untuk terus mengayam cinta mengulit rindu antara aku dan suami. Tahun lepas, bertepatan pada tarikh yang sama, ketika genap 2 tahun kami bernikah, cinta kami diuji. Cinta kami hampir menemui penamat di dunia ini. Tapi, Allah masih memanjangkan tempoh itu. Tak tahu sampai bila. Tapi, selagi ada peluang, akan kami pergunakan sebaiknya. InsyaAllah.

Sepanjang tempoh 3 tahun ini lah, aku mengenal cinta dan nikmat berkasih sayang antara Adam dan Hawa. Perkenalan yang bermula secara singkat, terus membawa kepada persetujuan keluarga dan seterusnya kapada ijab dan kabul yang menghalalkan hubungan untuk kami berpegangan tangan, ber-sayang-abang-laling, berdating berdua, bergurau mesra, melirik manja, bersuap-suapan dan apa saja corak jalinan kebahagiaan yang dihalalkan antara Adam dan Hawa yang bergelar suami isteri.

Aku bersyukur kerana, dialah insan pertama yang berani ku sematkan di hati sebagai lelaki yang aku cintai. Aku bersyukur kerana tempoh perkenalan aku dengan dia dipermudahkan sehingga kami ke jinjang pelamin. Aku bersyukur kerana keluarga kami saling menerima antara kami. Aku bersyukur kerana buah cinta kami lahir disaat cinta kami sedang mekar berputik. Dan aku amat berharap agar dia lah juga insan terakhir untuk aku cintai sepenuh hati. 

Terima kasih cinta hatiku di atas segalanya. Kau membuatkan aku seumpama permaisuri di persemayam yang indah. Tapi sayang ku,jangan biarkan aku terus hanyut dan alpa dalam ulikan duniawi. Aku amat berharap agar kau tidak lupa untuk menegur dan memperbetulkan keterlanjuranku. Isterimu ini hanya lah sekadar insan lemah yang penuh dengan kekhilafan. Didik dan pandu lah daku ke arah jalan yang diredhai Allah. Marilah kita sama-sama terus mengayam utaian cinta untuk terus utuh membawa ke syurga…….

Sayang, bahagia yang abadi adalah apabila aku mampu menyambut kepulangan mu di muka pintu dan menyahut salam mu di rumah kita, di jannah nanti :)

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-3 sayangku…..

Yang benar,

Isterimu :)

3 comments:

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template