Monday, October 10, 2011

Belanjawan Negara 2012

Semua orang sibuk perkatakan pasal isu Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan oleh Najib last week. Aku pun nak gak lah cakap pasal ni. Mana lah tahu kot-kot leh up traffic.

Ada yang kata bagus, puji-puji sebab banyak peruntukan ke arah kerakyatan. Ada gak yang keji sebab tak ada langsung ke arah menangani isu sosial yang kian meruncing dan tiada langsung peruntukan untuk saluran keagamaan bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia. Senang citer, adalah lah pro dan kontra nya.

Kalo macam last year nyer budget, lebih kepada untuk kebaikan PM nyer wife je, ekekeke...tapi this year, tak ada lah budget merepek-merepek seperti peruntukan beratus juta untuk Program Permata dan pengecualian cukai designer handbag, pakain dalam, parfume bagai tu..... Huhuhu.

Gaji kakitangan awam di'revise' semula, tu kira berita yang dah sekian lama orang tertunggu-tunggu kot. Aku pun tumpang happy sebab mak apak dan adik aku adalah kakitangan awam, so aku leh gak lah tumpang tempias aura gembira tu kan.

Tapi, secara jujurnya, untuk diriku yang begelar pekerja swasta ni, macam tak ada apa-apa impact pun. Maybe pasni aku akan dapat post impact seperti kenaikan harga barang atas alasan, gaji naik dan bonus untuk kakitangan awam. Ekekekeke...gelak lagi.

Pastu dengar kata, defisit negara meningkat....utang negara bertambah....jangan sampai negara hampir tergadai seperti apa yang nak terjadi pada Greece udah lah.

Mereka lebih bijak. Serahkan pada yang pakar.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template