Thursday, November 17, 2011

Alfatihah....


Kejutan buat ku....
Ayahanda salah seorang sahabatku telah kembali ke rahmatullah jam 2.45 petang ini. Sebelum itu, sejak semalam, beberapa kiriman email tentang update progress ayahanda beliau yang menjalani pembedahan kaki sentiasa aku ikuti. Muncul komplikasi lain yang melibatkan jantung dan buah pinggang. Dan akhirnya beliau tidak dapat diselamatkan.
Doaku semoga pakcik Ahmad Rani ditempatkan bersalam para solehin. 

Buat Aini,
Be strong.
Jangan lupa doakan kesejahteraan arwah abah awak setiap masa kerana doa anak solehah seperti awak amat mustajab dan dijamin sampai padanya.

Aku tak sampai hati untuk hubungi Aini secara terus kerana masih terlalu baru perkhabaran ini. Tapi aku gagahkan juga untuk mengutuskan sms takziah dengan harapan tidak mengganggu emosi beliau. Aku faham bagaimana perasaan tika kita dirundung musibah, masih dalam terkejut dan trauma, dan pada masa yang sama terlalu ramai yang bertanya itu ini...ohh....sungguh menambah penderitaan sebenarnya. Semoga Aini sekeluarga tabah dan cepat-cepat dapat back to normal life dan redha sepenuh hati.....amin. 

Setiap orang pasti akan melalui proses yang sama iaitu mati. Sama-sama lah kita tingkatkan persiapan diri.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template