Thursday, November 3, 2011

Lambaian Baitullah

Alhamdulillah, hari Rabu last week, bersamaan dengan cuti Deepavali, mak ngan abah mertua dah selamat berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan haji buat kali ke-2. Mereka dah pernah gi haji kalau tak salah tahun 1997 kot….dah lama dah. Memandangkan dah lama tak gi sana, masa bulan Ramadhan hari tu, sempat lah mereka gi tunaikan umrah. So sempat lah buat familiarization. Last minute decision rasanya sebab kebetulan ada kawan abah offer kalau-kalau nak gi buat umrah masa Ramadhan tu, so terus derang agree.

Mulanya aku tak plan nak gi hantar ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya tu. Mak ngan abah pun kata nak pergi naik teksi je sebab tak nak susahkan orang lain. Tapi, malam sebelum tu, nenek hasben ngan sorang makcik sampai dari kampong nak temankan aku ngan anak kat umah. Kebetulan masa ni hasben out station gi Miri, so bila dah ada orang tua-tua ni, mesti lah dia nak gi hantarkan. Maka, terus last minute kitaorang pun plan nak gi hantar ngan bantuan sorang pakcik hasben dan kawan abah. Actually nenek ngan mak cik nak datang pun aku tak tahu, tup tup dah sampai je. Rupa-rupanya parents-in-law aku tak kasi aku duduk umah berdua je ngan si anak manis itu. Hehe…tak pe lah, ada gak laa orang leh temankan kitaorang sementara hasben nak balik beberapa hari lagi.

Suasana kat kompleks tu almaklumlah, sangat ramai sanak saudara kaum family yang datang nak hantar rombongan jemaah haji ni. Ada yang menangis, sebak-sebak basah, senyum kegembiraan….dan segala macam ekspresi muka lagi yang boleh dilihat di sini. Semua jemaah akan dibawa ke KLIA dengan bas. Senang kan semua berkumpul kat sini. Aku tak dapat bayangkan apa laa jadi kalau semua orang ni terus gi KLIA. Mau nyer ada yang salah masuk gate nak boarding karang. Ramai sangat. Huhuhu….

Alhamdulillah, mereka kini dah selamat sampai dan memulakan aktiviti untuk menyempurnakan ibadah haji. Semoga memperoleh haji yang mabrur. Semoga diriku juga cepat-cepat dijemput menjadi tetamu Allah. Amin.

Tuan haji

Puan hajah

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template