Thursday, October 13, 2011

Pakcik Kedai Challenger IT KLCC Yang Tak Reti Hala!

Mode sekarang adalah sangat marah dan geram. Eh, bukan sekarang, tapi a few minutes yang lalu. Sekarang dah cool sket selepas dipujuk oleh chenta hati.

Ceritanya, screen protector untuk my iphone dah tak cantik. Siap ada kesan tusukan gitu. Biasalah penggunaan yang tegar plus pengguna tetap my iphone adalah si cilik. Pastu, tadi decide nak gi cari screen protector yang baru. 

Mula-mula terjah kat Machines.....sekali tengok kat situ tinggal stok yang mahal je. RM118 hengget untuk sehelai plastik nipis yang nak cover screen tu je. Adalah sangat tak berbaloi bagi aku. So, decide nak gi cari kat kedai lain.

Pergi terjah ke Challenger IT yang agak baru lah dibuka di Suria, KLCC neh. Bila masuk, terus tanya di kaunter yang ada 2 orang cashier bersolek tebal ala-ala muka penuh konfiden nak layan customer. Bila tanya, kat mana iphone4 nyer screen protector, terus dia kata, sila gi tanya kaunter sebelah. Lah, ingatkan dia tahu sebab muka siap make up ala-ala sangat pro. Ok, fine. Kami pun gerak lah ke kaunter yang dimaksudkan.
Kebetulan kat kaunter tu, ada sorang je pakcik yang jaga. I used 'pakcik' here sebab dia memang dah tua dalam lewat 40-an atau awal 50-an. Pakcik nih tengah melayan satu family pelancong luar nih tengah belek  gadget kat situ. Ok, kami tunggu turn dengan sabar dan diam.

Bila dah setel dengan pelancong luar tu, pakcik tu tanya kami lak. So, my hasben pun tanyalah kat mana iphone4 nyer screen protector. Pastu pakcik tu terus tunjuk kat rak yang memang betul-betul sebelah cashier tadi. Adeh, sebelah je pun tak tahu ke akak cashier oii. Pakcik tu siap describe dalam bahasa omputih bagai walaupun kami bertanya dalam bahasa kebangsaan. Tapi tak kisah lah, asalkan paham udah. 

Kami pun tanpa buang masa terus gi ambik screen protector kat situ. Yang paling murah adalah RM49. Mahai jugak tu. Aku dok budget dalam RM10-RM15 ja. Hahaha. Mula nya memang tak jadi beli dah sebab mahal. Ingat nak cari kat stall-stall kecik kat Econsave je kot murah lagi. Tapi my husband kata dia nak lanja, dan dia suh amik je  yang tu. Ok, suke suke....

Bila dah siap bayar, kami pun berator tunggu giliran nak suruh dia tolong pasangkan. Dah beli mahal-mahal, mestilah nak suruh dia pasangkan kan. Punya lah lama menunggu, datang lah seorang pekerja lelaki yang berperwatakan baik ni. Tapi dia datang pada sorang kakak nih yang kebetulan menunggu sama kami untuk pasangkan cover iphone4 dia gak. Takpe, sabar. Tunggu je lah. 

Bila dah hampir sejam dalam kedai tu, barulah si lelaki berperwatakan baik ni datang. Sementara menunggu dia, aku dah gatal tangan gi cabut screen protector lama dan siap bukak packaging yang baru konon-konon nak cepatkan kerja. Ye lah, masa adalah sangat berharga sebab setiap minit kami kat luar ofis adalah dikira untuk mencukupkan manhour kerja. Sekali budak lelaki tu cakap, "akak, ni untuk ipod lah akak. Untuk iphone4 nyer dah habis stok". 

Seyes, menyirap darah aku. Memang sah-sah dia tak bagi tukar nyer sebab dah bayar dan dah bukak packaging dia. Geram nya dalam hati, Tuhan je lah yang tahu. Pakcik tadi arr yang tunjuk kan kami suruh gi amik kat situ. Arrghhhh....!!! Dah lah mahal, masa pun terbuang free sejam.....sedih.....nak makan pun tak sempat sebab dah sejam keluar....kang nanti kena balik lewat lak kalo kuar lama-lama.


Sedihhh..... 



Sob sob sob....



Abih dah citer....

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template