Tuesday, November 29, 2011

Husband Nak Buat Botox!

Hari ni aku cuti sebab nak temankan husband kat hospital. Hari ni dia dijadualkan untuk buat procedure yang kena inject kat seluruh muka. Doktor buat lawak katanya ala-ala botox. Tapi sebenarnya idaklah botox yer teman-teman.

My husband kena buat steroid injection dekat semua scar di muka dan leher. Procedure yang menyakitkan. Doktor cakap dia akan ditidurkan sepanjang procedure itu dijalankan.

Awal-awal lagi kitaorang dah sampai kat hospital. Then terus register kat Day Care Unit. Kebetulan hari ni gak mak ngan abah sampai balik dari Tanah Suci Mekah. Tapi kami tak gi jemput di airport sebab abang nak kejar masa nak gi spital.
Mujur ada kawan abah leh tolong ambilkan kat airport pagi ni jugak.

Bila dah sampai, dan dah register semua, my husband diarahkan bersalin pakaian untuk masuk Operation Theatre. Habis semua kena bukak siap dengan cap bagai. Husband aku plak dah start cuak dari semalam. Heart beat pun laju. Hahahaha.

Sekali bila nurse tanya bila last makan, selamber je cakap kol 7 pagi tadi. Siap bitau makan roti dan coklat. Terbeliak mata nurse tu. Dia terkejut sebab sepatutnya my husband kena puasa untuk proses tak sedarkan diri tu. Sumpah kitaorang tak tahu menahu dan tak diberitahu up front.

Nak tak nak procedure tu kena lah postpone. Nurse kat Day Care Unit tu siap bebel-bebel kat nurse dari klinik doktor yang merawat husband ku sebab tak brief apa-apa pada kitaorang. Tapi kitaorang memang dah paham sangat yang doktor dan nurse-nurse muda di klinik beliau tu memang payah nak fokus buat kerja. Agaknya sebab ramai sgt patient kot. Kalau appointment dengan dia memang wajib kena tunggu sejam lebih baru dapat jumpa dia. Sabar je laa.

So my husband pun bertukar balik segala pakaian dia. Then kitaorang gi makan sementara tunggu doktor sengal tu. Siap kena gelak dengan nurse-nurse kat unit tu. Hahahaha.

Adalah hikmah nyer tu. Lepas ni kalau dah dapat date baru untuk procedure ni, my husband dah decide nak suh doktor buat terus segala macam operation kat muka beliau. Mulut dengan telinga nak kena toreh lagi. Banyak keja lagi tuuu.... Tapi tetap tak boleh gak dapat muka seperti asal. Tapi ok lah kan daripada masa teruk dulu seperti gambar dalam previous entry kan. Syukur.




Dan lagi posing sengal sebelum meninggalkan unit ni.




Mujur lesung pipit yang terbakar ada balik. Cumil. Ahahahaha.


- Posted using BlogPress from my iPhone

2 comments:

  1. sempat jugak lesung pipit tu suna..adeh..tapi memang pun kalau operasi 'fengsan sepenuhnya' kena posa dari pukul 12 mlm sblm operasi..memang sengal la doc ngan nurse leh lupa nak brief..haihhh nak gelak pun ada..

    ReplyDelete

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template