Friday, November 4, 2011

My Raya Haji Plan






2 hari lagi, Aidil Adha bakal menjelang. Bestnya. Tahun ni, kami berhari raya kat kampong aku. Hari ini masih lagi bekerja walaupun dah tak sepenuh hati. Malam ni baru gerak balik. Kali ni naik MAS pulak. Dah lama tak balik kampong drive sendiri. Reasonnya, dari segi pembelanjaan, macam lebih kurang je. Dengan syarat beli tiket awal-awal. InsyaAllah, kitaorang dah ada tiket pun untuk raya tahun depan sekali. Hahahaha…. 

Dari awal minggu lagi, aku keep telling Alyaa yang kitaorang akan balik rumah tok mama dengan tok wan hari Jumaat naik kapal terbang. Hehe…memang aku praktik dari dulu lagi, sebelum nak buat apa-apa dengan anak, aku akan keep telling her sambil ekspresikan pada dia yang perkara itu adalah best dan mengujakan. Aku juga akan sentiasa remind dia tentang apa yang patut dia buat dan apa yang patut dia tak buat. Contoh, kalau nak naik kapal terbang, kena duduk baik-baik. Kena pakai seat belt masa dia nak naik dan turun, kalau tak nanti kakak cantik(pramugari) marah. Then, nanti bunyi kapal terbang bising dan kuat dan gayat-gayat skit, so kalau takut, peluk mama kuat-kuat. Jangan jerit-jerit atau nangis. Hehehe…macam poyo kan. Tapi aku yakin anak aku faham apa yang aku maksudkan sebab aku yakin dengan dia. So far Alhamdulillah, tak pernah ada sebarang masalah besar bila naik kapal terbang dengan Alyaa. Oh, this time, dia dah dapat seat sendiri sebab dah lepas 2 tahun. Heee….

Plan balik berhari raya untuk 5 hari. Kebetulan family ada tumbang lembu. Siap dengar ada yang nak buat sate bagai. Mak aiii….semangat nyer sepupu-sepupu ku. Aku sengaja cuti lebih skit sebab alang-alang dah balik jauh kan, stay lah lama skit. Bukan nya boleh sokmo balik.
Tahun ni first time adik bongsu tak beraya bersama sebab dia tak dapat cuti panjang untuk balik ke tanah air. Semoga mak aku tak teresak-esak di pagi raya mengenangkan si anak bongsu beliau. Hehe. 

Kat kampong nenek hasben pun ada tumbang lembu gak, tapi kami tak dapat lah nak balik pada hari raya serentak. So, the week after that, weekend lah, kami plan nak balik Melaka plak. Boleh lah beraya dengan nenek dan makcik hasben. Nak ambil daging gak. So, jadual weekend dah penuh sampai hujung bulan. Adeh. Tapi tak per, janji penuh dengan aktiviti yang best. Semoga semua nya akan dipermudahkan dan selamat. Amin.

Salam Aidil Adha semua….maaf zahir batin

1 comments:

  1. Suna and family, slmt hari raya... Safe travelling!

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template