Wednesday, November 9, 2011

Terasa Hati Ku

Aku terbaca kat yahoo group mailing list baru-baru ni. Sorang kawan yang bagi ku agak rapat masa zaman universiti, beritahu yang dia bakal turun KL untuk meeting. Kebetulan kami penah satu ofis masa di Terengganu dulu. Dia tanya kalau ada sapa-sapa nak ajak dia lunch sama-sama.

Aku pun reply email dia cakap aku nak lunch dengan dia. Lama gak tak borak-borak dengan dia. Walaupun dalam hati aku agak segan sebab dia seorang yang baik, solehah, maintain bertudung labuh, kahwin pulak dengan orang baik-baik. Sedangkan aku biasa-biasa sahaja. Dengan harapan dapatlah nak kongsi-kongsi cerita, nak dapatkan aura untuk jadi baik macam dia.

Bila aku reply email dia, tak ada pulak dia nak jawab ok ke haper. End up bila dah dekat dengan hari tu, aku yang sms tanya confirm ke tak. Aku memang plan nak belanja dia. At last dia jawab lah kata ok.

Bila hari kejadian, aku dok tanya pukul berapa dia habis meeting dan pukul berapa nak jumpa. Tapi lambat jer nak respon. Kena 2x sms baru berjawab. Bila aku tanya dia prefer nak makan apa, bley plak dia jawab yang dia hanya makan makanan yang halal je.

Hamboi, macam lah aku ni jahat sangat nak ajak dia makan babi panggang ke haper. Seyes aku terasa hati dengan cara dia yang seolah-olah nak tak nak je layan aku. Agaknya sebab tak ada orang lain yang reply email dia untuk keluar makan dengan dia, maka dengan paksa rela je terima ajakan aku. Dah lah datang lambat untuk makan. Tercongok aku menunggu sorang-sorang dalam kedai yang ramai orang dok beratur nak masuk makan. Orang lain pandang semacam je kat aku sebab sorang-sorang jer kat meja yang leh muat 4 orang.

Arrgghhhh...sedih. Agaknya aku yang tak berapa syadid macam dia ni tak layak kawan ngan dia kot. Sob sob sob....


- Posted using BlogPress from my iPhone

9 comments:

  1. 1. kadang2 bila kita beria org lak yg mendownkan excitement kita. buat aku skg jadi malas nk beria dgn org. kalau dia nk jumpa kita, biar dia yg beria. tp kalau org tu dah ada sign beria2 kita pon join lah beria jgn la downkan dia pula.

    2. ade org rasa hubungan dia dgn Tuhan tu adalah the ultimate thing dari menjaga perasaan orang.

    3. Dunia ni kecil. we just do our best and always maintain positive thoughts, stop looking back and just look forward. May God reward you for your sincerity :)

    ReplyDelete
  2. Sure kami kenai org tuh n kami rasa kami kenai... huhu... xpala suna, nti suna belanja kami okeh! kalu kami p kl... tp skrg kami xselera mkn nti tunggu selera mkn dulu...satg susah2 ampa belanja lak kami xleh mkn...hihihi... (bajet ada org nk belanja la i nehs...) :P

    ReplyDelete
  3. huhuhu...thanks korang...nanti i banje tau...hik hik hik....

    ReplyDelete
  4. aku sgt memahami part harapan tinggi nak jumpa dan sembang2 tu...sedih gila betul bila baca ayat last hg tu..

    ReplyDelete
  5. penting jaga hati kawan... aku pon byk kli kna..
    =(

    ReplyDelete
  6. suna..aku kat kl x penah pon kau banje aku..sobs..hahaha

    ReplyDelete
  7. ntah suna. aku pun ko tak penah blanja. kekeke
    -intan-

    ReplyDelete
  8. nak gakk...suna banjer kita laks..aku paham perasaan tu...kalo aku jd ko, aku kensel ajer awal2...gile spoil mood..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template