Monday, September 26, 2011

Perihal Orang


Situasi 1:

Cara kerja di department aku memerlukan kitaorang menggunakan satu perisian khas yang hanya ada 5-6 lesen untuk sekali guna dalam satu masa. Kiranya, company aku mampu beli 5-6 lesen je untuk guna perisian tu dalam satu masa. Kitaorang lak yang ada kemungkinan untuk pakai perisian tu adalah lebih dari 20 orang. So, memang berebut laa. Satu hari:


Akak Noreen Aziz: Eh, sapa tengah on software “bahalol” (sekadar nama samaran)?? Saya nak guna ni, tapi lesen dah full. Cepat tutup. (Sambil meronda seluruh kawasan untuk cek setiap PC orang).

Selepas tiada respon. Dia ulang lagi soalan tadi dengan suara yang lagi kuat. Satu department leh dengar dengan jelas.

Akak Noreen Aziz: Cepat ngaku lekas. Siapa yang tengoh on nih. Kalau tengoh on, urgent ke tak. Cepat off. Saya nak guna ni. 

Bila dia sampai kat tempat aku. Dia tanya,

Akak Noreen Aziz: Kamu ni senyap je. Ntah-ntah tengah on software “bahalol” tak? 

Aku: Tak der lah. Saya tengah buat kerja lain. (Padahal tangan cepat-cepat close program tu yang memang aku tengah bukak sebab nak buat kerja)

Pastu dia diam je bila balik ke  tempat dia. Agaknya dah dapat bukak kot sebab aku dah close. Tapi dalam hati, orang macam ini pun ada kaa… Suka hati sound orang asalkan kepentingan sendiri tercapai.


Situasi 2:

Akak Noreen Aziz lagi: Kamu tak pergi forum “dot dot dot” ke? Kamu dapat invitation tak?

Aku: Hah? (Terkejut sebab tiba-tiba je datang tanya entah dari mana muncul nya). Forum apa? Err..err…(sambil tangan nak cek calendar kat PC).

 Akak Noreen Aziz: Tak ada lah tu kalau tak dapat jawab. Nak err errr apa lagi. Cakap je lah tak ada. Nak cover-cover apa. (Sambil berlalu ke tempat lain).

Dalam hati aku, kurang asam nye pompuan. Naper ntah, bahasa dan adab akak ni macam pelik dan lain dari orang lain. Sabar aje laa.

0 comments:

Post a Comment

 
Papa Mama dan Baby LOVA Blogger Template by Ipietoon Blogger Template