Sunday, November 20, 2011

Yeay, dah dapat barang idaman.

Actually aku ada banyak wish list dan kali ini telah tertunai satu barang yang aku idamkan. Iaitu seterika atau iron.

Hahaha....macam lah sengal gila barang idaman aku kan. Seterika jek. Sebelum ni aku jarang gosok baju, iaitu semenjak pindah KL lah. Kadang-kadang je gosok tu pun kalau encik husband request gosokkan baju dia. Most of the tine, aku memang sub je ke kedai dobi untuk kerja menggosok. Malas gila kan. Tapi seyes senang kerja dan aku tak payah stress pikir bila nak gosok baju. Kebetulan iron yang sedia ada tu jenis yg biasa dan ringan. Memang penat aku nak siap gosok licin-licin terutama baju jenis material cotton pure yang memang kena gosok masa tgh lembap. Ada gak iron mak mertua aku, tapi seyes canggih amat sampaikan aku takut nak guna. Kang rosak, jenuh nak ganti.

So, kali ni aku dah beli satu iron best. Taddaa...



Seksikan bentuk dia...hahaha iron pun seksi.



Ada banyak function. Best.



Boley turbo steam....


Apa yang best, dia ada banyak function. Ada steam dan turbo steam yang boleh guna cara vertical macam spray je kat baju yang tergantung. Hehehe.

Semangat aku nak rajinkan diri menggosok baju pasni. Kebetulan duit claim baru masuk, memang kena masa dan tempatnya. Harga dia RM249.




Ni plak iron mak mertuaku yang lagi super canggey...harga pun double aku nyer....isk isk takut nak guna.


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template