Thursday, September 1, 2011

Takziah Buat Keluarga Ustaz Baihaki

Hari ini, pada hari raya ke 3, aku dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ustaz yang mengajar di sekolah menengah ku dulu. Ustaz Baihaki telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Teringat plak zaman sekolah menengah. Aku teringin sangat nak berziarah ke rumah ustaz, tetapi tidak berkesampaian kerana hari ini juga aku dan family akan fly balik ke KL. Walaupun ustaz Bai atau Baba tak pernah mengajar kelas aku, tetapi pemergian arwah turut terkesan di hati aku. Karekter arwah sangatlah macam serius tapi sebenarnya ok-ok je. Macam anak dia jugak. Kebetulan anak sulung arwah adalah kawan aku jugak dan isteri arwah atau 'Mama' adalah ustazah aku yang juga merangkap kawan mak aku. Pernah gak aku gi tido umah arwah masa zaman sekolah dulu.

Takziah buat keluarga arwah. Kepada temanku Y-da, ustazah Siti Hawa dan anak2 lain, semoga kalian tabah menghadapi pemergian arwah. Semoga arwah ustaz Baihaki ditempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh. Amin.

Al-Fatihah.....


- Posted using BlogPress from my iPhone

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template