Friday, November 18, 2011

POSITIVE!! Please!

I try to be POSITIVE towards:

  • Kena transfer ke tempat yang tidak diminati dan terlalu berbeza dan baru dari yang lama.
  • Tempat kerja baru yang pelik. Dah ada staff yang dah lari/cabut sebab tak tahan.
  • Kerja baru. Tak tahu apa satu. Tapi boss anggap aku senior dah lama kerja dan tahu semua. Bila request nak kerja ngan orang lama, boss kata no way…orang lain semua buat kerja sorang-sorang.
  • Nak bertanya dengan senior, tapi kalau semua benda kita tak tahu, orang lain lak semua busy macam nak mati, korang rasa muka aku ni tebal mana sangat laa asik nak bertanya je kerja.
  • Bila dah tanya, semua orang akan pass to orang lain dengan alasan tak tahu dan tak pernah buat kerja ni.
  • Oh rupa-rupanya, orang lain boleh pilih-pilih nak projek yang senang-senang je. Projek yang susah-susah yang orang lain semua tak nak, boss terus pass kat aku tanpa aku tahu pun rupanya boss dah tanya orang lain sapa yang nak…cis cis cis.
  • Aku diberi rating as staff paling tak perform…..dah lah satu department semua tahu sebab boss cakap kuat-kuat…aku malu dan rasa tak di appreciate langsung. Dan, ada beberapa lagi staff yang performance bagus amat tu tak tahu buat kerja untuk projek yang susah-susah yang involve teknologi canggih sket macam MOPU/floaters bagai…tapi aku dah pandai buat sebab aku yang banyak dapat projek susah yang orang tak mau ni. Adilkah???? Tak perform kah aku??? Aku tak minta laa dapat merit bagai, tapi at least jagan lah letak aku yang paling bawah…..lain lah kalau tak ada langsung projek yang aku berjaya siapkan….at least within 8 months here, lebih daripada 10 projek gak aku siapkan.
  • Bonus and my increment will be affected next year. So tahun depan kalau orang dok cakap pasal bonus je, agak-agak nyer korang boleh bayang tak perasaan aku. And, my husband pun bakal menerima nasib yang sama pasal benda ini. Reason: Aku staff baru dan husband aku cuti lama…..tapi semua tu terjadi sebab company. Dah lah tak ada any compassionate allowance ke haper langsung….ramai yang tak percaya, tapi memang benar, husband aku tak di bayar satu sen pun pampasan atas apa yang terjadi walaupun dapat cacat kekal…..dan ini company international. Mula tu aku macam tak kisah sangat pasal pampasan ni, tapi bila diberi rating golongan yang tak perform which will affect our increment and bonus….aku pun panas gak laa.
  • ACD atau yearly assessment kitaorang pun tertangguh setahun. Dah lah aku kena start baru semula untuk benda yang baru…so 4 tahun sebelum ni nyer result babai macam tu je lah. Mula tu aku tak kisah lah sbb itu procedure kalau bertukar tempat baru…at least u must be 6 months kat tempat baru then baru u qualified untuk di assess….tapi tiba-tiba daku menjadi sangat sakit hati bila last 2 weeks ada staff baru tukar ke tempat aku gak….dan dia dah pergi assessment untuk kerja baru ni 2 bulan sebelum dia start kerja kat tempat baru….sebab dia kata, boss kat tempat aku ni, atau boss aku yang sekarang ni push dia untuk di assess gak walaupun kena tukar skill group sebab tak nak lah merugikan masa dia setahun ni. Aku rasa macam…Ya Allah, kejam nya boss aku sebab tak buat the same thing kat aku…..
  • Sejak berpindah atau senang cerita since December 14 last year, kehidupan aku dan suami dan anak masih tak stabil. Banyak lagi perkara yang tak setel dan kitaorang terpaksa telan dan pretend macam semua dah ok….oh tak tahu sampai bila…..untuk kembali ke normal life macam dulu. Bukan sahaja pasal kerja, tapi pasal family pun penuh tekanan dan dugaan.
  • Prof Dr Muhaya selalu pesan suh positif dan lupakan benda yang telah berlaku. Tapi kalau benda tu tak habis-habis dan keep men’down’kan kita, macam mana nak bagi positif niiii….macam mana nak membatu kan hati dan mengabaikan terus segala permasalahan yang berlaku di sekeliling…..
Company aku siap nak buat corporate video untuk temuramah my husband and family member pasal pengalaman kitaorang....untuk 'celebrate' sempena 1st anniversary tragedy Dec 14.......cis, tak hingin aku...orang dah try nak cuba lupakan, dia nak korek-korek balik plak...ingat benda ni best ke nak ingat-ingat...trauma sampai sekrang dan efek segala benda dalam hidup kitaorang....memang tak ada sensitiviti langsung....yang derang tahu, nak kejar KPI, nak ada initiative itu ini....

Kalau lah pergi interview balik setiap orang yang involved dengan trajedi tu atau yang sekarang tengah bertungkus lumus nak set up balik apa yang dah msunah tu, aku tak rasa ada sorang pun yang akan cakap puas hati dengan tindakan pihak atasan company....lesson never learn ada laaa....sengal.
Tak kira, nak positif gak. POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF! POSITIF!

1 comments:

  1. Byk btl dugaan... Harap kesabaran ko bakal mendpat ganjaran dr Allah. Yg xdpt pampasan and nk intviu tu mmg super sengal!

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template