Wednesday, November 2, 2011

Pernikahan adalah satu permulaan....

Sejak dua menjak ni, tuntutan kerja amat lah menyesakkan. Saya sangat sibuk dan tidak berkesempatan menjenguk blog ini. Sejak dua menjak ini juga, ramai teman-teman yang telah dan bakal melangsungkan pernikahan. Tahniah kepada yang bergelar pengantin baru. Bila buka fesbuk, masing-masing semangat 'upload' gambar-gambar kenangan di hari bersejarah.

Seorang teman yang baru bergelar isteri ada berkata, lega rasanya selepas nikah. Dah setel semua. Dah tak payah susah-susah fikir nak gi dating kat mana, nak gi makan kat mana....hurmmm.....saya senyum ajer. Dalam hati terdetik, sebenarnya, detik di mana lafaz ijab dan kabul menjadi sah, adalah detik permulaan satu fasa kehidupan yang baru. Baru 'starting point'....kepada satu perjalanan yang panjang, dan masih samar bagaimana pengakhirannya.

Mengenang kembali perjalanan hidup saya selepas hampir 3 tahun (masih terlalu 'jagung'kan) hidup bersama suami, rasanya sudah banyak perkara yang telah dilalui. Apabila bergelar isteri, bererti telah memikul satu tanggungjawab berat yang boleh menjadi sumber atau jalan mudah untuk membuka jalan sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan hanya mentaati suami, dan of course mentaati Allah dan Rasul, maka seorang isteri telah diberikan peluang untuk memilih masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukai. Dan dengan menderhakai atau membuatkan suami berkecil hati, seorang isteri juga mudah membuka pintu untuk ke neraka. Wal'iyazubillahi minzalik.

Saya dan suami boleh dikategorikan mengamalkan konsep bercinta secara betul-betul selepas kahwin. Kami hanya kenal dan tahu dalam masa yang sekejap, dan terus dipermudahkan jalan untuk mengikat ikatan yang sah sebagai suami isteri. Beberapa minggu selepas bernikah, kami dimurahkan rezeki dengan berita kehamilan sulung. Semuanya nampak indah. Tapi hakikatnya, setiap detik yang dilalui adalah mencabar. Dalam usia perkahwinan yang masih mentah, masih dalam usaha untuk memahami sesama sendiri, saya diuji dengan 'morning sickness' yang teruk sehingga kerap kali berulang alik keluar masuk hospital. Pertama kali dalam hidup saya merasa dimasukkan ke hospital. Bersendirian di tempat asing. Suami hanya datang pada malam hari untuk bermalam. Emak dan ayah jauh di kampung. Dan seterusnya membuatkan saya lebih bersedia dan lebih pandai mengagak bila saya patut menyerah diri pada hospital apabila diri mengalami hidrasi yang teruk.

Apabila anak lahir, kami diuji dengan keadaan kesihatan anak yang mudah alergi dan sensitif. Sabagai pasangan muda yang masih dalam proses penyesuaian, jauh dari keluarga, kami berusaha bersama-sama memberikan yang terbaik untuk si anak. Buku, majalah dan internet adalah sumber utama rujukan ilmu keibubapaan.Terlalu kerap berjumpa doktor (hinggakan apabila tersalah potong kuku anak dan berdarah yang keluar non-stop pun kami refer ke klinik) dan beberapa kali ulang masuk hospital juga membuatkan kami lebih memahami dan makin 'expert' menguruskan anak kecil. Jarak hospital yang jauh juga membuatkan kami lebih teliti dalam meramalkan prestasi kesihatan anak. Cukuplah sekali merasa mengendong anak di dalam ambulan yang terhuyung-hayang seperti dipandu oleh pemandu 'mabuk darah' selepas anak mengalami sesak nafas dan demam yang amat tinggi. Mana nak pegang topeng oksigen lagi agar melekap erat di muka anak. Aduhaiii......ditambah pula pemandu tersalah jalan ke hospital yang salah.

Itu baru part menguruskan anak dan baru seorang anak. Belum lagi dicampurkan dengan peranan-peranan lain yang perlu dimainkan oleh setiap pasangan. Mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dan banyak lagi perkara 'common' dalam rumah tangga. Ditambah lagi tuntutan kerjaya yang membuatkan kita stress dan terus letih bila sampai di rumah. Semua ini memerlukan kerjasama dan tolak ansur dari pasangan. Sebenarnya, selepas berkahwin, saya lebih banyak belajar erti berdikari, bertolak ansur, sabar dan rela berkorban. Bukan bermakna apabila telah selamat bernikah, kita sudah menyelesaikan semua perkara. Tapi, sebenarnya baru melangkah ke alam realiti. Bangunlah dari mimpi kepada sesiapa yang masih bermimpi merasakan apabila selamat bersuami, kita akan ditatang 24jam, kita akan sentiasa ada yang menemani, kita akan sentiasa ada tempat untuk menangis dan mengadu, kita akan sentiasa ada orang yang memujuk jika kita berkecil hati, kita akan ada sentiasa ada yang menaja jika kita inginkan sesuatu........kerana kita bukan berkahwin dengan actor hebat seperti di dalam filem. Kita berkahwin dengan manusia sebenar!!

Kita juga tidak boleh mengharapkan hari sentiasa cerah. Tanpa hujan mahupun salji. Ingatlah, bila sesekali ribut petir menyambar, silauan itu boleh mengubah terus corak kehidupan kita. Sama ada kita akan terus rentung terbakar, atau sekadar luka melecur yang meninggalkan kesan parut yang kekal. Dan sebenarnya, dengan adanya ujian-ujian kehidupan, ianya akan membuatkan kita lebih bijak dan 'smart' dalam perngurusan hidup, dengan syarat kita memandang sesuatu perkara itu dari sudut yang positif (tiru ayat Prof Dr Muhaya). 

Baru 3 tahun bergelar isteri, sudah terlalu banyak saya belajar, dan perlu sentiasa bersedia untuk terus belajar...kerana perjalanan hidup adalah misteri yang menarik untuk diteroka, selagi belum sampai ke penamatnya. Setiap permulaan akan ada penamat. Kita belum tahu bagaimana kaedah penamat untuk apa yang kita mulakan sekarang. Berdoalah dan berusaha mempersiapkan diri untuk mencapai penamat yang terbaik dalam apa permulaan yang kita ada. Kini, saya bersama suami dan anak tinggal sementara bersama mertua. Di sini juga ada cabarannya. Keadaan suami juga masih dalam proses pemulihan  atau 'rehabilitation' yang memerlukan penjagaan rapi untuk memaksimumkan kadar pemulihan beliau. Ingatlah, di mana-mana pun ada cabaran nya. Selepas ini, andai ditakdir kami kembali tinggal di rumah sendiri, pasti ada cabaran lain pula. Marilah kita mempositifkan setiap cabaran yang ada. Ya, berkata itu mudah kan, dan semoga saya mudah untuk mengamalkan apa yang dihasratkan.

Hehehehe.....kesimpulannya, kehidupan selepas berkahwin adalah lebih super duper mencabar......dan harus sediakan metal dan fizikal untuk berhadapan dengan semua cabaran yang bakal terjah, kerana pengakhirannya pasti amat manis andai kita positif dari sudut penerimaan dan positif dalam mencari penyelesaiannya.




***Cubaan menulis dengan skema nya...hahaha.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template