Sunday, November 20, 2011

Aku Cleaner Toilet?

Semalam aku dan husband jalan-jalan Pavilion. Kami jarang pergi sana sebab rasanya macam tempat tu hebat sangat untuk kitaorang yang biasa-biasa ni. Ini adalah kali ke-2 menjejak kaki ke sana selepas kali pertama dahulu yang sekadar nak tahu macam mana rupa Pavilion.

This time, kami cadang nak spend masa lama sket untuk cuci-cuci mata. Banyak sale sempena hujung tahun dan Christmas tapi kami tak ada benda yang hendak di beli.

Alkisah satu kes yang lawak terjadi. Aku masuk toilet kat Parkson situ. Cantik macam kat hotel nyer design. Sekali aku disapa oleh cleaner toilet orang indon. Dia tanya aku dah start lapor diri untuk bekerjakah? Aku buat muka heran sambil tanya dia ni toilet utk staff ke? Pastu dia dok ramah bercerita pasal style kerja kat situ. To be specific pasal kerja cleaner lah. Aku macam dah tak tahan nak dengar bebelan dia sebab nak lepas hajat kan. Aku tanya dia, saya boleh guna atau tidak tandas ini? Terus dia terperasan yang aku bukan kawan baru cleaner dia tapi adalah customer kat situ. Dia terus suh aku masuk dan dia sambung buat kerja dia sambil tertunduk2. Aku bengkek gila.....gaya aku macam cleaner toilet kah???? See, kan aku dah kata Pavilion ni bukab tempat untuk golongan biasa2 macam aku yang tak pakai designer nyer brand. Sengalll!!

Tapi lepas kejadian tu, aku sambung balik jalan-jalan. Seyes kitaorang tak ada idea nak membeli. End up aku beli iron sebijik. Hahahaha.

Tak tahu lah pasni kalau g sana lagi aku nak pakai baju apa.... Tak mau nampak imej cleaner toilet daaaa.




- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comments:

  1. haha..sempoiii...aku penah gak kena tapi kt kedai mkn la..sebab suke sgt pakai tshirt ngan jeans, pastu tudung bawal (zaman UTP dolu2), orang ingat tukang jaga kedai...tapi aku pon byk kali tersalah panggil orang utk amik order makan..so 0-0 kt situ..:P

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template